06 Oktober, 2009

Ketagihan Seluar Jeans dan T shirt

Jika dadah adalah musuh nombor 1 negara, dan pelbagai pihak bekerjasama membenterasnya. Hukuman yang berat dikenakan jika sabit kesalahannya. Namun, penagih yang ketagihan tegar dan baru terus direkrut. Keimanan diri yang nipis dan rapuh, sistem kekeluargaan yang telah diserang virus, antibody yang lemah menahan anasir negative menyebabkan penagih dan ketagihan terus menjadi urusniaga maut yang tiada noktahnya. Sebagai umat Islam, kita mohon pertolongan daripada Allah SWT supaya diberikan petunjuk dan pertolongan kepada penagih yang ketagihan dikembalikan kepada norma hidup seorang Muslimin dan muslimah yang hakiki. Segalanya daripadaNya.

Kini, Malaysia yang sudah terkenal sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara Islam telah dilanda tsunami ketagihan Jeans dan T Shirt. Jika kita meninjau secara pemerhatian, 90 peratus wanita Islam di bandar, kampung, bandaraya , pekan kecil dan desa memakai Jeans dan Tshirt yang sendat secara berleluasa.

Realitinya wanita Islam seawal bayi,budak, remaja ,belia, dewasa dan tua dijangkiti ketagihan memakai jeans dan t shirt. Peratusan sangat tinggi, daripada murid hingga ke guru, siswa/i hingga pensyarah, mejadi penagih jeans. Kita mendoakan semoga penagih-penagih jeans dikalangan wanita Islam diberi keampunan dan diberi hidayat oleh Allah dan kembalilah berpakaian yang menutup aurat yang telah di ISO oleh Allah SWT insyaAllah.

Jika kanak-kanak pembimbing pemakaian begitu adalah ibu bapanya. Jika budak-budak remaja dan belia, ibu bapa juga yang meluluskan belanjawan dan membenarkan anak gadis dan isteri memakainya. Jika dewasa dan tua , nafsu yang muda merayu supaya dikenakan juga jeans supaya nampak lebih muda dan bergaya serta menggoda mata jejaka.

Lebih mengecewakan lagi, bila ibu bapa serta anak-anak gadis sedondon berjeans sendat dan menjolok mata. Tambahan pula ada segelintir pendidik peringkat rendah, menengah dan IPTA/IPTS juga membudayakan jeans. Tambah malangnya, apabila ada juga segelintir cikgu agama peringkat rendah, menengah , IPTA/IPTS serupa gaya jeansnya.

Setengah pemimpin tidak berupaya berkata-kata tentang penagihan jeans ini, apabila dirinya, isterinya, anak-anaknya, ahli-ahli wanitanya, masyarakat dan rakyatnya ramai yang ketagihan jeans, bimbang-bimbang hilang pengaruh dan kehilangan kuasa. Akibatnya, bilangan penagih terus meningkat dari masa ke semasa. Impaknya, tsunami ini akan merosakkan umat wanita yang sentiasa dalam berdosa. Bak kata pepatah, Jika api kecil-kecil menjadi kawan, bila besar boleh membinasakan seluruh kawasan.

Wahai ikhwanul Muslimin wa Muslimah, marilah bersama kita membenteras ketagihan jeans dan t shirt. Pakailah pakaian yang sopan sempurna, menutup aurat dengan kelubung yang cukup incinya melepasi dada. Semoga Allah SWT mengampuni ,merahmati meredhai kita semua.

Tiada ulasan: