23 Ogos, 2008

Wasiat Ilmu Tauhid

Perkara yang paling berharga pada kehidupan seorang manusia adalah memahami Hakikat Ketuhanan Yang Sebenar dengan tepat

Perkara yang paling berharga pada kehidupan seorang manusia adalah memahami Hakikat Ketuhanan Yang Sebenar dengan tepat. Kefahaman itu sewajibnya penuh dengan keyakinan tanpa sezarah keraguan atau zhan dan waham . Keyakinan yang jazam yakni keyakinan yang putus .

Kemantapan kefahaman tersebut berjaya dikecapi setelah menerima ilmu tauhid yang hak yang disepakati serta yang telah disediakan atau dibentangkan oleh para ulamak yang terdahulu di dalam kitab-kitab peninggalan mereka .

Kefahaman kita itu hasil sempurna akal memikirkan dan belajar berdalilkan Al quran dan Al Hadith yang menerima tafsiran iman Abu Hassan Assya’ari dan Imam Abu Mansur Al maturiddi, yang disediakan oleh para ulamak yang dikurniakan kelebihan memahami hal-hal agama bagi menyelamatkan manusia dari ditipu daya oleh manusia yang memahami hakikat ketuhanan semata-mata berdalilkan akal fikiran dan dalil –dalil zahir maksud sesuatu ayat Al Quran tanpa membentang serta menegaskan akan ayat hakikat yang menegaskan sesuatu yang haq. Justeru golongan manusia ,yang ego dan enggan menerima kebenaran ilmu yang telah disediakan menyebabkan manusia tersasar dalam kefahaman ketuhanan yang Haq.

Para ulamak yang terdiri daripada mereka yang paling hampir dengan abad nabi adalah ulamak yang terbaik . Bersyukurlah dan berterima kasihlah dan berdoalah akan kesejahteraan mereka di alam barzah semoga dicucuri rahmat Allah kepada mereka . Hasil titik peluh, pengorbanan masa , tenaga dan segala tanpa diharapkan ganjaran selain daripada keberkatan dan redha Allah dan atas rasa kasih sayang saudara seagama yang bimbang dan takut mereka yang mengikuti mereka di masa akan datang ditipu daya oleh syaitan serta kuncu – kuncu dikalangan manusia yang musyrik .
Sesungguhnya zaman mereka adalah lebih baik daripada zaman kita lantaran kerana hampirnya mereka dengan masa hidup nabi dan para sahabat sebagaimana sabda nabi s.a.w

Wahai isteri, anak-anak serta cucu cicit dan generasiku

Tentu anak –anak bertanya. Bagaimana mungkin kami hendak mengikuti serta mendengar serta mengikuti kuliah para ulamak itu sedangkan mereka semuanya telahpun pulang ke rahmatullah ?

Anak- anak tidak perlu bimbang tentang persoalan itu . Ulamak yang dikatakan telah meninggal dunia sejak beratus – ratus tahun dahulu sebenarnya sentiasa hidup dari zaman ke zaman serta bukan lagi hidupnya pada kaum serta bangsanya sahaja lagi .Tetapi , kini hidupnya telah merentasi zaman dan sempadan dunia dan di mana sahaja adanya saudara seagamanya .

Allah Maha Mengasihani akan hambaNya . Apabila hambanya telah melupaiNya, maka diutuskan seorang rasul sebagai pemberi peringatan dan pembawa berita gembira dan khabar menakutkan semoga manusia kembali semula kepada ketauhidan padaNya dan takwa padaNya .

Apabila rasul wafat . Sahabatnyalah yang akan meneruskan visi lisan kebenaran . Apabila sahabat pula meninggal dunia , lisan dakwah kebenaran akan terus bertali sehingga ke akhir zaman pada diri hambaNya yang terpilih sebagai penyambung Lisan kebenaran kepada masyarakat setempatnya sama ada dengan secara terus atau peninggalan kitab-kitab penulisan mereka yang disepakati akan kebenarannya .


Wahai isteri , anak-anak , cucu cicit dan generasiku !

