09 Oktober, 2009

Tanya Jawab Bab Ilmu

Soal : Maksudkan dengan ilmu Fardu Ain yang wajib dituntut.Beri kami jawabnya.

Jawab:
Adapun had ilmu Usulluddin , iaitu sekadar mengetahui Sifat2 Wajib , Mustahil dan harus bagi Tuhan kita dan juga sifat wajib, mustahil dan harus bagi para Rasul. Sekira-kira ini dapat mengesahkan iman kita.


Adapun had ilmu fiqh yg wajib dituntut iaitu mengetahui akan segala rukun dan syaratnya dan segala yg membatalkannya supaya dapat mengesahkan akan amalannya.


Adapun had ilmu Tasawuf pula ialah dengan mengetahui segala perbuatan yg membatalkan akan amalannya seperti Riak, Sum'ah, 'ujub, Takabbur, dan sebagainya yg dicela oleh syara'.

Soal : Bagaimana keadaan org yg beramal tanpa ilmu yg tiga ini?

Jawab:
Tiada diterima segala amalan ibadahnya walaupun mengerjakan haji sekalipun.
Adalah haram menuntut ilmu fardu kifayah sebelum menuntut Ilmu Fardu Ain .


Contohnya; seperti seorg yang mempunyai qada sholat tanpa uzur, haramlah berbuat solat sunat sebelum menyelesaikan Qada Solat yang telah luput tanpa uzur itu.


Orang yang meninggalkan fardu ain itu hukumnya fasik. Tidak sah menjadi wali atau saksi nikah disebabkan kefasikannya.

(Tempoh idah untuk kembali ADIL adalah 1 tahun .pglima)

Pesanan Buat Wanita

PESANAN BUAT WANITA

Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud: "Dan katakan kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya mereka menahan sebahagian penglihatan, memelihara kehormatannya dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya) selain dari yang nyata (mesti terbuka terdiri dari bahagian badannya yang sangat perlu dalam pekerjaan sehari-hari, seperti mukanya dan tapak tangan). Dan hendaklah mereka sampaikan kudungnya ke leher (tutup kepalanya sampai ke leher dan dadanya), dan tiada memperlihatkan perhiasannya (tubuhnya), kecuali kepada suaminya, bapanya, bapa suaminya, anak-anaknya, anak-anak suaminya, saudara-saudaranya, anak-anak saudara lelaki, anak-anak saudara perempuannya, sesama perempuan Islam, hamba sahaya kepunyaannya, laki-laki yang menjalankan kewajubannya tetapi tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan - umpanya pelayan-pelayan lelaki yang sudah tua dan tiada lagi mempunyai keinginan kepada perempuan) dan kanak-kanak yang belum mempunyai pengertian kepada aurat perempuan. Dan janganlah mereka pukulkan kakinya, supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi (misalannya melangkah dengan cara yang menyebabkan betisnya terbuka atau perhiasan seperti gelang/rantai kakinya nampak). Dan taubatlah kamu semuanya kepada Allah s. w. t, Hai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung.(surah An-Nur ayat 31)

Allah s. w. t. berfirman yang bermaksud: Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman untuk khusyuk (taat) hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran (suruhan dan larangan) Allah serta (taat) mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberi kitab sebelum mereka (Yahudi dan Nasrani), setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut (jauh dari zaman nabi mereka) maka hati mereka menjadi keras (dari mengikuti perintah/ajaran nabi mereka) dan banyak di antaranya orang-orang fasik. (surah Al-Hadid ayat 16)

Bila ayat menutup aurat turun sahaja semua wanita ketika itu tidak kira dari golongan Ansar mahupun Muhajirin dengan segera menutup aurat masing-masing. Yang ada di pasar, yang ada di rumah, yang sedang dalam perjalanan capai apa sahaja untuk menutup aurat masing-masing dengan SEGERA dan bukannya NANTI DULU. Yang tidak mendapat apa-apa mereka segera memalingkan muka menghadap dinding supaya tiada lelaki terpandang wajah mereka.

Itulah kekuatan iman yang ada pada wanita-wanita ketika itu. Tetapi kini segala- galanya telah berubah makin jauh kita dari zaman Rasulullah s. a. w. makin kita jauh dari amalan agama. Dalam ayat yang sama juga Allah s. w. t. menegur kita supaya tidak menjadi seperti ahli kitab sebelum kita (Yahudi dan Nasrani) di mana semakin mereka jauh dari zaman nabi mereka maka semakin kurang mengamalkan agama. Itulah keadaan kita ketika ini.

Saudari-saudari seagama dengan kita bukan tidak tahu kewajiban menutup aurat, tetapi oleh kerana kelemahan iman serta sikap acuh tak acuh membuatkan mereka lalai. Perkataan yang biasa kita dengar dari saudari-saudari kita ialah "belum sampai seruan".

Seruan apa yang ditunggunya atau seruan dari siapa yang sedang mereka tunggu? Bukankah Allah s. w. t. telah seru untuk menutup aurat sejak 14 abad dahulu lagi. Tetapi kenapa masih tak tutup-tutup lagi? Lihat lagi ayat di atas Allah s. w. t. berfirma "Katakan kepada orang-orang perempuan yang beriman" Allah s. w. t. dengan khusus gunakan perkataan "beriman" dan bukannya "wahai manusia" kerana segala perintah hanya boleh didukung oleh orang-orang yang beriman sahaja.

Dalam ayat kedua pun sama yang ditujukan ayat-ayat ini adalah kepada orang-orang yang beriman. Kita kata kami beriman dengan Allah s. w. t, Rasul-rasulNya dan, Kitab-kitabNya tetapi apa yang kita ucapkan dan buat adalah sungguh bertentangan. Allah s. w. t. telah menggariskan peraturan dan rasul telah mengajarkannya dan peraturan itu telah termaktub di dalam kalamNya. Tetapi kenapa masih leka? Kita bimbang kalau-kalau kita dibungkus dengan kain putih sebelum kita sempat menutup aurat. Maka wahai saudari-saudari seagamaku (YANG BERIMAN), sebelum terlewat rebutlah peluang yang ada jangan tunggu esok amalkan sekarang juga. Bimbang "Esok tiada bagi mu".

Gembirakanlah Allah s. w. t. dan rasulNya dengan mengikut perintah mereka supaya dikala kamu dirundung malang Allah s. w. t. dan rasulNya dapat menggembirakan kamu.

BIAR KAMU TIDAK CANTIK DI MATA PENDUDUK BUMI TETAPI NAMAMU MENJADI PERBUALAN PENDUDUK LANGIT. KERUGIAN BAGI WANITA YANG MENOLAK PERKAHWINAN Sepertimana yang diberitakan kepada kita oleh akhbar Berita Harian, hari ini terdapat segolongan wanita yang menolak perkahwinan. Antaranya memandang perkahwinan sebagai satu bebanan yang menyekat kebebasan.

Bila berkahwin, kuasa mutlak dalam menentukan hidup berubah dan terpikul pula dengan kerja-kerja mengurus rumahtangga dan anak-anak. Justeru itu ramai yang lebih rela jadi andartu walaupun pada hakikatnya, ianya tidak dapat memberi kebahagiaan pada jiwa. Ada juga yang tidak berkahwin disebabkan terlalu memilih calon yang sekufu dan ada yang tidak sempat memikirkan perkahwinan kerana terlalu sibuk dengan tugas-tugas dan karier kerjanya.

Sebelum ini saya ada memberi pandangan bagaimana hendak menyelesaikan masalah andartu. Kali ini saya akan dedahkan pula tentang kerugian wanita yang tidak mahu bekahwin; tetapi bukan kepada wanita yang tidak berkahwin kerana tiada jodoh. Kalau sudah tidak ada jodoh, wanita tersebut tidak boleh dipersalahkan kerana sudah takdir menentukan demikian.

Masalahnya sekarang, terdapat wanita yang ada peluang berkahwin tetapi menolak dengan alasan-alasan sepertimana yang saya sebutkan di atas tadi. Perkembangan tentang wanita yang tidak gemar berkahwin bukan sahaja berlaku di dalam masyarakat bukan Islam tetapi juga berlaku di kalangan masyarakat Islam. Sikap demikian bukan sahaja bertentangan dengan kehendak ajaran Islam yang menggalakkan perkahwinan tetapi juga bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia yang hidupnya memerlukan pasangan. Bahkan sunnatullah kejadian manusia, ada lelaki dan ada wanita yang saling memerlukan antara satu sama lain. Ibarat talian elektrik yang memerlukan positif dan negatif untuk melahirkan cahaya.

Di Malaysia, walaupun terdapat di dalam masyarakat Islam sikap memilih hidup membujang tetapi tidak begitu berleluasa seperti di barat. Sungguh pun demikian pada pandangan Islam, orang yang tidak berkahwin dianggap jelek. Menyerupai para pendita Kristian. Golongan ini juga tidak akan mendapat kesempurnaan dalam agama dan mengalami kerugian di dunia dan di akhirat. Kejelekan tidak berkahwin khususnya bagi kaum wanita, adalah lebih banyak berbanding dengan lelaki. Kerana umumnya bagi kaum wanita, pintu syurga lebih banyak bermula dan berada di sekitar rumahtangga, suami dan anak-anak. bagi kaum wanita, untuk mendapat maqam salehah dan menjadi ahli syurga di akhirat adalah amat mudah. Ini adalah berdasarkan sabda Rasulullah s. a. w.: "

Sekiranya seorang wanita dapat melakukan empat perkara iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga maruah dan taat kepada suami maka masuklah syurga mana-mana yang ia kehendaki." Sekiranya seorang wanita itu tidak berkahwin, ia tidak akan dapat mencapai kesempurnaan pada maqam yang keempat. Walau sehebat mana sekalipun ia bersembahyang, berpuasa dan menjaga maruah, wanita yang tidak berkahwin tidak akan mendapat kelebihan pada mentaati suami. Sedangkan kelebihan mentaati suami mengatasi segala-galanya bagi seorang wanita, sehinggakan redha Allah s. w. t. pun bergantung kepada redha suami.

Selain daripada itu di antara kelebihan wanita yang berkahwin bahawa ia akan diberi pahala seperti pahala jihad fisabilillah di kala mengandung.

Apabila ia menyusukan anak maka setiap titik air susu akan diberi satu kebajikan.

Berjaga malam kerana mengurus anak akan diberi pahala seperti membebaskan 70 orang hamba.

Wanita yang berpeluh kerana terkena bahang api ketika memasak untuk keluarganya akan dibebaskan daripada neraka.

Bagi wanita yang mencuci pakaian suminya akan diberi 1000 pahala dan diampuni 2000 dosa.

Lebih istimewa lagi ialah bagi wanita yang tinggal di rumah kerana mengurus anak-anak akan dapat tinggal bersama-sama Rasulullah s. a. w di syurga kelak.

Bahkan wanita yang rela dijimak oleh suami juga akan mendapat pahala dan lebih hebat lagi bagi wanita yang mati kerana bersalin akan mendapat pahala seperti pahala syahid.

Semua kelebihan-kelebihan ini tidak akan dapat diperolehi bagi wanita yang menolak perkahwinan.

Malah di dunia akan selalu berada di dalam fitnah dan di akhirat menjadi golongan yang rugi.

Oleh itu wanita dianjurkan berkahwin apabila telah menemui pasangan yang sekufu. Yang dimaksudkan sekufu yang utama ialah dari segi iman, walaupun lelaki tersebut telah berkahwin.

Sabda Rasulullah s. a. w: "Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan.

" Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda s. a. w, "Kahwinilah juga ia(diulang sebanyak tiga kali)."

Begitulah besarnya pahala bagi wanita yang berkahwin. Tidak perlu bersusah-payah untuk keluar rumah seperti kaum lelaki atau berslogan seperti kebanyakan wanita hari ini.

Hanya dengan duduk di rumah sebagai seorang isteri dan ibu sudah memperolehi banyak pahala.

Kalau suami redha dengan perlakuan seorang isteri itu maka akan terus masuk syurga tanpa melalui kesukaran.

Nikmat ini tidak akan dapat diperolehi oleh wanita yang menolak perkahwinan kerana dia telah menolak untuk menjadi calon wanita salehah yang berada dibawah naungan suami.

Sumber drp:
http://fauzynm.e-belia.net/Nasihat/Nasihat433/nasihat433.html

4 Golongan lelaki ditarik wanita

4 Golongan lelaki ditarik wanita.

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

PERTAMA - AYAHNYA
Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

KEDUA - SUAMINYA
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

KETIGA ABANG-ABANGNYA
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

KEEMPAT - ANAK LELAKINYA
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap. Firman ALLAH SWT:- "HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN BATU-BATU..." Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kesihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S. W. T bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S. W. T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S. W. T berikan pada kita

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s. a. w. akan hal tersebut, jawab Baginda
s. a. w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s. w. t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s. w. t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s. w. t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s. w. t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s. w. t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s. w. t. dan orang yang takutkan Allah s. w. t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s. w. t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s. a. w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s. a. w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s. a. w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu. 17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s. a. w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r. a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

30 Larangan Untuk Wanita

30 Larangan Untuk Wanita

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki
16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi

Apakah dia istidraj itu ?

