10 Mei, 2010

NOMBOR 9 SUATU PENILAIAN

Apa ada pada nombor?
Itulah persoalan sesetengah manusia. Pada sesetengah orang nombor memberi makna tersendiri. Nombor digunakan dalam semua urusan kehidupan manusia. Bermula asas nombor 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 sehingga infiniti. Nombor digunakan setiap manusia di dunia ini.

Pengurusan masa, pengukuran, kewangan, keagamaan, kebudayaan, dan semua aspek kehidupan manusia menggunakan nombor.

Terdapat pelbagai kajian metafizik yang dijalankan bagi nombor-nombor tertentu.

Pada artikel ini, saya akan memfokuskan kajian metafizik nombor berhubung dengan nombor 9.

Nabi”
Ibu adalah seorang insane yang sangat mulia,dan diminta Rasulullah s.a.w. kita memuliakannya.
Ibu kita adalah seorang insane perempuan. Titik awal umur baligh seorang perempuan adalah 9 tahun. Oleh itu, nombor 9 akan dijadikan asas perbincangan kita secara menyeluruh.
Kita pecahkan Tingkatan kehidupan manusia kepada beberapa Tingkatan iaitu:-


Tingkatan 1
1 Tahun hingga 9 Tahun

Tingkatan 2
10 Tahun hingga 18 Tahun

Tingkatan 3
19 Tahun hingga 27Tahun

Tingkatan 4
28 Tahun hingga 36 Tahun

Tingkatan 5
37 Tahun Hingga 45Tahun
Tingkatan 6
46 Tahun hingga 54 Tahun

Tingkatan 7
55 Tahun hingga 63 Tahun

Huraian
Tingkatan 1
1 Hari hingga 9 Tahun

Pada Tingkatan 1 ,iaitu pada usia seawal sehari sehingga 9 tahun. Manusia secara berperingkat-peringkat berkembang. Perkembangan fisiologi, psikologi, emosi, psikomotor. Kanak-kanak yang normal telah menguasai konsep asas membaca, menulis dan mengira dengan baik.
Manakala kanak-kanak yang istemewa dapat menguasai kemahiran yang lebih kompleks lagi seperti dapat membaca,menghafalAl-Quran (6666) dengan sempurna,menyelesaikan masalah matematik dengan baik pada Tingkatanan usia 9 tahun yang pertama ini.

Tingkatan 2
10 Tahun hingga 18 Tahun
Pada Tingkatanan ke-2, kanak-kanak melalui dua zaman, iaitu peringkat yang sangat sibuk. Proses menimba ilmu pengetahuan akademik, pengetahuan agama, moral, kemahiran dan lain-lain bidang yang telah disediakan oleh pihak kerajaan.
Semua ibu bapa dan penjaga mengharapkan anak-anak mereka berjaya dalam setiap peperiksaan yang dilaluinya.

Kesungguhan,disiplin dan kesabaran yang berterusan menjadi titik tolak gagal atau jaya individu pada Tingkatan ke-2 ini.

Tingkatan 3
19 Tahun hingga 27Tahun

Pada Tingkatan ini,setiap individu telah boleh berdikari dan mempunyai iltizam tersendiri. Kolej atau Universiti adalah mercu yang diingini setiap manusia didunia ini.

Kejayaan memiliki segulung diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, dan Phd dapat direalisasikan pada Tingkatan ke-3 ini msekiranya individu itu bijak mengurus masa dan sanggup berkorban masa, tenaga, dan kewangan bagi melengkapkan proses menuntut ilmu dan membuat penyelidikan ilmiah sebelum berkerjaya.

Tingkatan 1,Tingkatan 2 dan Tingkatan 3, menggunakan 42% daripada masa hidup kita. 9tahun pertama, 9 tahun ke-2 dan 9tahun ke-3, sekiranya digabungkan membentuk suatu nombor yang unsure tenaga yang cukup kuat iaitu 999. Nombor ini lambang kebenaran.

Oleh kerana , 999 adalah nombor KECEMASAN, maka setiap individu perlulah jangan berlengah,leka,membuang masa ketika melalui tempoh usia tersebut. Sebagai mana ambulans, polis ,bomba bersegera, pantas, berhati-hati ketika menjalankan tugasan panggilan 999, maka kita juga perlu mengambil ikhtibar dan pengajaran daripadanya.

Sekiranya petugas yang menguruskan panggilan 999 ini, cuai, berlengah dan bersikap negative pastinya pesakitnya akan terkorban atau terpaksa dimasukkan ke dalam wad ICU.

Begitulah keadaan kepada individu yang bersikap cuai, tidak bersungguh-sungguh,tiada berdaya saing, berlumba-lumba untuk menimba ilmu sebanyak mungkin, menimba penngalaman hidup seluas mungkin maka individu tersebut telah membina Wad ICU untuk dimasukinya sendiri sehingga akhir hayatnya.
Kehidupannya selepas Tingkatanan ke-3 adalah seorang yang susah-payah, miskin, fakir, dan sentiasa seperti keadaan orang di wad ICU,sentiasa mengharapkan orang lain untuk membantunya untuk terus hidup.

Namun sebaliknya, individu yang melengkapkan dirinya dengan pelbagai keperluan hidup, kemahiran dan pengalaman hidup pastinya akan berasa selesa, kaya dan hidup lebih terurus dan menjamin masa hadapan tanpa perlu bekerja keras sepanjang masa bagi mendapat sedikit sumber kewangan.
Selain itu, orang yang susah(ICU –I See You) perlulah berjumpanya untuk mendapatkan sedikit pertolongan, bantuan, khidmat nasihat daripadanya ataupun ‘ Awaklah Jumpalah Saya –UCI( You See I )’bagi mendapatkan keperluan yang diingininya.

Tiada ulasan: