06 Oktober, 2009

10 pesanan Imam Shafie

SEBELUM iman Shafi’ie meninggal dunia , belia sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

Barangsiapa yang ingin meninggal dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah dia mengamalkan sepuluh pekara.

1.Hak Kepada Diri
Iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2.Hak Kepada Malaikat Maut
Iaitu mengadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapat kemaafan dari orang yang di zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta pada Allah.

3.Hak Kepada Kubur
Iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4.Hak Kepada Munkar dan Nakir
Iaitu tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5.Hak Kepada Mizan(neraka timbangan amalan pada hari akirat)
Iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6.Hak Kepada Sirat
Iaitu membuang tabiat suka mengumpat,wara’ ,suka membantu orang beriman dan suka solat berjemaah.

7.Hak Kepada Malik
Iaitu menangis takutkan Allah s.w.t , berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8.Hak Kepada Nabi s.a.w
Iaitu berselawat keatasnya , berpegang dengan syari’at,bergantung kepada al-sunnah(hadith),menyayangi para sahabat ,dan bersaing mencari kelebihan dari Allah.

9.Hak Kepada Ridhwan(malaikat penjaga syurga)
Iaitu merasa redha kepada qadha Allah ,bersabar menerima bala,bersyukur keatas ni’mat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

10.Hak Kepada Allah S.W.T
Iaitu mengajak manusia kearah kebaikkan ,mencegah manusia dari kemungkaran ,menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Semoga kita dapat beramal dengan wasiat-wasiat Iman shafie’ie yang amat berguna ini.

Tiada ulasan: