23 Ogos, 2008

Virus Moral Barah Ummah Semakin Kronik

WABAK BERBAHAYA
Ketika arus permodenan membantu segala aktiviti keperluan dan keinginan
manusia , ketika pendidikan merentas sempadan menjadi perlawanan , ketika
krisis ekonomi terus melanda dunia , ada negara dapat menanganinya dengan
bijak dan seiring dengan itu krisis moral terus menguasai manusia dan usaha
menanganinya sukar kerana ianya adalah sejenis wabak yang berjangkit yang
sukar untuk merawatnya .
TIADA PENAWAR
Tiada doktor yang dapat merawatnya menjadi seorang yang sempurna
akhlaknya . Melainkan dirinya sendiri yang mengubahnya sendiri dengan usaha
mengamalkan ilmu agama yang pelajari sepanjang usia persekolahan yang telah
dicurahkan oleh para ustaz dan ustazah .
SALAH SIAPA?
Siapa yang bertanggungjwab bukan persoalannya . Itulah kos melepas
yang perlu kita terima jika kita inginkan sesuatu perubahan . Setiap sesuatu
perkara mempunyai sifatnya atau nilainya negatif atau positif. Tiada perkara
yang tidak mempunyai elemen ini.
PROMOSI PERCUMA
Setiap produk yang dihasilkan pastinya inginkan keuntungan . Promosi yang
dijalankan tidak memaksa pengguna mencubanya, terserah kepada individu
sendiri . Begitu juga nilai buruk yang diimport dalam bentuk artis atau filem ke
skrin media kita sememangnya suatu usaha jahat manusia yang mengaburi mata
penonton dengan ‘ lakonan semata’ terus menerus hari ke hari , minggu ke
minggu , tahun ke tahun , sehingga suatu yang terlarang oleh budaya bangsa
menjadi kebiasaanya , dan bangsa sendiri telah dibudayakan dengan unsur itu
seperti cara pemakaian , pergaulan , cumbuan , jenayah , system kekeluargaan
barat , dan lain-lain aspek kehidupan yang sonsang dengan budaya Melayu atau
Timur. Kini , telah diterima sebagai kebiasaan yang jika tidak diamalankan
dikatakan ketinggalan zaman .Kehendak semasa mengkehendaki kita berkeadaan
sebagaimana ‘lakonan semata’.
TERLIHAT DAN BERDOA
Tak usahlah berhelah menafikannya .Tak percaya . Kunjungilah pusat
membeli belah , taman bunga , tepian pantai ,di atas motor, di dalam kereta, dan
lain-lain tempat . Bancilah sendiri . Sejauh manakah nilai budaya Melayu masih
ada pada diri bangsa Melayu. Jika nilai garam itu pada masinnya , jika gula pada
manisnya , apakah gunanya jika garam hilang masinnya . Pastinya jika ditaburkan
pada ikan , busuklah ia , lalatlah pengunjungnya .
Jika lelaki gagah dengan ‘teruna’nya, jika perempuan kental dengan
‘dara’nya , apakah namanya jika keduanya telah bersatu khatan sebelum ‘ijabqabul’
dan ‘walimatul urus kenduri kenara’. Jika ‘beranak’ apa simpulan bahasa
‘anak’nya . Malulah dia selamanya, akibat fi’el asmara teruna dara yang
‘terlampau’.
Biar apa pun, jika tiada berkuasa kita sebagai orang awam untuk
menghalang, dihati kita mesti wujud rasa tidak suka dan rasa amat menyesal dan
dukacita serta tidak redha akan tingkahlaku ‘terlampau’ itu, dihati dan dimulut
kita , jangan dikeji tapi dengan penuh pengharapan keatas Allah s.w.t. kita mohon
diampunkan dosa-dosa mereka dan kita serta ditunjukan taufik dan hidayah
kepada mereka. “Tiada daya upaya kita untuk melakukan kebaikan atau ketaatan
dan menghindarkan kejahatan atau kemungkaran melainkan dengan qudrah dan
iradah serta keizinan daripada Allah s.w.t. jua”
NILAI BANGSA
Nilai Melayu yang tersohor kerana kelembutan dan sopan santun dan budi
bahasa dan pekerti yang menjadi perhiasan bangsa Melayu . Kini , telah disaluti
oleh perhiasan antarabangsa . Kita tidak menolak kemodenan . Kemodenan
adalah anugerah Allah mengadakan sesuatu baharu dengan pembukaan akal
fikiran oleh Allah mengikut masa. Akal kita sekarang akan dikira tiada apa-apa
sebagaimana kita mengatakan manusia 2000 tahun sebelum kita . Jadi , kitalah
harus dipertanggungjawabkan atas apa jua pilihan yang kita pilih. Jangan
menuding kepada orang lain akan kemusnahan nilai moral bangsa Melayu dan
tipisnya kemanisan iman pada diri ummah.
TAJAAN SYAITAN LAKNATULLAH
Jika syaitan akan berlepas diri setelah kita memilih cadangan maksiat yang
dipersembahkannya, adakah kita juga ingin melarikan diri dari menidakkan
peranan dan sumbangan kita kearah kerosakan tamadun bangsa dan agama yang
telah dijamin sempurna oleh pencipta kita.
Ada rangkaikata yang menarik telah direka orang yang berbunyi ‘ Jangan
diikut Nafsu yang Teruna, Ikutlah Rasulullah s.a.w yang sempurna”. Oleh itu,
selain panduan Al Quran, akhlak mulia Rasulullah s.a.w sepatutnya dijadikan
acuan sebagai pilihan utama kearah pembentukan jati diri ummah yang relevan
dengan rukunegara iaitu ‘Kesopanan dan kesusilaan’.
MUHASABAH DIRI
Pejamkan mata dan rehatkan minda . Marilah kita ruangkan masa
kesibukan mengurus ‘ kerjaya‘ dan ‘selera’ sejenak di sini untuk muhasabah dan
‘menghisab’ diri seketika. Kata Saidinia Ali krwjh. “Hisab diri kamu sebelum diri
kamu dihisabkan “.
a) Adakah aku mendirikan solat atau mengerjakan upacara solat?
Apa beza keduanya?
b) Adakah solat aku berjaya membantu tingkahlaku aku menjauhi perkara
mungkar atau maksiat yang dilarang Allah?
Jika aku masih melakukan perkara mungkar , apa petanda kepada amalan
solat aku seharian , adakah diterima atau sebaliknya.
c) Adakah aku turut juga menyumbang kepada kerosakan moral bangsaku?
d) Adakah setiap hari aku mendookan keampunan kepada ummah atau
bangsaku yang ‘ taksir ‘sepertimana aku mendoakan keampunan untuk
diriuku serta ibubapaku setiap kali selepas solat 5 waktu.
e) Adakah aku mengambil peranan atau usaha ikhtiar untuk membuka mulut,
menulis surat, menghantar sms, menghantar email menegur anak-anak ,
adik-adik , abang-abang, kakak-kanak , kawan-kawan terdekat, anak-anak
murid, pelajar-pelajar, siswa-siswi dan orang-orang yang dikenali untuk
menyatakan hakikat akhlak dan etika berpakaian yang selayaknya sebagai
seorang muslim dan muslimat?
f) Adakah aku yakin akan memasuki syurga sendirian tanpa dipersalahkan dan
ditarik bersamanya oleh teman jiran tetangga yang ditakdir penghuni
neraka.
Oleh itu, muhasabah dan hisab diri dapat menjana keimanan dan ketakwaan
kita untuk bekerjasama untuk beramal makruf nahi mungkar, supaya saudara
seislam kita sama-sama ‘sejahtera’ didunia dan akhirat.

' Hidup di dunia hanya sementara, akhirat kekal selamanya'

Tiada ulasan: