Dengan izin dan kurnia Allah s.w.t., penulis telah menyelesaikan kekeliruan yang dicipta oleh golongan Syiah di dalam buku-buku yang telah ditulis pada 13 abad yang lalu. Beliau telah membuktikan bahawa:
(1) Saidatina ‘Aishah r.a. telah berkahwin pada usia yang sesuai iaitu 16 tahun (bukannya enam tahun), dan mula tinggal bersama suaminya s.a.w. ketika umurnya 19 tahun (bukannya sembilan tahun) selepas peristiwa Hijrah ke Madinah.
(2) Umur Saidatina Khadijah r.a. adalah 25 tahun (bukannya 40 tahun ) semasa beliau mengahwini Nabi Muhammad s.a.w. yang mana pada ketika itu juga turut berumur 25 tahun. Khadijah r.a. bukanlah seorang wanita tua semasa berkahwin dengan Rasullullah s.a.w., malah kedua-duanya adalah sebaya. Nabi s.a.w. telah melalui zaman mudanya bersama dengan seorang wanita sebaya di mana mereka memperoleh empat orang anak perempuan dan tiga orang anak lelaki. Mereka saling menyayangi dan menghormati satu sama lain, dan menikmati kebahagiaan hidup bersama.
(3) Anak perempuan Nabi s.a.w., Saidatina Fatimah r.a. telah dilahirkan di Mekah sebelum Nabi dilantik sebagai rasul, dan telah berkahwin dengan Saidina Ali r.a. di Madinah pada usia yang sesuai iaitu 19 tahun (bukannya sembilan tahun).
Beliau telah berjaya membuktikan bahawa Muhammad s.a.w., rasul terakhir, adalah manusia yang paling agung di alam semesta ini dan juga pembimbing serta guru yang terhebat di kalangan umat manusia, tidak mengahwini seorang wanita tua demi kekayaan, juga tidak mengahwini gadis bawah umur (yang berumur sembilan tahun).
Baginda ialah seorang yang tinggi adabnya dan bertamadun dan hidup dalam masyarakat yang bertamadun, di mana perkahwinan di bawah umur adalah sesuatu yang hina. Jadi, bagaimana mungkin baginda s.a.w. mengahwini seorang kanak-kanak yanh masih mentah ?
Dan juga beliau berjaya membuktikan bahawa tiada perbezaan umur di antara baginda dan Saidatina Khadijah r.a., sorang janda muda, yang mana menunjukkan bahawa baginda melepasi masa mudanya bersama dengann seorang wanita yang sama padan iaitu seorang bangsawan yang telah mendapat gelaran ‘Wanita Suci’ semasa Zaman Jahiliyah di Mekah.
Penulis juga telah menjelaskan mengapa orang-orang munafik dan Syiah terus menerus mengganggu Islam dan orang-orang Islam. Jelasnya mereka mahu menghalang Islam dari disebarkan dan mahu mencampakkan keraguan orang Islam terhadap Nabi s.a.w., Ummul Mu’minin r.a., dan juga pengikut-pengikut Islam yang mulia. Juga mereka ingin menyediakan alasan rapuh kepada orang bukan Islam supaya menolak Islam.
Semoga Allah menimpakan laknat ke atas penipu-penipu itu. Orang-orang munafik dan Syiah telah melampaui batas apabila menyebarkan fitnah bahawa Nabi s.a.w. telah mengahwini seorang janda tua yang kaya untuk mengambil kesempatan ke atas harta kekayaannya. Tidak hairanlah masyarakat Kristian di Eropah dan Amerika, mempersendakan Islam dan nabinya dengan menyindir : “Jika kamu tidak ingin papa, kahwinilah seorang janda kaya.”
Penulis juga mendedahkan bagaimana puak Munafik dan golongan Syiah telah memutarbelitkan fakta mengenai Nabi Muhammad s.a.w., isteri pertama, isteri kedua dan anak perempuannya, Saidatina Fatimah r.a. Mereka menggugurkan angka sepuluh daripada 19 (tahun), menjadikan ianya 9 (tahun) daripada umur sebenar Saidatina Fatimah r.a. dan Saidatina ‘Aishah r.a. (yang mana kedua-keduanya sama usia) , dan melancarkan dakyah bahawa kedua-duanya berkahwin pada usia sembilan tahun. Yakni, Saidina Ali r.a. mengahwini Saidatina Fatimah r.a. semasa umurnya sembilan tahun, dan Nabi Muhammad s.a.w. telah mengahwini Saidatina ‘Aishah r.a. semasa usianya sembilan tahun. Apakah tujuannya? Puak munafik dan Syiah mahu menunjukkan bahawa umat Islam adalah kaum bangsawan yang penuh nafsu yang berjuang untuk bangsa Arab sahaja ( untuk mewujudkan keamanan, perpaduan dan kuasa untuk bangsa Arab sahaja di mana berabad-abad lamanya sebelum ini telah berperang sesama mereka dengan sia-sia );iaitu mereka itu telah berjuang demi ‘perkauman’ dan bukannya untuk segenap umat manusia; dengan ini menenggelamkan mesej Islam yang sebenar iaitu untuk manusia sejagat dan menyeluruh, untuk setiap zaman dan seluruh negara.