Jika hidup zahiriah kita, kita pandai memasangkan dengan keperluan fizikalnya setanding dengan kebanyakan orang ramai . Jika dilihat antara seseorang semuanya sama taraf . Semuanya manusia berlumba mempertingkatkan kekuasaan , pangkat serta kesenangan hidup sehinggakan melupai sempadan –sempadan yang dilarang kita menyeberanginya .Bahkan ada yang sanggup menghalalkan cara asalkan tercapai apa yang dihajati dihati.

Hati yang sepatutnya diisikan dengan sifat tauhid yang keyakinan yang jazam , diisikan sifat cinta kasih kepada Allah dan rasul , bersyukur telah diisi penuh dengan angan – angan , cinta sepenuhnya pada prasarana dunia , sehinggakan hati itu telah terhijab rasa yang sepatutnya disuburkan padanya .

Alangkah baiknya , sekiranya kita beria-ria berlumba-lumba mengisikan hati dengan tauhid yang mantap serta menyuburkan hati dengan sifat-sifat kepujian dan meninggalkan sifat tercela pada diri dan tidak berlebihan pada keperluan zahiriah sehingga tergugat masa untuk bersamaNya , keluarga dan masyarakat .

Oleh kerana, perkara batiniah ini tidak boleh disukat dan dinilai seperti harta benda zahiriah .Maka manusia , tidak mengambil berat berkaitan dengannya . Alangkah ruginya , jika harta bergunung sekalipun namun apabila diuji ditanya tentang ikhtikhad yang bawa selama ini rupanya adalah salah yang dirasakannya sudah betul . Bila yang dibelajar ? katanya sewaktu sekolah rendah dahulu . Sejak tamat UPSR , maka lengkaplah ilmu Tauhid .Dah sempurna jadi orang Islam yang sah . Rupanya jika dinilai dan disemak berpandukan sukatan yang disediakan oleh ulamak , markah bagi jawapan yang dijawabnya adalah menggagalkan dirinya bergelar Muslim Sejati . Rupa-rupanya pemahamannya adalah sama sahaja dengan orang bukan muslim .

Dan lebih rugi lagi , kiranya kita miskin dan ikhtikhad kita pula seumpama di atas apabila ditanya .

Dalam kita memperteguhkan dan mengesahkan kefahaman ketuhanan kita agar kita selamat dan mengenal pasti dengan jelas bahawa ikhtikhad yang kita bawa adalah sah diperakui dan diberikan kerakyatan seorang muslim lagi mukmin di sisi Allah. Tidak ada benda yang lebih berharga melainkan pengakuan keimanan kita diterima dan lulus dengan sempurna tanpa sebarang kecacatan “Zero Difek” .

Sebagaimana seseorang manusia yang hendak menjadi warga negara sesebuah negara .Dia mesti melalui pelbagai pemeriksaan serta mesti memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan .Jika ianya gagal maka gagallah hajatnya untuk menjadi rakyat negara itu .

Pada Islam , apabila hati telah mentauhidkan Allah , maka bagi mengesahkanNya ianya hedaklah berikrar atau mengucap syahadat bagi mengesahkan keislamannya dalam masyarakat . Ucapan syahadah itu sebagai Perjanjian bagi membolehkannya diadili dan serta mematuhi undang-undang yang melindungi dirinya dan masyarakat Islam terhadap dirinya . Segala gerak gerinya adalah dalam sempadan hokum syara’.

Allahlah yang Maha mengetahui
Akan keislaman kita adakah sah atau tidak ? Oleh yang demikian , perlulah kita sentiasa belajar dan Mengemaskini dan bertanya pada mereka yang ahli sama ada ikhtikhad kita itu sah di sisi ASWJ . Jika rosak akidah salah pegangan maka menangislah air mata darah sekalipun tiada gunanya lagi apabila kita sudah dialam barzah.

Pernahkah kita menjadi ahli 3 P iaitu pembaca , penonton dan pendengar seorang imam membacakan talqin kepada seseorang yang telah menjadi ahli perkampungan Muslimin. Pernahkah kita hayati akan pesanan yang diperingatkan kepada kita sebelum semuanya pulang ke rumah masing-masing .
Tinggallah kita sebagai penghuni kubur tempat yang gelap , atau sebuah lubang dari lubang api neraka , atau sebuah taman dari taman syurga .sama ada kita berada dalam keadaan huru – hara atau aman damai.
Yang pasti tempoh kita di sana lebih lama dari tempoh hidup di dunia yang kita rasakan sudah terlalu lama jika dikatakan berusia 100 tahun .