Apakah dia istidraj itu ? Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s. a. w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT."(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi) Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkelirudengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam. Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhansahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong." Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah s. a. w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul'Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batuatau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt. Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkanseekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya. Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga. Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yangberbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidakmahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Dipetik drp;

Membesarkan 'ilmu

Menurut kitab Pelita Penuntut karangan Sheikh Zarnuji pada membicara hal membesarkan ilmu itu membesarkan kitab yang ia mentelaah akan dia dan mengaji ia daripadanya. ( maka ) sayugia bagi penuntut ilmu itu bahawa tiada mengambil ia akan kitab melainkan dengan ada wuduk ( dan dihikayatkan) daripada sheikh al Imam Syam ***** bahawa berkata ia " sesungguhnya mencapai aku akan ini ilmu dengan membesarkan kerana bahawasanya aku tiada aku mengambil akan kertas melainkan dengan berwuduk
( dan ) bahawasanya sheikh al Imam Syam ***** adalah sakit perut dan adalah ia mengulang-ulangkan akan pengajaran yang ia mentelaah akan dia pada suatu malam maka berwuduk ia pada demikian itu malam , tujuh belas(17) kali kerana bahawasanya tiada ia megulang-ulang ia melainkan dengan berwuduk.
(Bermula kenyataan ) itu yang demikian itu, kerana bahawasanya ilmu itu NUR dan wuduk itu pun NUR , maka bertambah-tambahlah oleh NUR ILMU dengan Nur wuduk itu.
(dan setengah) daripada membesarkan kitab yang wajib iitu bahawa tiada mengunjur ia akan kakinya kepada kitab, dan bahawa mengantar ia akan kitab2 Tafsir, di atas sekalian kitab2 yang lain kerana membesarkan dia dan bahawa tiada mengantar ia atas kitab2 akan sesuatu yang lain
((dan)) adalah Tuan guru kami Burhanuddin menghikayatkan ia daripada satu Sheikh daripada segala Sheikh 2 bahawa satu ilmu fiqh adalah ia mengandarkan tudung dakwat atas kita maka berkata ia baginya dengan loghat Parsiah .....ertinya tiada mendpt engkau akan manfaat daripada ilmu engkau.( dan ) bersambung ..

07 Oktober, 2009

Mushaf Uthmani Suatu Penilaian

1.PENGENALAN


Mushaf Uthmani ialah mushaf atau naskhah al Quran yang ditulis semula di
zaman pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan atas arahan beliau sendiri. Oleh kerana
usaha menulis mushaf ini dilakukan di zaman beliau maka dipanggil Mushaf Uthmani
iaitu disandarkan kepada nama beliau. Inilah mushaf yang ada pada kita sekarang.
Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung Nabi Muhammad s.a.w. amat
terpelihara dan dijaga dari segi bentuk penulisan dan bacaan. Bersama bentuk bacaan
mutawatir yang diturunkan melalui malaikat Jibril, Allah juga menentukan kaedahkaedah
tertentu untuk membentuk kalimah Al-Quran. Para ulama telah mengesan
beberapa kaedah penulisan kalimah-kalimah Al-Quran dan kaedah-kaedah tersebut
dinamakan kaedah Rasm Uthmani.


Rasm atau bentuk tulisan dalam Mushaf Uthmani berlainan pada beberapa tempat
daripada tulisan biasa bahasa Arab. Jadi tulisan dalam Mushaf Uthmani dipanggil Rasm
Uthmani. Dalam al Quran lama cetakan Pulau Pinang, Singapura dan Thailand yang
terdapat di Malaysia sebelum tahun 70an dahulu yang bernama Quran Majid tulisannya
dipanggil Rasm Imlaei atau Qiyasi.

SEJARAH DAN KONSEP RASM UTHMANI
Menurut ahli sejarah, penulisan al Quran bermula dari zaman Nabi Muhammad
s.a.w di mana sebaik sahaja Rasulullah menerima wahyu. Baginda mengarahkan penulispenulis
wahyu mencatatkan ayat-ayat al Quran yang diterimanya. Antara penulis wahyu
tersebut ialah Khulafa al Rasyidin serta sahabat baginda yang lain seperti Zaid bin Thabit.
Mereka mencatat ayat-ayat al Quran tersebut pada pelepah-pelepah tamar, kepingan batu,
tulang dan lain-lain bahan tulisan. Pada zaman khalifah Uthman bin Affan r.a
memerintah, Islam telah berkembang dengan luas hingga ke negeri Sham, Kufah, Iraq
dan negara-negara lain.Umat Islam yang berada di merata-rata tempat telah mempelajari
dan membaca al Quran menurut kaedah-kaedah bacaan daripada para sahabat yang
masyhur di kalangan mereka.

Khalifah Uthman telah membentuk satu jawatankuasa penulisan al Quran yang
diketuai oleh Zaid bin Thabit. Tugas mereka ialah membukukan al Quran, iaitu menyalin
lembaran-lembaran al Quran yang diambil daripada Hafsah binti Umar untuk dijadikan
mushaf. Sesudah itu, Khalifah Uthman bin Affan memerintahkan supaya dikumpulkan
semua lembaran al Quran yang ditulis sebelumnya dibakar. Dengan demikian maka
pembukuan al Quran pada zaman Khalifah Uthman bin Affan itu memberi faedah yang
besar kepada umat Islam iaitu menyatukan kaum muslimin dalam satu bentuk mushaf
yang seragam menurut ejaan dan tulisannya. Ia jua menyatukan bacaan, walupun masih
terdapat kelainan bacaan tetapi bacaan tersebut tidak berlainan dengan ejaan Mushaf
Uthmani.

Kesimpulannya, ilmu Rasm ialah ilmu yang membincangkan cara menulis lafazlafaz
atau ucapan untuk memelihara pengucapan huruf-hurufnya dari segi lafaz, hurufhuruf
asal dan ilmu yang membahaskan kaedah menambah, mengurang, menyambung,
memisah dan menggantikan huruf. Penulisan ( rasm ) al Quran ini adalah satu sunnah
Rasulullah s.a.w yang diikuti secara ijma’ ( sepakat ) oleh seluruh ulama mujtahidin
kerana tulisan ini adalah berbentuk tauqifiyyah dan ia dibuat di bawah pengawasan Nabi
s.a.w. Maka penggunaan tulisan Imlaei atau Qiasi tidaklah diharuskan.

2. RASM UTHMANI DAN KEISTIMEWAANNYA .
Sebagaimana yang telah diketahui bahawa Rasm Uthmani ialah ilmu yang
membincangkan kaedah penulisan kalimah-kalimah ayat al-Quran yang digunakan dan
dipersetujui oleh Saidina Uthman ketika penyalinan dan penulisan Al-Quran. Ini
menunjukkan rasm ini sangat penting dipelajari dan dikaji apabila hendak membaca kitab
suci al-Quran atau menulisnya.
Antara keistimewaan Rasm Uthmani ialah :

(1) Rasm Uthmani Bersifat Tauqifi bukan Taufiqi
Rasm Uthmani adalah berpunca daripada bimbingan dan tunjuk ajar Rasulullah
s.a.w secara langsung dan mengikut sunnah baginda s.a.w. Setiap perkara yang
dikhabarkan oleh baginda sudah tentu ia datang daripada Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w.
tidak mengajar sesuatu kepada para sahabat melainkan setelah mendapat perintah wahyu
daripada Allah berpandukan hadis berikut sebagai sandaran:
الق الدواة، وحرف القلم، وأنصب الباء،وفرق السين ولتعور الميم، وحسن ال، ومد’
‘الرحمن، وجود الرحيم، وضع قلمك على أذنك اليسر فإنه أذكر لك
Bermaksud : ”Gunakan dakwat, tajamkan pena, sempurnakan penulisan huruf ba’,
pisahkan penulisan huruf sin, sempurnakan bulatan pada penulisan huruf mim,
perindahkan kalimah Allah, panjangkan sebutan al-Rahmaan, dan lagukan bacaan al-
Rahiim, letakkan pena kamu di atas telinga kirimu, maka sesungguhnya ia akan
mengingatkan kamu”


Kebanyakan para ulama sama ada salaf atau khalaf fakta di atas menjadi pegangan
untuk berhujah tentang keistimewaannya, Ia diyakini melalui pegangan sahabat dan
mereka sendiri tidak pernah sama sekali mengingkarinya. Walaupun ada beberapa
pendapat yang berbeza daripada kenyataan di atas, pendapat ini perlu ditolak kerana
kaedah penulisannya terdedah kepada kesilapan disebabkan tiada sesuatu sandaran yang
mantap. Kaedah-kaedah lain juga sering berubah dan sekiranya berlaku kepada Al-Quran
pasti berlaku penyelewengan yang merosakkan kalimah-kalimah seterusnya kefahaman
terhadap tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang mutawatir.


Ada juga sebahagian ulama yang menyatakan bahawa format penulisan al-Quran
dalam mushaf Uthmani hanya merupakan ijtihad para sahabat Nabi, tidak bersifat tauqifi.
Pada mereka tidak ada nas yang jelas baik berupa ayat al-Quran atau pun as-Sunnah yang
menunjukkan secara khusus adanya kewajipan menulis al-Quran berdasarkan format atau
pola penulisan tertentu.


(2). Rasm Uthmani Menjadi Sebahagian Rukun Bacaan Al-Quran
Membaca Al-Quran adalah sesuatu yang digalakkan dalam Islam dan akan
mendapat ganjaran kepada yang membacanya. Setiap pembacaan yang mendapat
ganjaran ialah pembacaan yang menepati rukun. Ulama bersepakat rukun bacaan Al-
Quran ada tiga dan salah satunya ialah menepati salah satu mushaf-mushaf Uthmani sama
ada mushaf yang dihantar ke Madinah, Mekah, Kufah, Basrah, Syam atau mushaf Imam
yang disimpan oleh Saidina Uthman sendiri. Pembacaan yang tidak menepati rukun
dikira syaz atau bacaan yang ditolak. Ulama bersepakat tidak mengakui “quraniyyat”
(kequranan) qiraat Syazzat dan lebih jelas qiraat syazzat dianggap sebagai tafsir atau
penjelasan terhadap qiraat yang terkenal diakui kesahihannya.

(3) Meliputi Tujuh Huruf
Antara keistimewaan sehingga menjadikan rasm Uthmani perlu diberi keutamaan
ialah berkaitan tujuh huruf al-Quran dan ini menjadikannya bertepatan dengan wajah
qiraat yang diajarkan Rasulullah kepada sahabat-sahabatnya.Terdapat banyak hadis
berkaitan tujuh huruf dan pelbagai pendapat utama mengenai maksudnya. Salah satu
pendapat yang disepakati oleh kebanyakan ulama’ ialah tujuh cara bacaan yang
merangkumi unsur-unsur berikut; kata nama sama ada ia mufrad, muthanna atau jamak
dan sama ada ia muzakkar atau muannas, perselisihan pada cara ikrab (analisa nahu),
perselisihan cara tasrif, perselisihan mendahulu atau mentakhir sesuatu huruf atau
kalimah, perselisihan dari segi ibdal, perselisihan dari segi menambah atau
mengurangkan sesuatu huruf atau kalimah dan perselisihan pada lahjah sama ada tebal
atau nipis, imalah, tashil, isymam dan sebagainya. Sekiranya rasm Uthmani tidak
digunakan dalam penulisan Al-Quran pasti mushaf yang dihasilkan tidak meliputi semua
huruf dan seterusnya menjadi mushaf itu terhad dan sesuai digunakan untuk membaca
qiraat mutawattiroh tertentu sahaja dan tidak bagi qiraat-qiraat mutawattiroh yang lain.
(4) Rasm yang Bertepatan dengan Pembentangan Bacaan Al-Quran Terakhir
Faktor ini juga penting kerana seperti dimaklumi secara pasti melalui sejarah Islam,
Rasulullah s.a.w. melakukan semakan terakhir bacaan Al-Quran dengan Malaikat Jibril
dan Zaid bin Thabit, seorang sahabat yang sangat rapat dengannya turut berada
bersamanya. Zaid bin Thabit diberi tanggungjawab untuk menulis dan mengumpul Al-
Quran oleh dua khulafa’ Ar-Rashidin iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Uthman
menulis berdasarkan kepada pembentangan tersebut.

(5) Keistimewaan Rasm Uthmani yang lain ialah:
(i) Berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w.
(ii) Berdasarkan tulisan Al-Quran yang asal.
(iii) Pembentukan rasm sedemikian dapat memberi kefahaman makna yang berlainan dan
tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar. Contoh yang mudah ialah pada
kalimah “maliki” dalam surah Fatihah ada yang membaca dengan hazaf alif dan ada
yang membaca dengan Ithbat Alif yang kedua makna kalimah tersebut tidak terkeluar
daripada maksud yang dikehendaki malahan ia saling mengukuh dan meluaskan makna.

(iv) Membolehkan bacaan wajah-wajah qiraat mutawatir pada lafaz yang sama seperti
dalam firman Allah ( وما يخدعون ال انفسهم ), kalimah ( يخدعون ) boleh dibaca dengan
dua wajah Qiraat iaitu ( يخادعون ) dan ( يخدعون ) dengan kha berbaris dommah.

(v) Sebagai hujah kepada bahasa Al-Quran yang fasih.

(vi) Dipersetujui oleh 12,000 orang sahabat.

(vii) Salah satu daripada sudut gambaran mukjizat Al-Quran .

(viii) Bertepatan dengan riwayat bacaan mutawatir. Berdasarkan kepada dalil-dalil yang
kuat dan hujah-hujah yang jelas.

(x) Ditulis mengikut bacaan Rawi (riwayat).

(xi) Mengandungi rahsia tertentu dari segi mengekal dan menggugurkan huruf.
Contohnya dalam surah Zariyyat ayat والسماء بنيناها باييد وانا لموسعون) 47 )kalimah
ayyidin ditulis dengan gandaan huruf ya kerana memberi petunjuk kebesaran kekuasaan
Allah khususnya dalam penciptaan langit dan alam semesta.

3 . DEFINISI SETIAP KAEDAH BERSERTA CONTOH -CONTOHNYA

3.1. KAEDAH PEMBUANGAN ATAU PENGURANGAN (HAZAF)
Hazaf bermaksud membuang atau menggugurkan huruf-huruf hijaiah tertentu
dalam struktur kalimah tertentu Al-Quran. Huruf-huruf tersebut ialah alif ( ا), wau( و), ya(
ي), lam( ل) nun( ن) yang terdapat pada kalimah tertentu dan huruf-huruf alif( ا), wau( (و
dan ya( ي) pada kata permulaan (fawatih) surah tertentu Al-Quran.

3.1.1 Pembahagian Hazaf

Hazaf berlaku dalam tiga bentuk;
· Hazaf isyarah bermaksud hazaf yang bertujuan menunjukkan wajah-wajah qiraat
mutawatirah tertentu contohnya.

· Hazaf ikhtisor bermaksud hazaf peringkasan seperti pembuangan alif pada
struktur kata jamak Muzakkar Salim dan Jamak Muannath Salim contohnya pada;

· Hazaf iktisor bermaksud hazaf pembatasan yang bermakna hazaf alif pada
kalimah-kalimah tertentu tanpa melibatkan kalimah-kalimah lain contohnya hazaf
alif pada kalimah “miaad”;

(I) Hazaf Alif
Hazaf alif pada tempat-tempat dan keadaan-keadaan berikut:

1. Alif pada kalimah “basmalah” samada lengkap atau tidak
Kecuali pada surah al-Alaq ayat 1:

(2)Hazaf Wau
Hazaf wau berlaku dalam keadaan-keadaan berikut;
1. Bila ia berturut-turut dalam satu kalimah.

(3) Hazaf Ya
Hazaf ya berlaku dalam keadaan-keadaan berikut;
1. Ya “muatakallim” pada kedudukan “isim munada” seperti;

(4) Hazaf Lam
Hazaf lam tidak begitu banyak di dalam al-Quran, hazaf lam berlaku pada keadaan
berikut;
1. Pada lam kedua dalam kalimah-kalimah
kecuali kalimah-kalimah
2. Lam pada lafzul Jalalah.

(5) Hazaf Alif Wau Dan Ya Fawatih Suwar
Hazaf alif berlaku pada huruf alif, lam, ha kecil dan besar, ya, to sod, qaf,ro. Hazaf wau
pula pada huruf nun. Manakala hazaf huruf ya melibatkan huruf-huruf mim, sin, ain dan
sin. Huruf fawatih yang tidak terlibat dengan hazaf fawatih hanyalah alif kerana selepas
dieja tiada huruf mad yang terdapat padanya.

3.2. KAEDAH AL-ZIADAH DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI
Ziyadah bermaksud menambah huruf-huruf tertentu pada kalimah-kalimah tertentu
Al- Quran. Merupakan satu kaedah yang perlu diberi perhatian dalam penulisan al-Quran
Rasm Uthmani. Jika diamat-amati kaedah ini juga terdapat dalam Bahasa Inggeris yang
diistilahkan sebagai “silence pronoun”. . Huruf tersebut ditulis tetapi tidak berfungsi pada
semua keadaan pada bacaan.

Dalam penulisan mashaf-mashaf Rasm Uthmani, huruf-huruf yang diziyadah ialah;
(a) Huruf Alif (b) Huruf wau. (c) Huruf ya
(1) Ziyadah Huruf Alif pada Tempat-tempat Berikut:
1. Selepas huruf wau ganti nama pada jamak muzakkar yang bersambung dengan “Fiil
Madi” “Fiil Mudhari’ dan ”Fiil Amar” yang berada di hujung kalimah.
(2) Ziyadah Huruf Wau pada:
1. Kalimah pada
(3)Ziyadah Ya pada Kalimah-kalimah:

3.3. KAEDAH AL-IBDAL DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM UTHMANI

Al-Ibdal atau menukarkan suatu huruf kepada huruf yang lain adalah merupakan satu
kaedah yang perlu diberi perhatian dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani. Al-Ibdal
ialah menggantikan sesuatu huruf kepada huruf yang lain. Perlu diketahui bahawa huruf
yang menggantikan sesuatu huruf itu tidak boleh dibaca sama sekali, tetapi sebaliknya
yang dibaca adalah huruf asal yang digantikannya.Dalam penulisan mashaf-mashaf Rasm
Uthmani, huruf-huruf yang digantikan itu terbahagi kepada lima bahagian iaitu:
(a) Ibdal huruf Alif kepada huruf Waw.
(b) Ibdal huruf Alif kepada huruf Ya’.
(c) Ibdal huruf Nun kepada huruf Alif.
(d) Ibdal huruf Ta' al-Marbutah kepada huruf Ta’ al-Maftuhah.
(e) Ibdal huruf Thulathi Waw kepada huruf Alif.
(a) Ibdal Huruf Alif Kepada Huruf Waw

Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Alif akan diibdalkan kepada
huruf Waw pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu
ialah:
1. Empat kalimah yang selalu berulang-ulang iaitu:

(b) Ibdal Huruf Alif Kepada Huruf Ya'
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Alif pula akan diibdalkan
kepada huruf Ya' pada beberapa keadaan yang tertentu. Keadaan-keadaan yang
dimaksudkan itu ialah:

1. Apabila Alif terletak di hujung kalimah, sekalipun ia berhubung dengan dhamir (ganti
nama) Contohnya seperti:
(c) Ibdal Huruf Nun Kepada Huruf Alif
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Nun akan diibdalkan kepada
huruf Alif pada beberapa keadaan yang tertentu. Keadaan-keadaan yang dimaksudkan itu
ialah:
Huruf Nun Tawkid Khafiyyah pada dua kalimah berikut:

(d) Ibdal Huruf Ta' Al-Marbutah Kepada Ta' Almaftuhah
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, huruf Ta' al-Marbutah akan diibdalkan
kepada huruf Ta' al-Maftuhah pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-kalimah
yang dimaksudkan itu ialah:

1. Semua kalimah ditulis dengan Ta' al-Marbutah melainkan pada tujuh tempat
dalam al-Quran yang ditulis dengan Ta’ al-Maftuhah iaitu:
(e) Ibdal Huruf Thulathi Waw Kepada Huruf Alif
Dalam kaedah penulisan al-Quran Rasm Uthmani, semua kata nama dan kata perbuatan
yang mempunyai tiga huruf dan asal huruf yang ketiganya ialah Waw akan diibdalkan
kepada huruf Alif pada beberapa kalimah yang tertentu. Kalimah-kalimah yang
dimaksudkan itu ialah:
Melainkan pada enam kalimah yang tetap ditulis dengan huruf Ya'. Kalimah-kalimah
yang dimaksudkan itu iaitu:

3.4 KAEDAH AL-WASL DAN AL-FASL DALAM PENULISAN AL-QURAN RASM
UTHMANI

Al-Wasl atau disebut juga sebagai al-Mausul ialah menulis sesuatu kalimah serta
menyambungkan dengan kalimah yang selepasnya, dan al-Fasl atau disebut juga sebagai
al-Maqtu' pula ialah menulis sesuatu kalimah serta memisahkan dengan kalimah yang
selepasnya. Dua istilah tersebut adalah merupakan salah satu dari kaedah penulisan Rasm
Uthmani. Kaedah penulisan ini hanya berlaku pada beberapa kalimah yang tertentu
sahaja dalam mushaf-mushaf Uthmaniah.

Secara keseluruhannya al-Wasl dan al-Fasl yang terdapat dalam mushaf-mushaf
Uthmaniah boleh dibahagikan kepada empat bahagian iaitu:
(a) Bentuk penulisannya bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah.
(b) Bentuk penulisannya berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah.
(c) Bentuk penulisannya berbeza sama ada bersambung atau berpisah dalam semua
mushaf Uthmaniah.
(d) Bentuk penulisannya harus sama ada dengan bersambung atau berpisah dalam
semua mushaf Uthmaniah.

BAHAGIAN AL-WASL DAN AL-FASL
(a) Kalimah yang Ditulis Bersambung dalam Semua Mushaf Uthmaniah
Ditulis dengan bersambung dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-kalimah
berikut:
1. Semua Ya’ al-Nida’ dengan kalimah yang selepasnya seperti:
(b) Kalimah yang Ditulis Berpisah dalam Semua Mushaf Uthmaniah
Ditulis dengan berpisah dalam semua mushaf Uthmaniah pada kalimah-kalimah berikut:

1. Kalimah dengan pada dua tempat sahaja dalam al-Quran iaitu:
(c)Kalimah yang Berbeza Bentuk Penulisannya dalam Mushaf-mushaf Uthmaniah
Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang berbeza cara penulisannya di mana ia
akan bersambung pada sebahagian tempat, tetapi akan bercerai pula pada sebahagian
tempat yang lain.

1. Kebanyakannya Ditulis dengan Bersambung
(a) Kalimah dengan seperti:
(d)Kalimah yang Harus Ditulis Sama Ada Bersambung atau Berpisah dalam Semua
Mushaf Uthmaniah
Terdapat beberapa kalimah dalam al-Quran yang harus ditulis sama ada dengan
bersambung atau berpisah. Ini bermaksud bahawa kalimah-kalimah tersebut harus ditulis
dalam semua mushaf Uthmaniah dengan menggunakan salah satu atau mana-mana cara
tersebut. Kalimah-kalimah yang dimaksudkan itu ialah:
1. Kalimah dengan pada sepuluh tempat dalam al-Quran iaitu:

3.5 KAEDAH AL-HAMZ DALAM AL-QURAN RASM UTHMANI

Kaedah al-Hamz atau penulisan huruf Hamzah adalah merupakan salah satu dari enam
kaedah yang telah digariskan oleh para ulama dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani.
Sekiranya kaedah tersebut dibuat perbandingan dengan Rasm Qiyasi, maka kita akan
dapati bahawa kaedahnya begitu berbeza sekali, di mana ia ditulis dengan bentuk yang
berbeza-beza antara satu sama lain.

Bagi kaedah ini, perkara yang perlu dibincangkan ialah bentuk penulisan atau rumah
Hamzah kerana itulah yang berkaitan dengan rasm yang sebenarnya. Perkara ini perlu
diperjelaskan terlebih dahulu kerana ramai yang beranggapan bahawa perkara yang
dibahaskan berkaitan dengan huruf Hamzah ini adalah tandanya iaitu sama ada berbentuk
huruf sad kecil ataupun kepala huruf Ain , sedangkan perkara yang dibahaskan
dalam Rasm Uthmani adalah berkaitan surah (rumahnya).

BAHAGIAN HAMZAH
Huruf Hamzah yang terdapat di dalam al-Quran terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

1. Hamzah al-Wasl
Iaitu huruf Hamzah tambahan yang hanya terletak pada permulaan kalimah-kalimah
tertentu. Ia hanya dibaca ketika memulakan bacaan sahaja dan gugur ketika
menyambungkan bacaan dengan kalimah sebelumnya.Dalam al-Quran Rasm Uthmani,
huruf Hamzah Wasal ini ditulis dalam bentuk huruf Alif.
Contohmya seperti

2. Hamzah al-Qat'
Iaitu huruf Hamzah yang terletak sama ada di permulaan, pertengahan ataupun di hujung
kalimah. Ia tetap dibaca sama ada memulakan bacaan padanya ataupun menyambungkan
bacaan dengan kalimah sebelumnya. Contohnya seperti
Dalam al-Quran Rasm Uthmani, huruf Hamzah Qata' ini ditulis dalam bentuk yang
berbagai-bagai iaitu sama ada dengan huruf Alif, huruf Waw atupun huruf Ya'.