Manusia-manusia munafik ini, telah hidup bersama Rasullullah s.a.w. di Madinah. Allah telah membongkar tentang keadaan, niat dan kegiatan-kegiatan orang Munafik ini di dalam Surah Al-Baqarah. Sejak daripada waktu itu mereka tidak mensia-siakan setiap peluang untuk menghalang Islam dan orang-orang Islam. Mereka terus mengganggu, dan mengukuhkan kedudukan mereka di abad kedua Islam. Mereka telah mencampuradukkan fakta sejarah dan adat resam dengan pembohongan. Dengan berlalunya masa, mereka berjaya mencampur-adukkan pernyataan yang benar dan palsu.
Kepalsuan dan pembohongan ini kekal selama berabad disebabkan oleh faktor-faktor berikut:
Pertama sekali, keadaan geografi di abad Pertengahan telah terbukti menguntungkan puak munafik dan para pendusta itu. Kehidupan pada ketika itu adalah ringkas dan terbatas kepada sesuatu masyarakat tertentu . Manusia mengembara apabila benar-benar perlu. Masyarakat pada ketika itu hidup berjauhan dan berasingan dan tidak banyak berhubung.
Meskipun begitu , ilmu pengetahuan terus berkembang dalam setiap aspek, terutama pengetahuan tentang agama. Seni kaligrafi (khat) telah berkembang pesat, tetapi proses percetakan belum dicipta lagi. Seseorang yang menulis buku mati tanpa mencetak dan menyebarkannya . Apabila masa berlalu , manusia-manusia jahat yang menyedari nilai ilmiah penulisan tersebut mula menokok tambah ke dalam buku-buku tersebut perkara-perkara baru berdasarkan khabar angin, cerita dusta dan rekaan. Kesannya, tulisan-tulisan dan buku-buku palsu banyak tersebar di dalam masyarakat. Amalan ini telah berlanjutan dan terus-menerus berlaku sehingga ke Abad Pertengahan.
Keduanya, keadaan sosio-agama yang mempengaruhi keadaan sosial dan politik. Orang-orang bukan Arab seperti Yaman, Mesir, Turki, Parsi dan India yang telah menerima Islam, mula berpindah ke Kufah. Mereka tidak dapat memahami Islam dan masyarakat Islam dengan benar. Mereka tertarik dan condong kepada polisi pemerintah (yang menyeleweng daripada ajaran sebenar) menyebabkan wujudnya perbezaan yang bersifat agama-politik. Beransur-ansur mereka menjadi golongan yang tersendiri, dengan menunjukkan perbezaan yang ketara dalam semua aspek kehidupan dan kepercayaan. Ini merupakan perpecahan yang besar di dalam Islam. Pengikut kepada golongan baru ini dipanggil ‘Sabaites’, dengan Hasan Bin Sabah sebagai ketuanya. Kemudiannya mereka telah dikenali sebagai “Syi’ah” oleh tokoh-tokoh pemikir Islam, terutamanya golongan ahli Sunnah . Syiah adalah bercanggah dengan Islam. Puak-puak Syiah ini sentiasa berusaha keras untuk meyelinapkan masuk penipuan dan tambahan palsu ke dalam ajaran Islam dan seterusnya dianggap ‘benar’ oleh orang-orang Islam.
Yang ketiganya, Ulama Ahli Sunnah telah gagal melihat peristiwa ini secara rasional dan menganggap apa saja yang berlaku ke atas keluarga nabi sebagai sesuatu yang khusus dan istimewa; tanpa menganalisa secara logik untuk membezakan mana yang benar dan dan mana yang palsu, bahkan ramai di kalangan mereka ( yang terperangkap dengan daayah golongan munafik dan Syiah) menerima cerita-cerita palsu ini sebagai ‘benar’ dan seterusnya menyebarkannya di dalam ucapan dan penulisan mereka. Akibatnya golongan awam ahli sunnah, dengan tanpa sedar, telah mengiktiraf perkara-perkara karut yang dicipta oleh golongan Syiah dan ianya kekal hingga ke hari ini.