Tauhidkan Allah , jangan Syirikkan Nya dengan apa bentuk sekalipun. Pesan-pesan ahli keluarga kita sepanjang masa usia, semoga selamat di sana.

Virus Moral Barah Ummah Semakin Kronik

WABAK BERBAHAYA
Ketika arus permodenan membantu segala aktiviti keperluan dan keinginan
manusia , ketika pendidikan merentas sempadan menjadi perlawanan , ketika
krisis ekonomi terus melanda dunia , ada negara dapat menanganinya dengan
bijak dan seiring dengan itu krisis moral terus menguasai manusia dan usaha
menanganinya sukar kerana ianya adalah sejenis wabak yang berjangkit yang
sukar untuk merawatnya .
TIADA PENAWAR
Tiada doktor yang dapat merawatnya menjadi seorang yang sempurna
akhlaknya . Melainkan dirinya sendiri yang mengubahnya sendiri dengan usaha
mengamalkan ilmu agama yang pelajari sepanjang usia persekolahan yang telah
dicurahkan oleh para ustaz dan ustazah .
SALAH SIAPA?
Siapa yang bertanggungjwab bukan persoalannya . Itulah kos melepas
yang perlu kita terima jika kita inginkan sesuatu perubahan . Setiap sesuatu
perkara mempunyai sifatnya atau nilainya negatif atau positif. Tiada perkara
yang tidak mempunyai elemen ini.
PROMOSI PERCUMA
Setiap produk yang dihasilkan pastinya inginkan keuntungan . Promosi yang
dijalankan tidak memaksa pengguna mencubanya, terserah kepada individu
sendiri . Begitu juga nilai buruk yang diimport dalam bentuk artis atau filem ke
skrin media kita sememangnya suatu usaha jahat manusia yang mengaburi mata
penonton dengan ‘ lakonan semata’ terus menerus hari ke hari , minggu ke
minggu , tahun ke tahun , sehingga suatu yang terlarang oleh budaya bangsa
menjadi kebiasaanya , dan bangsa sendiri telah dibudayakan dengan unsur itu
seperti cara pemakaian , pergaulan , cumbuan , jenayah , system kekeluargaan
barat , dan lain-lain aspek kehidupan yang sonsang dengan budaya Melayu atau
Timur. Kini , telah diterima sebagai kebiasaan yang jika tidak diamalankan
dikatakan ketinggalan zaman .Kehendak semasa mengkehendaki kita berkeadaan
sebagaimana ‘lakonan semata’.
TERLIHAT DAN BERDOA
Tak usahlah berhelah menafikannya .Tak percaya . Kunjungilah pusat
membeli belah , taman bunga , tepian pantai ,di atas motor, di dalam kereta, dan
lain-lain tempat . Bancilah sendiri . Sejauh manakah nilai budaya Melayu masih
ada pada diri bangsa Melayu. Jika nilai garam itu pada masinnya , jika gula pada
manisnya , apakah gunanya jika garam hilang masinnya . Pastinya jika ditaburkan
pada ikan , busuklah ia , lalatlah pengunjungnya .
Jika lelaki gagah dengan ‘teruna’nya, jika perempuan kental dengan
‘dara’nya , apakah namanya jika keduanya telah bersatu khatan sebelum ‘ijabqabul’
dan ‘walimatul urus kenduri kenara’. Jika ‘beranak’ apa simpulan bahasa
‘anak’nya . Malulah dia selamanya, akibat fi’el asmara teruna dara yang
‘terlampau’.
Biar apa pun, jika tiada berkuasa kita sebagai orang awam untuk
menghalang, dihati kita mesti wujud rasa tidak suka dan rasa amat menyesal dan
dukacita serta tidak redha akan tingkahlaku ‘terlampau’ itu, dihati dan dimulut
kita , jangan dikeji tapi dengan penuh pengharapan keatas Allah s.w.t. kita mohon
diampunkan dosa-dosa mereka dan kita serta ditunjukan taufik dan hidayah