1.KAEDAH PENULISAN HAMZAH AL-WASL
Dalam al-Quran Rasm Uthmani, Hamzah al-Wasl itu terbahagi kepada dua bahagian iaitu
sama ada dikekalkan ataupun dibuang bentuknya. Apabila bentuknya dikekalkan, maka ia
ditulis dengan surah huruf Alif seperti Kalimah dan sebagainya.
Akan tetapi terdapat juga beberapa keadaan di mana surah Hamzah al-Wasl itu perlu
dibuang. Keadaan-keadaan yang dimaksudkan itu iaitu:
1. Hamzah al-Wasl yang terletak pada Fa' Kalimah (Fa' al-Fi'il)

2.KAEDAH PENULISAN HURUF HAMZAH AL-QAT'I
Dalam mashaf-mashaf Uthmani, keadaan penulisan huruf-huruf Hamzah tersebut adalah
berbeza antara satu sama lain. Ia berpandukan kepada kedudukannya sama ada ia
terletak di permulaan kalimah atau di pertengahannya ataupun di hujung. Penjelasan
mengenainya adalah seperti berikut:

1. Huruf Hamzah di Pangkal Kalimah
Semua huruf Hamzah yang terletak di pangkal kalimah sama ada pada isim (kata nama),
fi'il (kata perbuatan) atau pada huruf ditulis dengan bentuk Alif (berumahkan huruf Alif),
sama ada ketika ia fathah, kasrah atau dammah. Contohnya seperti:

2. Huruf Hamzah di Pertengahan Kalimah
Huruf Hamzah yang terletak di tengah kalimah berbeza cara penulisannya antara satu
sama lain:

(a) Sekiranya Hamzah itu fathah dan sebelumnya terdapat satu huruf sukun, maka ia
ditulis tanpa surah. Contohnya seperti:

Melainkan tiga kalimah yang ditulis dengan surah iaitu:
1. (Al-Najm: 47) 2. (Al-Rum: 10)
3. (Al-Ahzab: 20)
Huruf Hamzah di Hujung Kalimah
Huruf Hamzah yang terletak di hujung kalimah juga berbeza cara penulisannya di antara
satu sama lain.
(a) Sekiranya sebelum huruf Hamzah itu kasrah, ia ditulis dengan surah Ya’. Contohnya
seperti:

3.6 KAEDAH MA FIH QIRA'ATAANI DALAM PENULISAN AL-QURAN
RASM UTHMANI
Kaedah yang terakhir dalam penulisan al-Quran Rasm Uthmani ialah sekiranya
sesuatu kalimah itu mengandungi dua cara bacaan, maka ia ditulis berpandukan cara
bacaan qiraat-qiraat yang tertentu.
Kaedah ini secara tidak langsungnya akan menerangkan tentang perbezaan cara bacaan
antara qurra' kerana terdapat perbezaan kaedah penulisan yang terjadi di antara mushafmushaf
Uthmaniah itu di sebabkan perbezaan bacaan antara mereka. Perbezaan bacaan
yang dibincangkan dalam perbahasan ini adalah tertumpu kepada Qurra' Sab'ah sahaja.
Sekiranya terdapat sesuatu kalimah yang mengandungi dua atau beberapa wajah
qiraat, maka kalimah itu ditulis dengan salah satu dari wajah-wajah qiraat tersebut.
Kaedah penulisan kalimah-kalimah yang termasuk dalam bahagian ini boleh dibahagikan
kepada tiga bahagian iaitu:

1. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Bertepatan dengan Cara Bacaan
Kedua-duanya
Terdapat beberapa kalimah yang harus dibaca dengan dua atau berbagai-bagai cara
bacaan (qiraat). Kalimah-kalimah yang seumpama ini ditulis dalam semua mushaf
Uthmaniah dengan satu bentuk yang sesuai dan harus dibaca oleh semua perbezaan
qiraat yang berlaku. Contohnya seperti:

2. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Berpandukan Salah Satu dari
Keduanya (wajah yang lebih masyhur)
Terdapat beberapa cara bacaan pada sesuatu kalimah dan ia ditulis dengan menggunakan
salah satu bentuk yang lebih mashyur dan banyak digunakan oleh qiraat-qiraat yang
mutawatirah. Contohnya seperti:

3. Mengandungi Dua Wajah Qiraat dan Ditulis Berbeza-beza antara Mushaf
Berpandukan kepada Cara Bacaannya Masing-masing
Terdapat beberapa perbezaan bacaan yang melibatkan penambahan sesuatu huruf atau
kalimah, dan ini menyebabkan kaedah tulisan yang digunakan bagi sesuatu qiraat tidak
sesuai digunakan bagi qiraat yang lain. Oleh itu ia ditulis pada sebahagian mushaf dengan
satu kaedah dan sebahagian lagi mushaf dengan kaedah yang lain berpandukan kepada
cara bacaannya. Contohnya seperti:

4. HIKMAH ATAU RAHSIA DI SEBALIK PENGGUNAAN
KAEDAH-KAEDAH TERSEBUT.

4.1. HIKMAH-HIKMAH ATAU RAHSIA-RAHSIA KAEDAH ZIYADAH
Selain daripada mempunyai mukjizat yang hanya diketahui Allah sahaja, huruf-huruf
ziyadah juga dilihat mempunyai banyak keistimewaan. Para ulama berpendapat
penambahan huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui baris asal
sesuatu huruf terutamanya pada peringkat awal penulisan al-Quran tiada mempunyai
sebarang baris. Antara contohnya ialah kalimah ditambah huruf ya selepas huruf
hamzah untuk menunjukkan hamzah sebelum ya berbaris kasrah. Selain dari itu ulama
juga mendapati huruf-huruf ziyadah juga mempunyai makna-makna tertentu yang
tersirat. Contohnya ialah;
• Menunjukkan keagungan kekuasaan Allah yang tidak sesiapapun dapat menyamainya.
Ia berlaku pada kalimah pada surah Azzariyat ayat 47 (rujuk di atas).
• Menunjukkan sifat yang keterlaluan seperti dalam ayat 6 surah Qalam yang
membayangkan kegilaan kaum Musrikin yang keterlaluan.
• Begitu juga pada ayat 119 surah Toha. Tambahan alif pada kalimah
menunjukkan Nabi Yaakub adalah paling banyak mengingati nabi Yusuf.
• Begitu juga kalimah dalam surah Syura ayat 30 menunjukkan banyak dan
berterusan kemaafan daripada Allah.

4.2.HIKMAH/RAHSIA HURUF-HURUF IBDAL
Sememangnya terdapat banyak hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan Ibdal
dalam Rasm Uthmani yang tidak mampu dikaji atau difikirkan oleh akal fikiran manusia.
Sebagai contohnya, bagaimanakah akal kita boleh memikirkan tentang penukaran huruf
Ta' al-Marbutah kepada Ta' al-Maftuhah yang berlaku pada sebahagian kalimah
dan sebagainya, sedangkan sebahagian kalimah yang seumpamanya tetap ditulis
dengan Ta' al-Marbutah. Begitu juga, akal kita pasti tidak dapat memikirkan tentang
hikmah perbezaan cara penulisan kalimah yang ditulis dengan huruf Ya' pada
surah Ghafir, sedangkan kalimah yang sama dalam surah Yusuf ditulis dengan huruf Alif.
Antara hikmah-hikmah yang dimaksudkan ialah:
1. Huruf-huruf tersebut boleh dijadikan panduan untuk mengetahui asal-usul sesuatu
huruf. Contohnya seperti:
2. Sebahagian kalimah ditulis bersesuaian dengan berbagai-bagai cara bacaan yang
diharuskan. Sebagai contohnya:

4.3.HIKMAH /RAHSIA YANG BERLAKU DARI KEPELBAGAIAN
CARA PENULISAN YANG BERKAITAN DENGAN AL-WASL DAN AL-FASL
Perbezaan cara tulisan sama ada dengan menyambung atau memisahkannya telah
memberi kesan yang besar terhadap tiga perkara, iaitu:

1. Berkaitan Cara Bacaan
Cara bacaan bagi semua qurra' akan berbeza dengan sebab berlainan cara penulisan
kalimah-kalimah tertentu. Sebagai contohnya, kalimah dengan pada firman
Allah s.w.t. , sekiranya kalimah tersebut ditulis
dengan bersambung, ketika bacaan waqaf para qurra' mestilah berhenti pada kalimah ,
tetapi sekiranya ia ditulis dengan berpisah, ketika bacaan waqaf para qurra' boleh
memilih sama ada berhenti pada kalimah ataupun kalimah . Begitulah juga yang
berlaku pada kalimah-kalimah yang seumpamanya.

2. Berkaitan Maksud Kalimah
Maksud sesuatu kalimah yang ditulis dengan bersambung juga kadang-kadang akan
berbeza apabila ia ditulis dengan berpisah. Contohnya seperti kalimah dengan
yang ditulis dengan bersambung pada firman Allah s.a.w. ia
bermaksud "atau siapa", tetapi sekiranya ditulis dengan berpisah pada firman Allah s.w.t.
, ia pula bermaksud "bahkan". Begitulah juga berlaku
pada kalimah-kalimah yang seumpamanya.

3. Berkaitan Hukum Tajwid
Hukum tajwid bagi sesuatu kalimah itu juga pada kebiasaannya akan berubah dengan
sebab perbezaan cara tulisan yang melibatkan bersambung atau berpisah. Sebagai
contohnya kalimah dengan , sekiranya ditulis dengan bersambung jadilah
hukumnya Idgham Bi Ghunnah Musyaddad, tetapi sekiranya berpisah hukumnya akan
bertukar kepada Idgham Mithlaini Saghir. Begitu juga kalimah dengan ,
sekiranya ditulis dengan bersambung jadilah hukumnya Idgham Bi Ghunnah Musyaddad,
tetapi sekiranya dipisahkan hukumnya akan bertukar kepada Idgham Maal Ghunnah.

4.4.HIKMAH/RAHSIA KAEDAH PENULISAN HAMZAH
Para ulama tidak dapat menyelami hikmah yang tersirat di sebalik kaedah penulisan huruf
Hamzah yang berbeza-beza kerana kaedah tersebut bukannya ciptaan manusia. Oleh
kerana ia adalah tauqifi daripada Rasulullah s.a.w. sebagaimana yang disepakati oleh
jumhur ulama, maka kita wajib menerimanya sebagai wahyu daripada Allah s.w.t.
sebagaimana firmannya:
Maksudnya:
“Dan tidaklah (Muhammad s.a.w.) itu melafazkan sesuatu hanya mengikut hawa nafsu
semata-mata. Semuanya tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan kepadanya. Ia
diajarkan oleh yang sangat perkasa (Jibril a.s.).”
Salah satu hikmah yang tersurat dari kepelbagaian bentuk-bentuk penulisannya ialah
kalimah-kalimah tersebut harus dibaca dengan berbagai-bagai wajah qiraat. Sebagai
contohnya:

4.5 HIKMAH/RAHSIA YANG BOLEH DIPEROLEHI DARI KAEDAH MA FIHI
QIRA'ATAANI DALAM RASM UTHMANI

Terdapat berbagai-bagai keistimewaan yang terdapat dari kaedah ini,antaranya:

1. Merupakan satu kaedah penulisan yang sesuai digunakan oleh semua wajah qiraat
yang mutawatirah. Sebagai contohnya kalimah yang terdapat dalam surah al-
Fatihah, ia ditulis dalam semua mushaf Uthmaniah dengan tanpa Alif selepas Mim
supaya ia sesuai dibaca oleh dua wajah qiraat iaitu sama ada dengan panjang (2 harakat)
ataupun pendek. Kalimah dalam surah al-Furqan pula ditulis dalam semua
mushaf Uthmaniah dengan tanpa Alif selepas Ra' supaya ia juga sesuai dibaca oleh dua
wajah qiraat iaitu sama ada dengan panjang (bacaan mufrad) ataupun pendek (bacaan
jama'). Begitu juga pada banyak contoh yang lain.

2. Ia ditulis berpandukan bacaan yang lebih masyhur dan dibaca oleh kebanyakkan qiraat.
Hal ini berlaku apabila sesuatu qiraat itu harus ditulis dengan satu bentuk tulisan sahaja
iaitu bentuk yang asal, tanpa perlu diubah kepada suatu bentuk yang lain dan bentuk itu
memungkinkan dibaca dengan berbagai-bagai qiraat. Sebagai contohnya kalimah
dalam al-Quran yang ditulis dengan huruf Sad pada semua mushaf Uthmaniah,
tetapi bacaannya harus dibaca dengan Sad atau dengan Sin ataupun dengan huruf Zai
yang diisymamkan. Kalimah dalam surah al-Baqarah juga ditulis dengan huruf
Sad pada semua mushaf Uthmaniah, tetapi ia harus dibaca dengan Sad ataupun dengan
Sin.

5. PENDAPAT MENGENAI HUKUM MENGGUNAKAN RASM UTHMANI
Hukum mempelajarinya adalah Fardu kifayah. Ianya satu keperluan, di mana ia
dapat menentukan cara menulis sesuatu kalimah contohnya huruf Ta’ ditulis dengan Ta’
maftuhah atau Ta’ marbutoh. Rasm Uthmani sangat penting dipelajari dan dikaji
khususnya apabila kita hendak menulis dan membaca kitab suci Al-Quran kerana ianya
dapat memelihara dari kesalahan dalam penulisan Al-Quran, ini kerana sekiranya dengan
penulisan kita dapat membaca apa yang kita tulis. Bayangkan jikalau tulisan sesuatu
kalimah atau lafaz salah, sudah tentu bacaannya juga salah. Perlu diingat bahawa
penulisan betul adalah perkara penting untuk kesahihan dalam sebutan sesuatu kalimah.
Hukum Menggunakan Penulisan Al-Quran dengan Rasm Uthmani
Ulama berbeza pendapat adakah kaum Muslimin diwajibkan mengikuti rasm
Uthmani dalam penulisan al-Quran apakah dibolehkan menulisnya dengan rasm Imlai.
Ulama yang mengakui bahawa rasm Uthmani bersifat tauqifi berpendapat wajib
mengikuti rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran. Sehubungan dengan itu Ahmad Ibn
Hambal menyatakan “haram hukumnya menyalahi rasm Uthmani seperti dalam hal
penulisan huruf “ya” atau “alif” atau “wau” manakala Imam Malik ketika ditanya
“bolehkah al Quran di tulis dalam bentuk penulisan gaya baru? Beliau menjawab “tidak
boleh dan mesti mengikut bentuk penulisan yang pertama kali”.
Ulama yang tidak mengakui bahawa rasm Uthmani itu bersifat taqifi berpendapat
“tidak mesti kita mengikut rasm Uthmani dalam penulisan al-Quran. Dengan mudah ia
bermaksud dibolehkan kita menulisnya dengan rasm imlai. Mereka menyandarkan
pendapat tersebut berdasarkan ungkapan Sheikh Labib al-Saed dalam bukunya “Al-
Jam’al al-Sauti al-Awwali li al-Quran al-Karim”

Yang bermaksud: ”Sesungguh bentuk dan format penulisan tidak lain melainkan
hanyalah merupakan tanda-tanda atau simbol-simbol. Jadi bentuk serta format tulisan al-
Quran yang menggambarkan atau menunjukkan arah bacaan yang tepat, dapat benarkan.
Manakala rasm Uthmani yang berbeza dengan rasm imlai sebagaimana yang dikenali
menyusahkan orang awam juga mengakibatkan kesusahan dan kekeliruan dalam
pembacaan.”
Ada pula sebahagian pendapat yang lebih selektif. Mereka berpendapat wajib ditulis
dengan rasm imlai dalam penulisan al-Quran yang diperuntukkan bagi orang awam.
Namun begitu penulisan dengan rasm ‘Uthmani juga wajib dipelihara dan dilazimkan
sebagai warisan yang sangat berharga. Sehubungan dengan pendapat ini Sheikh al-
Zarqani menyatakan ungkapannya seperti berikut;
Yang bermaksud: “pendapat ini dimaksudkan untuk memelihara ketulenan al-Quran dari
dua aspek. Pertama: berupa penulisan al-Quran dengan bentuk penulisan seperti yang
dikenali agar kaum Muslimin terhindar daripada kekeliruan dan kesalahan ketika
membacanya. Kedua: usaha penyelarasan al-Quran dengan Rasmnya yang asal
ditentukan bagi kaum Muslimin yang tidak dikhuatirkan terjadi kekeliruan dalam
bacaannya”.