Bagaimanapun, terdapat ramai juga Ulama’ Sunni dan orang awam Sunni yang tahu untuk membezakan antara yang benar dan yang palsu. Mereka dengan lantangnya menentang cerita-cerita karut yang dicipta oleh golongan Syiah ini samada dalam ceramah atau tulisan mereka. Meskipun mereka tidak berdaya menghapuskan pembohongan yang beracun ini sepenuhnya, mereka telah berjaya menyediakan panduan yang jelas untuk generasi akan datang.
Keempat, telah termaktub dalam sejarah bahawa para pendeta Yahudi telah meminda ayat-ayat suci Taurat dan Injil. Mereka juga telah cuba untuk meminda al-Qur’an yang mulia tetapi gagal oleh kerana Al-Quran merupakan Ayat-ayat Suci yang datang daripada Allah yang Maha Kuasa dan Allah S.W.T. sendiri yang bertanggungjawab untuk melindunginya. Namun begitu, mereka telah berjaya menambah cerita-cerita Israiliyat di dalam tafsir-tafsir al-Qur’an. Mereka juga telah berjaya menyebarkan cerita-cerita dan pemikiran karut dan salah tentang adat resam, budaya dan sejarah Islam. Mereka telah menyebabkan sebahagian besar di kalangan orang awam Islam terpesong dari jalan lurus seperti yang dikehendaki oleh Allah taala sebaliknya mengikut ajaran Syiah dalam kepercayaan dan amalan tanpa mereka sedari.
Akhirnya, adalah perlu untuk kita mengenalpasti siapa sebenarnya orang-orang munafik dan Syiah ini , supaya kita tidak berprasangka buruk terhadap penulis-penulis dahulu, samada mereka di kalangan ahli hadis dan tafsir, perawi atau penyusun, ulama ataupun ahli sejarah, atau pun penulis secara umumnya.
Mereka adalah Muslim yang baik dan telah meninggalkan warisan yang berharga. Mereka telah meninggalkan kepada kita khazanah ilmu dan penulisan yang amat bernilai. Jadi, sekarang adalah tugas kita untuk menggunakannya sebaik mungkin. Amatlah perlu untuk kita mencari kaedah untuk mengesan dan menilai hasil tulisan mereka untuk membersihkannya dari unsur-unsur palsu dan bohong dan juga cerita-cerita Israliyat. Ini bukanlah suatu perkara baru kepada kita (orang-orang Islam) kerana kita telahpun melakukannya seawal dua abad yang pertama dahulu dalam menilai ketulinan hadis.
Kajian dan analisis ini akan membantu membersihkan kotoran daripada tubuh Islam yang bersih ini. Kita juga hendaklah sentiasa ingat bahawa apa-apa perbezaan pendapat di antara kita hanyalah kerana Allah. Dan juga, kita tidak patut melemahkan semangat dan memalukan seseorang tanpa apa-apa keperluan.
Allama Habibur Rahman Siddiqui Kandhlawi telah menunjukkan cara yang praktikal melalui buku kecilnya ini , bagaimana cara yang wajar dan bijak untuk membersihkan hasil-hasil penulisan kita daripada cerita-cerita karut Syiah. Ia merupakan satu sumbangan yang besar daripada Tuan Allama kepada aqidah , sejarah dan adat resam kita .
Allama Habibur Rahman Siddiqui Kandhalwi ialah seorang penulis yang berkaliber. Hasil tulisannnya sebagaimanana buku kecil ini menggambarkan niat baik dan keikhlasannya terhadap Islam. Beliau cuba untuk tidak menyakitkan hati mana-mana Muslim atau golongan Sunni, sebaliknya dengan beraninya mendedahkan penipuan dan kepalsuan dan sifat hipokrit malah kata-kata kufur oleh golongan Syiah yang dilakukannya secara profesional dan penuh ilmiah. Dia meminta ulama dan pengarang-pengarang di kalangan ahli Sunnah supaya sedar dan membetulkan kesilapan mereka apabila menerima dan menganggap cerita-cerita karut Syiah sebagai benar, sebagaimana Allama Iqbal telah berkata dalam satu bait:
“Ummah ini telah hilang warisan budayanya, (dan) kebenaran telah sesat dalam karut marut.”
Hasil kajian oleh Tuan Allama bukan sahaja telah membersihkan kekotoran yang menyelaputi sejarah malah menjadi tauladan kepada masyarakat Islam keseluruhannya. Hendaknya , para ulama, dan pengarang menyemak kembali fakta-fakta yang ada pada mereka dan menyebarkan fakta sebenar terutamanya tentang peribadi-peribadi agung dalam Islam .
