07 Oktober, 2009

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran:
Dunia -115 kali
Akhirat -115 kali
Malaikat - 88 kali
Syaitan - 88 kali
Hidup - 145 kali
Mati - 145 kali
Faedah - 50 kali
Kerugian - 50 kali
Ummah- 50 kali
Penyampai - 50 kali
Iblis : Penghulu Syaitan - 11 kali
Mohon Perlindungan Daripada Iblis - 11 kali
Bala/Musibah - 75 kali
Bersyukur - 75 kali
Bersedekah- 73 kali
Berpuas Hati - 73 kali
Orang Yang Sesat - 17 kali
Orang Yang Meninggal Dunia - 17 kali
Muslimin - 41 kali
Jihad - 41 kali
Emas - 8 kali
Kemurahan Hidup- 8 kali
Keajaiban - 60 kali
Fitnah - 60 kali
Zakat - 32 kali
Berkat - 32 kali
Minda- 49 kali
Nur - 49 kali
Lidah- 25 kali
Sumpah- 25 kali
Nafsu - 8 kali
Ketakutan- 8 kali
Bercakap Di Khalayak Ramai - 18 kali
Berdakwah - 18 kali
Kesusahan - 114 kali
Kesabaran - 114 kali
Muhammad - 4 kali
Syariat - 4 kali
Lelaki - 24 kali
Perempuan- 24 kali
Solat (Sembahyang)- 5 kali
Bulan- 12 kali
Hari - 365 kali
Lautan - 32 kali
Daratan - 13 kali
Laut dan Darat = 32 + 13 = 45

Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratusPeratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
Jumlah = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi 28.889 peratus.
It is soooo accurateBegitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!

06 Oktober, 2009

Monolog bangsa

Bangsaku
Mengapakah terus menerus
bercakaran sesame sendiri
siapa yang rugi
siapa yang untung

Bangsaku
Tiadakah boleh dicarikan
titik pertemuan
menyatu satu suara
daar dan wadah
perjuangan
untuk kesentosaan
hidup semua rakyat
yang mendukung
Malaysia sebagai tanah tumpah darah

Bangsaku
kulit kita sama warna
darah kita sama merahnya
cuma sakit kita saja berlainan
marilah kita bersama
berikhtiar menyembuh
penyakit mazmumah
dan menyalah sesame sendiri

Bangsaku
kita adalah khalifah
setiap kita akan bertanggungjawab
atas apa yang ditanggungnya

Bangsaku
kita adalah satu ummat
satu kalimah syahadat
satu kiblat
satu dalam segalanya

Bangsaku
Islam adalah junjungan kita
Umat Islam beraneka ethnic
adalah saudara kita
kita adalah satu daripada ribuan ethnic
tetapi bertumpu hati dan keimanan pada Allah yang Esa.

Mimbar

Mimbar
Ulanglah perananmu
Mendidik dan memimpin
Umat Islam
Ke jalan taqwa

Mimbar
Kembalikan umat Islam
Yang tergelincir melencung
Dari landasan taqwa

Mimbar
Satukanlah semula
Hati nurani umat Islam
Yang menguzlah diri
daripada sof Jemaah

Mimbar
Rawatilah
Hamba yang menyalahguna kuasa
Amanah Allah
Untuk diri peribadi

Mimbar
pulihkanlah semula
Ummah yang kembali
Ke tamadun jahiliah
Sedang di dada penuh berilmu
Berbogel dalam berpakaian
Bergaul campur di masyakarat
Seolah telah diijab qabul

Mimbar
Kembalikanlah kegemilangan ke tamadun Islam
Menguasai Ilmu untuk ketamadunan sejagat
Mendaulatkan politik untuk kesejahteraan semua
Menerajui ekonomi yang makmur dan subur

Mimbar
Engkaulah wahana
Engkaulag pemangkin
Engkaulah wasilah
Mengejutkan, menyatukan, mengubati
Memulihkan, membangunkan
kegemilangan ummah Islam
Dulu, kini dan selamanya.