Pendapat yang Rojih (Terpilih)
Pendapat terpilih yang menenang hati ialah pendapat Jumhur yang mengakui bahawa
penulisan al-Quran adalah tauqifi dan tidak boleh menyalahinya. Dr Yusuf al-Qardhawi
dalam kitab “fatawa al-Maashirah” menerima dan mempertahankan pendapat ini secara
panjang lebar;

· Umat Islam sejak dari Zaman Saidina Uthman menerima mushaf yang ditulis
ketika itu. Ia ditulis di bawah satu jawatankuasa yang diketuai oleh Zaid.

· Umat Islam juga bersepakat mashaf ini hendaklah kekal sebagaimana ia ditulis
tidakdiubah atau ditukar meskipun cara penulisan sekarang sudah berkembang
dan berubah. Walaupun begitu terdapat sedikit penambahan yang perlu yang tidak
merubah bentuk kalimah asal. Penambahan ini merangkumi dari segi titik-titik
huruf dan baris-baris.

· Mashaf ini kekal hingga ke hari ini dalam bentuk tulisan Uthmani. Ini ialah
sebagai langkah bersungguh-sungguh dalam memelihara nash al-Quran dari
sebarang perubahan yang mungkin berlaku di masa mendatang sama ada secara
tersilap atau disengajakan.

· Huruf-huruf Latin juga tidak mempunyai aksara yang boleh menerangkan semua
bunyi-bunyi huruf Arab yang khusus seperti huruf ha, ain, zho, sod dan to.

· Mungkin ada sebahagian orang menjelaskan bahawa ia boleh diselesaikan dengan
meletakkan tanda-tanda khas seperti yang diletakkan oleh para orientalis untuk
membezakan bunyi-bunyi huruf Latin yang tidak mempunyai huruf khas. Walau
bagaimanapun penyelesaian sebegini boleh berlaku kepada orang yang sudah
mengetahui Bahasa Arab dan bunyi-bunyi hurufnya secara tepat.

· Terdapat juga huruf-huruf seperti hamzah wasal bilakah sepatutnya ia dituturkan
dan bilakah ia tidak dituturkan. Begitu juga “tanwin” bagaimanakah bunyi ketika
disambung (wasal) dan diberhentikan (waqaf). Begitu juga tanwin dalam Taa
Marbutoh adalah lain dengan tanwin dalam ta maftuhah ketika berhenti. Begitulah
seterusnya ia hanya dapat dikuasai melalui latihan.
Selain daripada sokongan ini terdapat persidangan ulama sedunia yang turut
mengakui kenyataan di atas. Pertubuhan-pertubuhan tersebut ialah pertama “majmak
Buhuth Islamih” (Majlis Kajian Islam) Universiti al-Azhar Mesir dalam persingan
keenamnya pada 30 Muharram 1391H, “haiah Kibar Ulama” (kesatuan ulama Besar)
Arab Saudi pada penetapan n0: 71 bertarikh 21 Syawal 1399H dan ketiga “Majmak Fiqh
Islami” (majlis Fiqh Islam) di bawah Rabitah Alam Islami (Liga Islam sedunia) Riyadh
menetapkan bahawa;

· Mengekalkan penulisan al-Quran secara rasm Uthmani sahaja bagi mengelakkan
sebarang penyelewengan dalam penulisannya.

· Mengekalkan al-Quran yang ditulis dengan kaedah rasm Uthmani sahaja kerana ia
adalah satu sunnah para sahabat yang diambil daripada Rasulullah bertepatan
dengan hadis “alaikum bisunnati...”.

· Mengelakkan penulisan rasm Uthmani dan mengikut penulisan rasm Imlai dengan
tujuan memudahkan bacaan akan membawa kepada pertukaran atau penambahan
huruf al-Quran tanpa disedari.

· Membiarkan al-Quran tanpa piawaian penulisan yang tetap akan
mendedahkannya kepada pihak yang mahu menulisnya melalui perantaraan
kaedah-kaedah lain yang pasti akan merosakkan keaslian bacaan.

· Semua bentuk bacaan adalah perkara yang diambil daripada Nabi s.a.w bukan
melalui sesuatu fatwa.

· Membiarkan al-Quran tanpa piawaian penulisan yang tetap akan
mendedahkannya kepada pihak yang mahu menulisnya melalui perantaraan
kaedah-kaedah lain yang pasti akan merosakkan keaslian bacaan.

· Semua bentuk bacaan adalah perkara yang diambil daripada Nabi s.a.w bukan
melalui sesuatu fatwa.

6. PENUTUP

Sebagaimana yang telah diketahui bahawa Al-Quran merupakan mukjizat yang
terbesar kepada Nabi Muhammad s.a.w. Ianya dipelihara, dikawal dan dijaga sama ada
dalam bentuk lisan dan bentuk penulisan. Bersama bentuk bacaan mutawatir yang
diturunkan melalui Malaikat Jibril, Allah juga menentukan kaedah-kaedah tertentu untuk
membentuk kalimah Al-Quran. Para ulama’ telah mengesan beberapa kaedah penulisan
kalimah-kalimah Al-Quran yang disebut kaedah Rasm Uthmani.
Sekiranya kaedah ini bukan bersumberkan Rasulullah dan para sahabat sudah
tentu kaedah ini tidak diguna pakai untuk menulis kalimah-kalimah kitab yang
bermukjizat ini. Di sini dapatlah dirumuskan bahawa kaedah tersebut amat unik dan
terdapat banyak rahsia yang tersirat melalui kaedah-kaedah tersebut sehingga Rasulullah
s.a.w. dan sahabat-sahabat sangat mengambil berat terhadapnya.
Tanpa mengetahui sejarah dan kaedah penulisan al-Quran, pasti berlaku kesilapan
sewaktu mentelaah kalam Allah s.w.t. itu. Meskipun al-Quran yang dibuku dan dicetak di
seluruh dunia mempunyai beberapa kaedah penulisan, namun hanya yang menggunakan
kaedah rasm Uthmani yang diiktiraf jumhur ulama’ kerana ia mempunyai pelbagai
kelebihan di sebalik kemukjizatan yang teragung..

7. RUJUKAN
1. Ahmad Kamarudin Ibrahim,(2009), Rasm Al-Uthmani, Meteor Doc. Sdn. Bhd.
2. Badaruddin Mohd b Abdullah Al-Zarkasyi, al-Burhan fi Ulum al-Quran, Beirut
dar al Makrifah.
3. Bahagian Hal Ehwal Islam JPM, (1990), Panduan Membaca Al-Quran Rasm
Uthmani dan Kelebihannya, Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
4. Husni Sheikh Uthman, Haqq at-Tilawah, al-Urdun, Maktabah al-Manar.
5. Jawdah,Muhammad Abu al-Yazid al-Mahdi,(2000), Thamar al-Jinan Fi Afnan
Min Ulum al-Quran, Egypt.
6. Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Percetakan Al-Quran KKDN, (2004), Buku
Panduan Rasm Uthmani, Percetakan Nasional Malaysia Berhad.
7. Maulana Abdullah Yusuf Ali, (2001), Al-Quranul Karim Terjemahan dan
Huraian - Maksud Jilid 1, DBP Kuala Lumpur.
8. Muhammad Firdaus Nurul Huda, (2006), Ensiklopedia Asas Fardhu Ain,
25
Amiruddin Mohd Saleh
SMP / OUM SEM MEI 2009
Crescent News KL Sdn. Bhd.
9. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp=2007=bicara
10. http://kualalangat.net/zakaria/2009/02/02/kelebihan-rasmuthmani

Disediakan oleh :

Amiruddin Mohd Saleh

SMP / OUM SEM MEI 2009

Kelebihan Ilmu

Kitab IImu - llmu Pengetahuan

Allah Ta'ala berfirman: "Dan katakanlah: "Ya Tuhanku, tambahkanlah ilmuku." (Thaha: 114) Allah Ta'ala juga berfirman: "Katakanlah: "Apakah sama antara orang-orang yang mengetahui - yakni berilmu - dan orang-orang yang tidak mengetahui - yakni tidak berilmu." (az-Zumar: 9) Allah Ta'ala berfirman lagi: "Allah mengangkat orang-orang yang beriman dari engkau semua dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa derajat." (al-Mujadalah: 11) Allah Ta'ala berfirman pula: "Hanyasanya yang takut kepada Allah dari kalangan hamba- hambaNya itu ialah para alim-ulama."

1373. Dari Mu'awiyah r.a.,katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ia menjadi pandai dalam hal keagamaan." (Muttafaq 'alaih)

1374. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada kehasudan yang dibolehkan melainkan dalam dua macam perkara, yaitu: seseorang yang dikaruniai oleh Allah akan harta, kemudian ia mempergunakan untuk menafkahkannya itu guna apa-apa yang hak - kebenaran - dan seseorang yang dikaruniai ilmu pengetahuan oleh Allah, kemudian ia memberikan keputusan dengan ilmunya itu - antara dua orang atau dua golongan yang berselisih - serta mengajarkan ilmunya itu pula." (Muttafaq 'alaih) Artinya ialah bahwa seseorang itu tidak patut dihasudi atau diiri kecuali dalam salah satu dari kedua perkara di atas itu untuk ditiru dan diamalkan seperti orang tersebut. Yang dimaksudkan dengan Alhasad ialah ghibthah yaitu mengharapkan seperti yang ada pada orang lain. 1375. Dari Abu Musa r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda: "Perumpamaan dari petunjuk dan ilmu yang dengannya saya diutus oleh Allah itu adalah seperti hujan yang mengenai bumi. Di antara bumi itu ada bagian yang baik, yaitu dapat menerima air, kemudian dapat pula menumbuhkan rumput dan lalang yang banyak sekali, menahan masuknya air dan selanjutnya dengan air yang bertahan itu Allah lalu memberikan kemanfaatan kepada para manusia, karena mereka dapat minum daripadanya, dapat menyiram dan bercucuk tanam. Ada pula hujan itu mengenai bagian bumi yang lain, yang ini hanyalah merupakan tanah rata lagi licin. Bagian bumi ini tentulah tidak dapat menahan air dan tidak pula dapat menumbuhkan rumput. Jadi yang sedemikian itu adalah contohnya orang pandai dalam agama Allah dan petunjuk serta ilmu yang dengannya itu saya diutus, dapat pula memberikan kemanfaatan kepada orang tadi, maka orang itupun mengetahuinya - mempelajarinya, kemudian mengajarkannya - yang ini diumpamakan bumi yang dapat menerima air atau dapat menahan air, dan itu puIalah contohnya orang yang tidak suka mengangkat kepala untuk menerima petunjuk dan ilmu tersebut. Jadi ia enggan menerima petunjuk Allah yang dengannya itu saya dirasulkan - ini contohnya bumi yang rata serta licin." (Muttafaq 'alaih)

1376. Dari Sahl bin Sa'ad r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda kepada Ali r.a.: "Demi Allah, niscayalah andaikata Allah memberikan petunjuk kepada seseorang lelaki dengan perantaraan usahamu, maka hal itu adalah lebih baik daripada unta-unta yang merah-merah," sebagai kiasan hartabenda yang paling dicintai oleh bangsa Arab. (Muttafaq 'alaih) 1377. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersaba: "Sampaikanlah - kepada orang lain - ajaran yang berasal daripadaku, sekalipun hanya seayat belaka. Percakapkanlah tentang kaum Bani Israil - yakni kaum Yahudi - dan tidak ada halangan apapun. Dan barangsiapa yang berdusta atas diriku dengan sengaja maka baiklah ia menempati tempat duduknya dari neraka." (Riwayat Bukhari) 1378. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menempuh sesuatu jalan untuk mencari ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan untuk menuju ke syurga." (Riwayat Muslim)

1379. Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk - yakni kebenaran, maka baginya adalah pahala seperti pahala-pahala orang yang mengikutinya, tidak dikurangi sedikitpun dari pahala mereka itu." (Riwayat Muslim)

1380. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila anak Adam - yakni manusia - meninggal dunia, maka putuslah amalannya - yakni tidak dapat menambah pahalanya lagi, melainkan dari tiga macam perkara, yaitu sedekah jariah atau ilmu yang dapat diambil kemanfaatannya atau anak yang shalih yang suka mendoakan untuknya." (Riwayat Muslim)

1381. Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Dunia ini adalah terlaknat, terlaknat pula apa-apa yang ada di atasnya, melainkan berzikir kepada Allah dan apa-apa yang menyamainya, juga orang yang alim serta orang yang menuntut ilmu." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa itu adalah Hadis hasan. Sabda Nabi s.a.w.: "Wa maa walah" artinya: Dan apa-apa yang menyamainya, ialah taat atau melakukan ketaatan kepada Allah Ta'ala.