kepada mereka. “Tiada daya upaya kita untuk melakukan kebaikan atau ketaatan
dan menghindarkan kejahatan atau kemungkaran melainkan dengan qudrah dan
iradah serta keizinan daripada Allah s.w.t. jua”
NILAI BANGSA
Nilai Melayu yang tersohor kerana kelembutan dan sopan santun dan budi
bahasa dan pekerti yang menjadi perhiasan bangsa Melayu . Kini , telah disaluti
oleh perhiasan antarabangsa . Kita tidak menolak kemodenan . Kemodenan
adalah anugerah Allah mengadakan sesuatu baharu dengan pembukaan akal
fikiran oleh Allah mengikut masa. Akal kita sekarang akan dikira tiada apa-apa
sebagaimana kita mengatakan manusia 2000 tahun sebelum kita . Jadi , kitalah
harus dipertanggungjawabkan atas apa jua pilihan yang kita pilih. Jangan
menuding kepada orang lain akan kemusnahan nilai moral bangsa Melayu dan
tipisnya kemanisan iman pada diri ummah.
TAJAAN SYAITAN LAKNATULLAH
Jika syaitan akan berlepas diri setelah kita memilih cadangan maksiat yang
dipersembahkannya, adakah kita juga ingin melarikan diri dari menidakkan
peranan dan sumbangan kita kearah kerosakan tamadun bangsa dan agama yang
telah dijamin sempurna oleh pencipta kita.
Ada rangkaikata yang menarik telah direka orang yang berbunyi ‘ Jangan
diikut Nafsu yang Teruna, Ikutlah Rasulullah s.a.w yang sempurna”. Oleh itu,
selain panduan Al Quran, akhlak mulia Rasulullah s.a.w sepatutnya dijadikan
acuan sebagai pilihan utama kearah pembentukan jati diri ummah yang relevan
dengan rukunegara iaitu ‘Kesopanan dan kesusilaan’.
MUHASABAH DIRI
Pejamkan mata dan rehatkan minda . Marilah kita ruangkan masa
kesibukan mengurus ‘ kerjaya‘ dan ‘selera’ sejenak di sini untuk muhasabah dan
‘menghisab’ diri seketika. Kata Saidinia Ali krwjh. “Hisab diri kamu sebelum diri
kamu dihisabkan “.
a) Adakah aku mendirikan solat atau mengerjakan upacara solat?
Apa beza keduanya?
b) Adakah solat aku berjaya membantu tingkahlaku aku menjauhi perkara
mungkar atau maksiat yang dilarang Allah?
Jika aku masih melakukan perkara mungkar , apa petanda kepada amalan
solat aku seharian , adakah diterima atau sebaliknya.
c) Adakah aku turut juga menyumbang kepada kerosakan moral bangsaku?
d) Adakah setiap hari aku mendookan keampunan kepada ummah atau
bangsaku yang ‘ taksir ‘sepertimana aku mendoakan keampunan untuk
diriuku serta ibubapaku setiap kali selepas solat 5 waktu.
e) Adakah aku mengambil peranan atau usaha ikhtiar untuk membuka mulut,
menulis surat, menghantar sms, menghantar email menegur anak-anak ,
adik-adik , abang-abang, kakak-kanak , kawan-kawan terdekat, anak-anak
murid, pelajar-pelajar, siswa-siswi dan orang-orang yang dikenali untuk
menyatakan hakikat akhlak dan etika berpakaian yang selayaknya sebagai
seorang muslim dan muslimat?
f) Adakah aku yakin akan memasuki syurga sendirian tanpa dipersalahkan dan
ditarik bersamanya oleh teman jiran tetangga yang ditakdir penghuni
neraka.
Oleh itu, muhasabah dan hisab diri dapat menjana keimanan dan ketakwaan
kita untuk bekerjasama untuk beramal makruf nahi mungkar, supaya saudara
seislam kita sama-sama ‘sejahtera’ didunia dan akhirat.

' Hidup di dunia hanya sementara, akhirat kekal selamanya'