Akhir kata, saya ingin berterima kasih kepada kawan saya, Salim Faruqi yang telah banyak memberi nasihat dalam pelbagai peringkat kerja saya. Dan juga, saya amat berterimakasih terhadap En. Sahafa’at Ahmad dari Yayasan Penerbitan Ar-Rahman yang telah mengamanahkan tugas yang penting dan amat bermakna ini dan usaha beliau menerbitkan risalah kecil ini patut mendapat penghargaan setingginya . Moga-moga Allah taala melimpahkan rahmat-Nya terhadap kerja dalam Bahasa Inggeris ini (dan juga Bahasa Melayu .- penterjemah)
—————————————————————————————-
”Nabi berkahwin dengan Khadijah pada ketika umur Khadijah 40 tahun. ”
”Nabi berkahwin dengan Aisyah pada ketika umur Aisyah 6 tahun dan tinggal bersama pada ketika Aisyah berumur 9 tahun ”
Inilah dua pernyataan yang sentiasa membuatkan hati dan jiwa saya resah.
Resah memikirkan mengapakah dua perkara ini terjadi?
Mendengar perbahasan ulama berkaitan perkara ini, yang mengatakan bahawa dua perkara ini hanyalah khas kepada Nabi Muhammad, insan agung yang sentiasa menjadi idola hati jutaan manusia yang mengikut agama yang dibawa olehnya.
Dalam banyak-banyak penceritaan sejarah kepada diri ini, hanya mengatakan bahawa ini hampir tidak mungkin dapat diterima akal.
Hanya dua berita yang menenangkan hati ini tatkala mendengar sirah nabi berkaitan umur dua ummul mukminin ini, iaitu sekitar 18-19 tahun bagi Aisyah dan 25 , 27 dan 30 tahun bagi Khadijah.
Dua riwayat ini pernah diajarkan kepada kami ketika kami belajar di Maahad dahulu oleh guru kami,lebih menenangkan hati kami tapi kemudiannya, kebanyakan penceritaan sejarah yang lain banyak menyebut 9 dan 40.
9 dan 40 ini sangat tidak mententeramkan jiwa ini dalam menjawab persoalan apakah agama ini hanya sesuai untuk insan teragung , Nabi Muhammad sahaja ataukah ianya untuk seluruh umatnya?
Sehinggalah suatu ketika, sahabat saya , bertegas mengenai umur insan mulia , Aisyah radiallahu anha ini ketika membicarakan isu perkahwinan bawah umur,
” ini hadis kita disebutkan dari bukhari , ada dua buah hadis, langsung terus dari Aisyah berkenaan umurnya ketika beliau berkahwin dengan Nabi Mana mungkin Bukhari buat silap! Kita bercakap di atas fakta dan dalil ”
Ah, aku terpaku.
” Akhi, ada riwayat mengatakan umur Aisyah bukan 9 , tapi sekitar 20-an. Ianya sebab beza umur Aisyah dengan kakaknya, sekitar 10 tahun. Dan dari perhitungan, umur Aisyah masa beliau berkahwin dengan Nabi adalah 17-19 tahun. Ini persoalan teknikal matematik. Ana bukan nak tolak hadis bukhari, tapi ini riwayat dari sirah. ”
Perbualan kami diteruskan, saya mengetahui bahawa bidang hadis bukan bidang saya, dan saya tidak ada kelayakan untuk membicarakan secara umum.
Hanya ingin berkongsi apa yang dirasa benar oleh hati.
————————————————————————————————————
Umur Ummul Mukminin Aisyah
Umur Ummul Mukminin Khadijah
Buku Perbahasan Umur Ummul Mukminin Aisyah dan Khadijah Ketika Bernikah dengan Nabi Muhammad
————————————————————————————————————
Umur Ummul Mukminin Aisyah
Umur Ummul Mukminin Khadijah
Buku Perbahasan Umur Ummul Mukminin Aisyah dan Khadijah Ketika Bernikah dengan Nabi Muhammad
Dipetik dari:
http://umaralfateh.wordpress.com/2010/04/28/pemurnian-sirah-nabi-pemurniaan-yang-menenangkan-jiwa-umur-aisyah-ketika-bernikah-dengan-nabi/
http://umaralfateh.wordpress.com/2010/04/28/pemurnian-sirah-nabi-pemurniaan-yang-menenangkan-jiwa-umur-aisyah-ketika-bernikah-dengan-nabi/