1382. Dari Anas r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa keluar untuk menuntut ilmu, maka ia dianggap sebagai orang yang berjihad fi-sabilillah sehingga ia kembafi." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

1383. Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Rasulullah s.a.w., sabdanya: "Tiada sekali-kali akan kenyanglah seseorang mu'min itu dari kebaikan, sehingga penghabisannya nanti adalah syurga." Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

1384. Dari Abu Umamah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Keutamaan orang alim atas orang yang beribadat ialah seperti keutamaanku atas orang yang terendah di antara engkau semua." "Selanjutnya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya, juga para penghuni langit dan bumi, sampaipun semut yang ada di dalam liangnya, bahkan sampaipun ikan yu, niscayalah semua itu menyampaikan kerahmatan kepada orang-orang yang mengajarkan kebaikan kepada para manusia." Adapun yang selain Allah ialah memohonkan agar orang-orang yang mengajar kebaikan itu diberi kerahmatan oleh Allah. Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

1385. Dari Abuddarda' r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk mencari sesuatu ilmu pengetahuan di situ, maka Allah akan memudahkan untuknya suatu jalan untuk menuju syurga, dan sesungguhnya para malaikat itu niscayalah meletakkan sayap-sayapnya kepada orang yang menuntut ilmu itu, karena ridha sekali dengan apa yang dilakukan oleh orang itu. Sesungguhnya orang alim itu niscayalah dimohonkan pengampunan untuknya oleh semua penghuni di langit dan penghuni-penghuni di bumi, sampaipun ikan-ikan yu yang ada di dalam air. Keutamaan orang alim atas orang yang beribadat itu adalah seperti keutamaan bulan atas bintang-bintang yang lain. Sesungguhnya para alim ulama adalah pewarisnya para Nabi, se-sungguhnya para Nabi itu tidak mewariskan dinar ataupun dirham, hanyasanya mereka itu mewariskan ilmu. Maka barangsiapa dapat mengambil ilmu itu, maka ia telah mengambil dengan bagian yang banyak sekali." (Riwayat Abu Dawud dan Termidzi)

1386. Dari Ibnu Mas'ud r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah memberikan kenikmatan kepada seseorang yang mendengarkan sesuatu ucapan dari kami - yakni dari Nabi s.a.w. - lalu ia menyampaikannya sebagaimana yang didengar olehnya. Maka banyak sekali orang yang diberi berita itu lebih dapat mengingat-ingat - yakni lebih memperhatikan - daripada orang yang men-dengarnya sendiri?" Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.

1387. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang ditanya mengenai sesuatu ilmu, lalu ia menyimpannya - yakni tidak suka menerangkan yang benar, maka ia akan diberi kendali - di mulutnya - besok pada hari kiamat dengan kendali dari neraka." Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Termidzi dan Termidzi mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.

1388. Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mempelajari sesuatu ilmu pengetahuan dari golongan ilmu yang semestinya untuk digunakan mencari keridhaan Allah 'Azzawajalla, tetapi ia mempelajarinya itu tiada lain maksunnya, kecuali hendak memperoleh sesuatu tujuan dari keduniaan, maka orang yang sedemikian tadi tidak akan dapat menemukan keharuman syurga pada hari kiamat." Yakni bau harumnya syurga itu tidak akan dapat dirasakannya. Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad shahih.

1389. Dari Abdullah bin 'Amr bin al-'Ash radhiallahu 'anhuma, katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya Allah itu tidak mencabut ilmu pengetahuan dengan sekaligus pencabutan yang dicabutnya dari para manusia, tetapi Allah mencabut ruhnya para alim-ulama, sehingga apabila tidak ditinggalkannya lagi seorang alimpun - di dunia ini, maka orang-orang banyak akan mengangkat para pemimpin - atau kepala-kepala pemerintahan - yang bodoh-bodoh. Mereka - para pemimpin dan kepala - itu ditanya, lalu memberikan keterangan fatwa dengan tanpa menggunakan dasar ilmu pengetahuan. Maka akhirnya mereka itu semuanya sesat dan pula menyesatkan - orang lain." (Muttafaq 'alaih)

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Pendahuluan
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu memiliki sejarah yang panjang untuk menjadi Bahasa Melayu seperti yang wujud sekarang. Perjalanan sejarah bahasa inilah yang akan dicatat dan dibahaskan dari keadaan awal,seterusnya menempuh beberapa fasa tertentu sehingga kearah pembentukan dasar bahasa di Malaysia.

Fasa demi fasa akan ditinjau dari sudut padangan ilmu bahasa, sejarahwan yang didukung fakta-fakta sejarah mahupun arkologi. Perbincangan awal adalah menyentuh tentang tanah asal dan migrasi serta kehidupan sosiobudaya penutur Bahasa Melayu Kuno yang merujuk kepada peninggalan yang termuat dalam data-data berbahasa Melayu tulisan kawi.

Seterusnya, perpindahan dari Bahasa Melayu Kuno kepada Melayu Klasik adalah hal penting yang akan dicirikan dan bahaskan sehingga bertukarnya berntuk tulisan kawi kepada tulisan jawi. Selain itu, perkembangan mutakhir Bahasa Melayu setelah berakhirnya zaman penjajahan barat di bumi Melayu sehingga Bahasa Melayu menerima penambahbaikan serta persaingan dengan bahasa lain disekelilingnya dan berjaya menjadi bahasa rasmi,bahasa kebangsaan, dan bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara dan pentadbiran negara.

A. i ) Pengertian Dan Kepentingan Sejarah Di Dalam Pembentukan Dasar Bahasa Di Malaysia
Sejarah merupakan peristiwa dan catatan masa yang telah berlaku yang tercatat dalam bentuk monument parasti warkah ataupun lembaran kitab seperti hukum kanun Melaka. Menurut J.V Brice mengatakan bahawa sejarah adalah catatan-catatan dari apa yang telah difikirkan, dikatakan dan diperbuat oleh manusia.

Oleh yang demikian, pengertian sejarah berbeza dengan pengertian Ilmu sejarah. Sejarah adalah peristiwa yang terjadi pada masa lalu manusia sedangkan Ilmu sejarah adalah ilmu yang digunakan untuk mempelajari peristiwa penting masa lalu manusia. Oleh itu, sejarah merupakan faktor penting di dalam pembentukan dasar bahasa sesebuah negara.
Pembentukan dasar bahasa di Malaysia mempunyai kronologi sejarah perkembangan bahasa yang panjang. Ismail Hussien (1948:5) mengatakan bahawa Bahasa Melayu hanyalah merupakan satu daripada lebih 200 bahasa dalam kepulauan Melayu. Oleh sebab bentuknya amat sederhana dan kemungkinan menerima unsur asing dan sifatnya yang dapat dilentur buat memenuhi keperluan semasa , maka jadilah Bahasa Melayu sebagai bahasa yang terpenting dalam sejarah bahasa-bahasa di Kepulauan Melayu.

Asal-usul Bahasa Melayu perlu dilihat pada bangsanya, iaitu bangsa Melayu. Menurut para pengkaji seperti R.H Geldern berdasarkan kajian yang dibuat terhadap kapak tua yang ditemui disekitar hulu Sungai Brahmaputra,Irrawaddy, Hwang, Salwen dan Yangtze didapati serupa dikawasan Nusantara dikatakan dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali. Begitu juga J.H.C Kern, mengatakan bahawa bangsa Melayu berasal daripada Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan yang dikesannya di kepualuan Nusantara terdapat juga di Madagaskar,Taiwan ,beberapa kepulauan Pasifik dan di Filipina. Selain itu, William Marsden mendapati Bahasa Melayu dan bahasa Polinesia itu merupakan bahasa serumpun. Dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau 5000 tahun .

Justeru itu, Bahasa Melayu didapati tergolong dalam filum bahasa-bahasa Austris yang mempunyai tiga rumpun utama seperti rajah 1.1.
Filum Austris
Tibet-China
Austronesia
(Bahasa Austronesia)

Austroasia
Bahasa Melayu Proto
Bahasa Melayu Induk
Bahasa Melayu Barat
Bahasa Melayu Tengah
Bahasa Melayu Timur
Bahasa Melayu Riau
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Johor
Bahasa Melayu Kelantan
Bahasa Melayu Patani
Bahasa Malaysia
Bahasa Melayu Brunei
Bahasa Melayu Singapura
Bahasa Indonesia

Rajah 1.1. Pembahagian Filum Austris Dan Keluarga Bahasa Melayu
Ahli-ahli bahasa membahagikan perkembangan Bahasa Melayu kepada beberapa tahap iaitu Bahasa Melayu Kuno, Bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden.
Bahasa Melayu Kuno ialah bahasa yang dipengaruhi agama hindu dan bahasa Sanskrit. Bahasa Melayu Kuno mencapai kegemilangannya dari abad ke-7 hingga ke-13 pada zaman kerajaan Sriwijaya sebagai ‘lingua franca’ dan bahasa pentadbiran. Pada ketika itu, Bahasa Melayu Kuno telah ditutur merangkumi kepulauan Riau, Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu.
Bahasa Melayu Kuno mudah diterima ramai ketika itu kerana ianya bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar, tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat dan mempunyai sistem penulisan atau aksara yang lebih mudah. Sistem aksara atau tulisan Bahasa Melayu Kuno adalah tulisan kawi. Tulisan ini wujud dalam kurun ke-8 Masihi.
Dengan menggunakan aksara kawi, Pallava dan Rencong, orang-orang Melayu Kuno menulis di atas kulit-kulit kayu, kepingan logam dan pada batu-batu bersurat seperti Batu Bersurat Kedukan Bukit (Palembang ,683 M), Batu Bersurat Talang Tuwo(Palembang,684M), Batu Bersurat Kota Kapur (Bangka 686 M) dan lain-lain lagi.
Tulisan Kawi terus menerima unsur ketamadunan, evolusi dan asimilasi dan dikekalkan sehingga diguna sehingga zaman Bahasa Melayu Moden seperti curi, makan, tanam , dan air. Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M apabila tibanya pengaruh kedatangan Islam ke Kepulauan Melayu. Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik dikaitkan dengan kedatangan agama Islam ke Asia Tenggara pada abad ke-13.
Menurut Awang Sariyan, Bahasa Melayu Klasik merupakan tahap ketiga dalam periodasi Bahasa Melayu sesudah Bahasa Melayu Purba dan Bahasa Melayu Kuno. Bahasa Melayu Klasik mula mengambil tempat apabila terdirinya kerajaan Islam yang pertama iaitu kerajaan Samudera-Pasai di bawah Sultan Malikul Salih. Bahasa Melayu Klasik menggunakan sistem tulisan jawi iaitu aksara arab berBahasa Melayu pada awal abad ke -14.
Peralihan Bahasa Melayu Kuno kepada Bahasa Melayu Klasik ini dapat dibuktikan dengan penemuan batu-batu bersurat seperti batu bersurat Minye Tujuh , Acheh(1390M),iaitu batu bersurat pertama yang ditemui penggunaan kata-kata Arab seperti Khalifah,nabi-nabi, Allah dan rahmat.
Kewujudan Bahasa Melayu Klasik juga ditemui dalam manuskrip Melayu Lama. Terdapat kira-kira 10,000 naskhah manuskrip Melayu Lama ini tersimpan di beberapa buah negara di Barat.
Manuskrip Melayu Lama yang tertua ialah surat kiriman Sultan Ternate, dari kepulauan Maluku kepada Raja Portugis yang bertarikh 1521 dan 1522. Tulisan berbentuk buku pula ialah kitab Aqaid al-Nasafi yang bertarikh 1590 M, Tutinameh (1600M), Hikayat Seri Rama(1633) suratRaha Acheh kepada Harry Middleton(1602) dan surat emas Sultan Iskandar Muda Mahkotan Alam ,Acheh kepada Raja Inggeris, King James I (1615). Penemuan ini menunjukkan Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua Franca di Asia Tenggara pada masa itu.
Dari segi fonologi, sistem bahasanya tidak dapat ditentukan kerana tiada data lisan. Awang Sariyan mengatakan bahawa perlambangan bunyi vokal terbatas kepada tiga bunyi sahaja iaitu ‘i’ , ‘a’ dan ‘u’ (daripada vokal Arab iaitu alif, ya dan wau. Namun demikian, dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik mempunyai enam bunyi vokal sebagaimana yang terdapat balam Bahasa Melayu iaitu ‘a’,’’e’ pepet,’e’ taling ,’i’ ,’o’,’u’. Dari segi bunyi konsonan pula dapat diandaikan bahawa Bahasa Melayu Klasik sama dengan yang terdapat dalam Bahasa Melayu Moden.
Kesimpulannya, sejarah Bahasa Melayu yang berkembang sejak awal kemunculannya sehinggalah zaman Bahasa Melayu Moden yang menempuh pelbagai evolusi dan penambahbaikan setelah menempuh zaman kedatangan Portugis, kedatangan Inggeris, perkembangan Bahasa Melayu sebelum merdeka, selepas Merdeka, dan perkembangannya dalam sistem pendidikan semuanya menjurus kepada keputusan tentang perancangan dan penentuan dasar Bahasa Melayu di Malaysia.

Sehubungan itu, selain diambil kira aspek sejarah bahasa yang panjang, ada beberapa faktor yang membantu pembentukan dasar Bahasa Melayu di Malaysia yang boleh dibahagikan kepada dua zaman iaitu zaman sebelum merdeka dan selepas merdeka. Selain itu, terdapat beberapa faktor yang menjadi asas kepada kepentingan sejarah dalam pembentukan dasar bahasa di Malaysia iaitu;
i) Asas Perlaksanaan Struktur Bahasa Pada Masa Depan.
ii) Memberi pengamatan yg tepat terhadap unsur-unsur bahasa.
iii) Satu kesepakatan para ilmuan dan sejarahwan.
iv) Persoalan Pentafsiran Dan Telahan

i) Asas Perlaksanaan Struktur Bahasa Pada Masa Depan

Bahasa yang digunakan pada masa kini telah dirancang sejak 20 hingga 30 tahun yang lalu, oleh Dewan Bahasa dan Pustaka yang awalnya dikenali sebagai Balai Pustaka. Dewan Bahasa Dan Pustaka telah mengeluarkan kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ini menunjukkan bahawa Bahasa Melayu telah mengalami asas dan struktur bahasa yang telah dirancang oleh pakar yang yang berwibawa bagi meletakkan Bahasa Melayu setaraf dengan bahasa ilmu dunia sesuai dengan zaman ketika itu.

Oleh yang demikian, tanpa asas sejarah bagaimana kita dapat mengangkat bahasa ke tahap yang setaraf dengan bahasa antarabangsa lain.

Ini terbukti dengan terwujud karya ‘Arjuna Wiwaha’ yang telah ditulis sejak abad ke 10 Masihi. Selain itu, daftar kata Pigafetta yang merakamkan pebualan Magellan dengan lelaki melayu beragama Kristian bernama Hendrick, beliau telah berjaya mengum[ul 426 perkataan dan rangkakata Bahasa Melayu yang kemuadian nya disuusun semu;la oleh Slessandrio bausani menjadi buku Perbendaharaan kata Itali-Melayu yang pertama pada tahun 1521 dipulau Tidore.
ii) Memberi Pengamatan Yang Tepat Terhadap Unsur-unsur Bahasa

Sejarah dikirakan penting dalam pembentukan struktur bahasa kerana ia menjadi asas pengamatan yang tepat terhadap unsur penulisan bahasa. hal demikian dapat dilihat dalam penulisan –penulisan klasik seperti saltus salatin sejarah melayu dan hukum kanun Melaka .

Ini bermakna Bahasa Melayu itu telah digunakan di rantau Nusantara sejak berabad-abad yang lampau. Justeru Bahasa Melayu telah diasimilasi dan diadabtasi mengikut kesesuaian waktu dan masa. Sejarah bahasa tersebut tidak pernah diubahsuai sewenang-wenangnya kerana ianya adalah dijaga dan sampaikan secara lisan dari satu generasi ke satu generasi.

iii) Satu Kesepakatan Para Ilmuan Dan Sejarawan

Mengikut Kassim Ahmad (2000), sejarah telah diperbahas dan dipersetujui oleh semua ahli imuan dan para sejarahwan tentang kesahihan dan ketepatan fakta.
Oleh itu , dalam kontek bahasa juga para ilmuan telah bersepakat menerima struktur, hukum –hukum nahu bahasa seperti mana sejarahwan menerima fakta-fakta sejarah.

iv) Persoalan Pentafsiran Dan Telahan

Persoalan pentafsiran dan telahan yang diberikan dalam perbincangan sejarahwan boleh berubah-ubah mengikut tafsiran dan pandangan ahli sejarahwan, begitu juga halnya dengan struktur bahasa hukum nahunya tidak berubah yang bertambahnya adalah perbendharaan atau kosa kata. Contohnya , perkataan arakian tidak digunakan lagi dalam penulisan sekarang , tetapi digantikan dengan penanda wacana yang lebih tepat mengikut strutur bahasa.

Kesimpulannya, peninjauan sejarah bahasa yang panjang dan beberapa faktor yang telah dibahaskanlah yang menjadi asas kepada kepentingan sejarah dalam pembentukan dasar bahasa di Malaysia.
A.ii) Jenis-jenis Sumber Dalam Penyelidikan Bahasa Melayu Yang Memberi Impak Terhadap Pembentukan Dasar Bahasa Di Malaysia

Pembentukan dasar Bahasa Melayu di Malaysia diwartakan selepas melalui penyeldikan terhadap Bahasa Melayu ke atas pelbagai jenis sumber yang wujud merentas zaman pengaruh agama Hindu, pengaruh Agama Islam , Pengaruh penjajah Belanda dan Inggeris. Perkembangan Bahasa Melayu moden pada zaman sebelum merdeka, dan selepas merdeka. Antara sumber-sumber dalam penyelidikan Bahasa Melayu yang memberi kesan terhadap pembentukan dasar bahasa di Malaysia adalah seperti sumber batu bersurat, catatan pengembara, buku-buku karya agung, dan dokumen dari perpustakaan barat.

Batu Bersurat
Sumber daripada beberapa batu bersurat menjadi asas dan pegangan dalam penyelidikan dan pengembangan Bahasa Melayu . Bahasa yang ingin diketengah mestilah berdasar bahasa asal penduduk pribumi yang menutur dan menggunakan bahasa tersebut dalam lingkungan rantau Nusantara. Menerusi Batu Bersurat juga jelas menunjukkan bukti kewujudan sebuah negara bangsa yang mana rakyatnya mengamalkan bahasa tersebut. Contohnya batu bersurat yang terdapat di Kuala Berang, Terengganu. Apa yang tercatat pada batu bersurat tersebut menunjukkan masyarakat dan negara pada waktu itu menggunakan tulisan jawi .

Catatan Pengembara

Catatan penggembara seperti Ibnu Batuta dan Magellan boleh dijadikan bahan rujukan bahawa Bahasa Melayu telah menjadi bahasa lingua franca di Nusantara. Kebolehpercayaan ini adalah berdasarkan catatan mereka sewaktu singgah di Pasai(1346 Masihi) dan Perlak menjadi bukti kewujudan bahasa itu diseluruh kepulauan Melayu. Semasa tiba di Pasasi sudah terdapat perkataan ‘Samundera dan samandara’ yang bererti lautan. Ini jelas menjadi bukti kewujudan bahasa yang telh dicatatan oleh penggembara boleh dijadikan sumber pembentukan dasar bahasa juga.

Buku – buku karya agung,

Sumber-sumber rujukan lain adalah buku-buku karya agung seperti Hikayat Raja –raja Pasai, Tuffat an Nafis, Hikayat Merong Mahawangsa, Sejarah Melayu, Syair-syair Hamzah Fansuri, Nuruddin Al Raniri merupkan bahan-bahan karya penulisan yang dijadikan sandaran dalam pembentukan dasar bahasa Negara.

Bahan-bahan ini menampilkan gaya dan penulisan yang menggunakan laras bahasa yang dianggap maju pada zaman tersebut. Malahan bahan-bahan tersebut disimpan di university luar negara seperti di Universiti Leyden, Belanda. Jika dikatakan bahan-bahan tersebut tidak mempunyai nilai, masakan Stamford raffles mengarahkan Munsyi Abdullah membuat kajian dan penyelidikan , begitu dengan Magellan yang telah menghasilkan 426 rangkaikata Bahasa Melayu dalam kamusnya.

Dokumen-dokemen perjanjian lama atau surat-surat yang dimetrai diantara kesultanan melayu Melaka iaitu Sultan Mansur Shah kepada maharaja Jepun dengan Bahasa Melayu. Oleh itu, surat tersebut menjadi bukti dokumen perjanjian tersebut menjadi bukti asas kepada pembentukan dasar bahasa negara.

Dokumen-dokumen itu menjadi bukti sejauh mana dasar perancangan bahasa kita telah mula berkembang sebelum dijajah sehinggalah kita mencapai kemerdekaan. Malahan dokumen ini juga penting dan disimpan di Muzium dan arkib negara sebagai rujukan.






B) Penterjemahan terbitan Ilmiah ke dalam Bahasa Melayu masih terketinggalan kerana kita masih kekurangan pakar yang mampu menterjemah di dalam kebanyakan bidang akademik.
Sejarah penterjemahan di Malaysia telah mula dilakukan sejak zaman kegemilangan Melaka lagi. Keperluan pada peringkat awal bermula dengan kedatangan kuasa asing ke alam Melayu. Para pentadbir iaitu pegawai Inggeris seperti R.O. Winstedt dan W.G. Shellabear telah memberi sumbangan yang besar kepada mereka yang ingin belajar Bahasa Melayu. Keperluan untuk berkomunikasi menyebabkan pegawai Inggeris yang bertugas di Tanah Melayu mula menggunakan buku terbitan berbentuk terjemahan sebagai panduan bagi mereka menguasai Bahasa Melayu demi kepentingan pentadbiran.
Kegiatan penterjemahan yang dilakukan sebelum merdeka adalah lebih tertumpu kepada terbitan buku-buku agama seperti tauhid, usuludin, fekah dan tasauf. Anak watan yang memainkan peranan tersebut adalah seperti Sheikh Idris Al- Marbawi, dan Sheikh Al-Hadi.
Pejabat Karang Mengarang (PKM) melaksanakan tugasnya iaitu menulis,menterjemah, dan menyunting buku pelajaran dan novel serta menyelenggara terjemahan. Za’ba adalah seorang ahli bahasa yang memainkan peranan besar dalam bidang penterjemahan Bahasa Melayu ketika beliau bertugas di Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim,Perak.
Manakala selepas merdeka kegiatan penterjemahan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa Dan Pustaka yang diletakkan dibawah Jabatan Pelajaran. Bagi membantu memantapkan lagi usaha penterjemahan pada 8 April 1978 ditubuhkan Persatuan Penterjemahan Malaysia(PPM). Atas desakan permintaan terhadap buku terjemahan amat tinggi, dan gesaan daripada Majlis Tindakan Negara ,Bahagian Penterjemahan diwujudkan pada 1 Mac 1986. Bagi memantapkan usaha penterjemahan dari pelbagai bahasa antarabangsa, diwujudkan Biro Khidmat Terjemahan pada Jun 1985. Akhirnya, Jemaah Menteri telah meluluskan penubuhan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad pada 28 April 1993 yang menyediakan kemudahan bagi pengembangan kerja penterjemahan.
Walau bagaimanapun, dalam sejarah kegiatan penterjemahan yang begitu panjang, penterjemahan terbitan Ilmiah ke dalam Bahasa Melayu masih terketinggalan kerana kita masih kekurangan pakar yang mampu menterjemah di dalam kebanyakan bidang akademik. Senario ini wujud adalah disebabkan beberapa fakta yang telah dianalisis menjadi punca dan penyebabnya.
Faktor Perlukan Penyelidikan Yang Mendalam
Menurut Profesor Diraja Ungku Aziz, mengatakan bahawa penghasilan sesebuah buku terjemahan berkurangan disebabkan kandungan penghasilannya yang memerlukan penyelidikan yang mendalam . Tanpa kajian yang menyeluruh dan teliti, sukar untuk dihasilkan terjemahannya.
Oleh itu , penterjemah yang bukan dalam bidangnya, tidak mungkin mampu menterjemah keseluruhan idea asal daripada buku berkenaan. Contohnya, buku sains dan tekonologi memerlukan seorang yang menguasai kepakaran dalam kedua-dua bidang ilmu tersebut untuk menterjemahnya.
Ini diakui sendiri dalam buku ‘Perancangan Bersepadu Menjaga Kecemerlangan Pendidikan’. Status semasa menunjukan bilangan penyelidikan fundamental dan penyelidikan gunaan yang dijalankan di universiti adalah rendah di Malaysia. ( muka surat 4-19 ‘Pembangunan Pendidikan 2001-2010 pendidikan Tertiari, KPM)
Faktor masa dan ruang
Faktor masa dan ruang juga menjadi kekangan terhadap penterjemah yang ada. Walaupun dilahirkan Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad dan juga Dewan Bahasa Dan Pustaka, ianya tidak mencukupi kerana adanya ruang-ruang kosong yang tidak boleh diisi oleh institusi berkenaan , contohnya kemajuan dalam bidang teknologi satelit dan komunikasi .Kita masih memerlukan kepakaran luar negara seperti Rusia dan Amerika.
Berbanding dengan kedua kuasa besar itu, kita masih diperingkat permulaan BAKSA baharu ditubuhkan pada tahun 2004, oleh yang demikian dari aspek masa memang tidak mencukupi untuk kita menyediakan penterjemah dalam bidang sains dan tekonologi. Untuk melahirkan penterjemah yang baik, ianya hendaklah didasarkan kepada bidang yang ditunjanginya. Jelas disini, bahawa bahan yang akan diterjemah oleh pihak berkenaan akan menjadi bahan lapuk dan ketinggalan zaman.
Masa yang diambil terlalu lama untuk menghasilkan seorang penterjemah yang berketrampilan dalam bidang yang disebutkan di atas. Ruang yang secukupnya perlu disediakan untuk mengeluarkan lebih ramai pakar-pakar dalam bidang berkenaan.
Faktor Risiko Kehilangan Modal
Mohd Yusuf Hashim berpendapat penerbit kurang berminat untuk menterjemah buku-buku ke dalam Bahasa Melayu, disebabkan oleh faktor risiko kehilangan modal. Jumlah permintaan buku-buku dalam Bahasa Melayu agak kecil berbanding dengan penjualan buku dalam Bahasa Inggeris . Buku dalam bahasa Inggeris mempunyai lebih luas pasarannya di antarabangsa.
Menurut Prof. Diraja Ungku Aziz dalam Prakata Persejarahan Melayu Nusantara, Masalah dan Tafsiran, pasaran Buku Bahasa Inggeris jauh lebih luas kerana pihak penerbit dapat memasarkan sehingga ke luar Negara, jika dibandingkan dengan penterjemahan dalam Bahasa Melayu, penerbit hanya lebih menunpukan kpada keperluan untuk untuk menerbit, dan jika hendak diharapkan keuntungan ternyata buku terjemahan ini sekadar untuk mengisi keperluan institusi pengajian tinggi dalam negara sahaja.
Selain itu, pakar-pakar ilmuan yang ada dan mahir dalam bidang tertentu tidak dapat melaksakan penterjemahan dengan berkesan kerana mereka lebih berfokuskan kepada teori semata-mata dan akhirnya tidak memberi apa-apa kesan. Para ilmuan tidak dapat merekonstrusi epistomologis berteori . Mereka bercakap sahaja tanpa pelaksanaannya. Ini diakui sendiri oleh Hasssan Ahmad dalam bukunya, ‘Imbasan’ muka surat 159. sub-tajuknya‘Sekiranya dunia barat menggenakan sekatan teknologi’.

Berdasarkan laporan Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri dalam Rancangan Malaydia ke-7, Kekurangan siswazah lepasan sains secara relatifnya lebih kecil walaupun ditambah dengan siswazah Malaysia yang dilatih diseberang laut, telah memberi kesan terhadap bilangan personal. Pada masa ini terdapat kira-kira 8300 penyelidik dan ahli sains sepenuh masa dan separuh masa. Ini memberi nisbah 400 orang bagi sejuta penduduk yang masa dianggap rendah berbanding dengan nisbah diantara 1000 orang bagi sejuta hinga 1500 orang bagi sejuta penduduk dibeberapa negara perindustrian baru.
Berdasarkan angka ini kita dapati, saintis dan pakar kita sangat kurang, justeru masalah penterjemahan menjadi lebih serius memandangkan tiadanya minat yang mendalam untuk membuat penyelidikan dalam bidang-bidang tertentu. Tambahan lagi tidak semuanya yang mempunyai kemahiran bahasa yang mantap untuk menterjemah dalam bidang ilmu masing-masing ke dalam Bahasa Melayu. Kekangan lain yang dihadapi adalah kekurang korpus-korpus dan perbendaharaan kata bahasa teknikal turut membantut usaha penterjemahan.
Selain itu, menurut laporan Bahagian Pembangunan Pendidikan 2001-2010 menjelaskan, penyertaan pelajar dalam jurusan sains dan teknikal berkurangan. Negara masih memerlukan ramai tenaga manusia yang mempunyai kepakaran, contohnya dalam tahun 2000 hanya 27.7 peratus sahaja pelajar berada dalam jurusan sains dan tenikal. Ianya masih jauh dari sasaran. Secara perbandingannya, bila berkurangnya pelajar maka berkuranglah penghasilan penterjemah yang berkebolehan dalam bidang-bidang tertentu.
Faktor Cara Penerbitan Perlu Dipermudahkan
Cara penerbitan perlu dipermudahkan manakala kualiti pembukuan dan penjilidan yang bermutu tinggi sehingga harga buku melambung tinggi daripada asalnya menjadi faktor menyumbang kepada berkurangnya proses penterjemahan. Ini diakui oleh AF Yassin dalam ‘ Sembang Sastera Bersama Orang Persuratan” Karya –karya agung yang menarik minat golongan remaja amat sukar diterjemahkan memandangkan kos penjilidan yang melambung tinggi. Kos yang tinggi tidak mampu untuk ditanggung oleh mana-mana penerbit. Ini kerana edaran dan pemasarannya amat terhad.
Berkurangannya Yayasan dan badan-badan tertentu yang sanggup untuk menerbitkan terjemahan berdasarkan harga kos yang begitu tinggi. Menurut AF Yassin, Yayasan Karyawan sedang meneliti beberapa karya agung dunia dari barat dan timur untuk diterjemahkan dalam Bahasa Melayu. Yayasan menganggarkan satu jumlah kos yang besar untuk kerja-kerja menterjemahkannya.

Cadangan langkah-langkah mengatasi masalah tersebut

Masalah kekurangan pakar yang mampu menterjemah terbitan ilmiah di dalam kebanyakan bidang akademik akan menjadi lebih kritikal sekiranya tidak dirancangkan jalan penyelesaiannya. Oleh itu, Dato’ Hassan Ahmad dalam ‘Sembang Sastera Bersama Orang Persuratan” ada menukilkan keperluan diwujudkan banyak badan penterjemahan mengikut bidang-bidang yang tertentu. Ini sesuai dengan pendapatnya yang mengatakan setakat ini hanya Dewan Bahasa Dan Pustaka sahaja yang menjadi badan perncang bahasa untuk penterjemahan.
Manakala menurut Ahmad Sarji (2005),mengatakan perlu disediakan lebih ramai masyarakat menguasai bahasa asing . Kepentingan ramai pelajar menguasai bahasa asing dapat membantu usaha penterjemahan. Jika sedikit saintis dan jurutera boleh kita tambah tetapi untuk menambah pelajar menguasai lebih satu bahasa memerlukan satu proses yang lebih terancang .
Kesimpulannya, kita boleh membuat perbandingan dengan negara-negara Islam yang lain seperti Mesir dan Iran yang mempunyai lebih ramai pakar dan saintis yang mampu melahirkan lebih banyak bahan-bahan pertejemahan ilmiah dalam bahasa masing –maisng untuk kepentingan dan pembangunan Negara.
Saya ingin meminjam kata-kata Hassan Ahmad dalam buku ‘Imbisan’ muka surat 159, Para ilmuan Islam cuma habis setakat merekonstruksi epistemologis (teori) ilmu Islam, mereka bercakap sahaja tetapi tiada sampai ke peringkat pelaksanaan.
Oleh itu, saya menyokong pendapat yang dikemukan oleh Hassan Ahmad bahawa kita perlu melaksanakan dengan segera sesuatu tindakan iaitu penterjemahan terbitan ilmiah ke dalam Bahasa Melayu dengan lebih bersungguh-sungguh. Kita tidak perlu menuding salah kepada mana-mana pihak kerana seperti kata Pak Arena Wati ‘Sokongan semua pihak dapat mempercepatkan lagi proses penterjemahan dan kita jangan takut untuk merancang’ , sepatutnya kita telah merancang untuk melahirkan lebih ramai pakar penterjemah buku-buku ilmiah sejak dibangku sekolah lagi. Akhir sekali, ,kita boleh juga mendapat kerja sama yang padu daripada pakar-pakar dari Indonesia dan Brunai untuk meperkembangkan proses penterjemahan ini.


C) Kajian Tinjauan Ringkas Tentang Tahap Pengetahuan Pelajar-pelajar Sekolah Menengah Berkenaan Proses Dan Bentuk Penterjemahan.
Bagi melengkapkan kajian tinjauan ringkas berhubung tahap pengetahuan pelajar-pelajar sekolah menengah mengenai proses dan bentuk penterjemahan, maka satu set borang soal selidik telah dijadikan instrument bagi membuat penilaian mengenainya. Sampel kajian yang dipilih adalah terdiri daripada kalangan pelajar-pelajar SMK Tunku Abdul Aziz, Simpang Empat, 06800 Alor Setar,Kedah. Seramai sepuluh orang pelajar Tingkatan 6 Rendah dan 6 Atas yang terdiri pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India.
Berdasarkan keputusan borang selidik yang telah diproses, didapati pengetahuan tentang sejarah penterjemahan adalah amat lemah. 70 peratus dikalangan pelajar tidak mengetahui bahawa sejarah penterjemahan telah dimulai sejak zaman kegemilangan Melaka lagi.
Selain itu, pelajar-pelajar juga tidak mengenali tokoh-tokoh penting bidang perkamusan seperti R.O Winstedt dan W.G. Shellaber. 60 peratus , tidak setuju dua tokoh ini terlibat dan terbabit secara serius dalam bidang penterjemahan.
Walau bagaimanapun begitu, sebahagian besar pelajar-pelajar bersetuju penguasaan bahasa asing penting untuk proses penterjemahan. Walaupun mereka tidak mengenal tokoh barat dalam bidang penterjemahan, mereka amat mengenali Za’ba sebagai tokoh yang penting dalam penterjemahan negara dan 90 peratus di kalangan pelajar mengakui bahawa Za’ba memainkan peranan penting dalam proses penterjemahan di Maktab Perguruan Sultan Idris.
Memandangkan mereka adalah pelajar yang sudah mula membuat rujukan bagi menyiapkan pelbagai tugasan, mereka mendapati bahawa bahan rujukan dalam Bahasa Melayu adalah terhad. Justeru itu, 70 peratus dari kalangan pelajar bersetuju tentang kepentingan buku terjemahan sebagai bahan rujukan akademik atau ilmiah.
Walaupun pelajar-pelajar tingkatan enam ini masih baru dalam bidang pengkajian bahasa, didapati mereka sudah didedahkan tentang karya-karya agung yang telah diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. Justeru itu, 80 peratus memahami dan mengetahui bahawa beberapa karya agung seperti Hikayat Iskandar Zulkarnain, Hikayat Amer Hamzah, Hikayat Bayan Budiman adalah bahan saduran luar.
Apabila ditinjau berhubungkait dengan konsep dan definisi terjemahan, didapati 60 peratus tidak memahami konsep terjemahan. Sehubungan itu, sebahagian besar pelajar tidak bersetuju bahawa penterjemah biasanya mengkhusus dalam bidang tertentu sahaja.
Dalam membantu proses pemahaman konteks petikan dan apa juga penulisan , kamus memainkan peranan yang amat penting. Justeru itu, 70 peratus pelajar bersetuju bahawa kamus merupakan khazanah yang memuatkan pelbagai kosa kata sesuatu bahasa.
Oleh itu, para pelajar telah sedia maklum bahawa tujuan proses penterjemahan adalah untuk memindahkan bahasa sumber kepada bahasa sasaran. 80 peratus pelajar memahami, bahawa penterjemahan adalah perubahan teks dalam bahasa yang berlainan kepada tulisan iaitu buku.
Ditinjau berkaitan dengan teori terjemahan pula, 90 peratus pelajar memahami bahawa teori terjemahan adalah teori linguistik. Walau bagaimanapun, 60 peratus pelajar masih belum memahami tentang prinsip umum berasas hujah yang munasabah, tetapi mereka bersetuju bahawa penterjemah tidaklah boleh menterjemah sesuatu bahan sumber secara terjemahan perkataan demi perkataan.
Para pelajar yang terlibat dalam kajian tinjauan ini didapati masih belum memahami bahawa untuk mendapatkan proses penterjemahan yang berkualiti memerlukan kepakaran yang tinggi dalam bidang kepakarannya dan bidang bahasa. Sebahagian daripada respondan menganggap penterjemah tidak memerlukan kepakaran.
Dianalisis dari sudut pendekatan langsung dalam penterjemahan, majoriti pelajar bersetuju bahawa sebagai pelajar sekolah menengah boleh melakukan penterjemahan yang baik mengikut aras bahan sumber yang relevan dengan kemampuan mereka. Pelajar-pelajar juga bersetuju bahawa pendapat yang menyatakan bahan penterjemahan bahan ilmiah di Malaysia masih belum mencukupi. Oleh itu, 60 peratus menyetujui pendidikan penterjemahan perlu diberi ruang kepada pelajar peringkat sekolah menengah untuk berjinak dalam bidang penterjemahan.
Oleh yang demikian, dapatlah disimpulkan bahawa tahap pengetahuan pelajar-pelajar sekolah menengah yang dijalankan kajian ini adalah masih rendah berkaitan proses dan bentuk penterjemahan. Bagi menyediakan asas penterjemahan dari peringkat sekolah menengah pengetahuan berkaitan sejarah perkembangan penterjemahan dan kepentingan penterjemahan kepada masyarakat perlu diberi penekanan dalam pendidikan peringkat menengah.

Disediakan oleh :
Panglima
SMP OUM 2009


Rujukan :
AF Yassin(1996). Sembang Sastera Bersama Orang Persuratan.Shah Alam. Fajar Bakti.
Abdul Ghani Abu. ( 12 Jun 2001) .Guna Sejarah Untuk Bina Masa Depan.Johor Bahru.Utusan Malaysia. http://skypin.tripod.com/kolum/kolum67.html
Ahmad Sarji.(2005). Sekadar Pendapat. Kuala Lumpur.Institut Kefahaman Malaysia.
Arba’iyah Mohd Noor.(2006). Ilmu Sejarah dan Persejarahan .Kuala Lumpur :Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Hassan Ahmad. (2000).Imbasan.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka
Kasim Ahmad(2000). Karya Sejarah Pendekatan Soalan Edisi 2.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok J, Pusat Bandar Damansara. (2001). Perancangan Bersepadu Menjana Kecemerlangan Pendidikan , Pembangunan Pendidikan (2001-2010). Kuala Lumpur. A.G. Grafik Sdn. Bhd.
Mohamad Yusoff Hashim.(1988).Persejarahan Melayu Nusantara :Siri Penyelidikan .Kuala Lumpur :TP Teks Publishing Sdn. Bhd.
Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.(1996).Rancangan Malaysia Ke-7(1996-2000).Kuala Lumpur. Percetakan Nasional Malaysia Berhad.