10 pesanan Imam Shafie

SEBELUM iman Shafi’ie meninggal dunia , belia sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya.Berikut ialah kandungan wasiat tersebut:

Barangsiapa yang ingin meninggal dunia dalam keadaan selamat maka hendaklah dia mengamalkan sepuluh pekara.

1.Hak Kepada Diri
Iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2.Hak Kepada Malaikat Maut
Iaitu mengadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapat kemaafan dari orang yang di zalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta pada Allah.

3.Hak Kepada Kubur
Iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4.Hak Kepada Munkar dan Nakir
Iaitu tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5.Hak Kepada Mizan(neraka timbangan amalan pada hari akirat)
Iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6.Hak Kepada Sirat
Iaitu membuang tabiat suka mengumpat,wara’ ,suka membantu orang beriman dan suka solat berjemaah.

7.Hak Kepada Malik
Iaitu menangis takutkan Allah s.w.t , berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelok akhlak.

8.Hak Kepada Nabi s.a.w
Iaitu berselawat keatasnya , berpegang dengan syari’at,bergantung kepada al-sunnah(hadith),menyayangi para sahabat ,dan bersaing mencari kelebihan dari Allah.

9.Hak Kepada Ridhwan(malaikat penjaga syurga)
Iaitu merasa redha kepada qadha Allah ,bersabar menerima bala,bersyukur keatas ni’mat Allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

10.Hak Kepada Allah S.W.T
Iaitu mengajak manusia kearah kebaikkan ,mencegah manusia dari kemungkaran ,menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan.

Semoga kita dapat beramal dengan wasiat-wasiat Iman shafie’ie yang amat berguna ini.

Fiqh al- fatihah

Fasal 1.
Bab Pertama : Bacaan Al-Fatihah


1. Hukum membaca Al-Fatihah

Membaca surah Al-FATIHAH itu wajib, dengan ijma’ seluruh ulama berdasarkan nas- nas yang sudah jelas.

Menurut mazhab Syafi’I dan mazhab-mazhab jumhur bacaan surah AL-FATIHAH itu wajib dan tidak dapt digantikan dengan bacaan selainnya bagi orang yang mampu membacanya.

Tidak sah solat yang tidak di baca padanya FATIHAH
(HR Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dengan Isnad soheh)
Sabda Rasulullah s.a.w.
“Tidak sah solat kecuali dengan membaca Fatihatul Kitab-surah ALFATIHAH”
(HR Bukhari dan Muslim)

Fasal 2 : Ayat-ayat FATIHAH

Ijma’ para ulama bahawa surah AL-FATIHAH itu 7 ayat.
Pada mazhab Syafi’e BASMALAH itu ayat pertama, maka FATIHAH wajib diawali dengan BASMALAH sebagai ayat yang pertama.

Fasal 3 ; Muwalat

Ayat-ayat Fatihah wajib berurutan dan tidak terputus-putus (muwalat).
Akan tetapi tidaklah terputus muwalat kerana;
-mengikut imam sujud tilawah
-mengaminkan bacaan FATIHAH imam
-berdoa memohon rahmat/perlindungan sesuai dengan bacaan imamnya.
Menurut qaul yang soheh keadaan-keadaan ini terbilang dalam saat uzur (dimaafkan)
yang tidak memalingkan muwalat.

Nabi Muhammad Semasa Kanak-kanak

Halimah (RA) mengatakan, “Aku datang ke Makkah bersama beberapa perawat penyusu bayi dari suku Bani Sa’d ibn Bakr, mencari bayi-bayi yang baru lahir. Saat itu adalah tahun yang buruk untuk mencari bayi susuan.
Aku dan anakku tiba dengan mengendarai seekor keldai betina, sedangkan suamiku menaiki keledai betinanya yang tua dan tak memiliki setitis pun susu. Selama dalam perjalanan ini, kami bertiga tak dapat tidur di malam hari dan aku pun tak memiliki apa pun dalam dadaku untuk menyusui anak kami.”

“Ketika kami sampai di Makkah, setiap wanita dari kelompok kami ditawari untuk menyusui Nabi Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam), untuk menjadi ibu susuannya. Tapi, semua menolak tawaran itu ketika tahu bahawa beliau adalah seorang anak yatim.
Pada akhirnya, tak seorang pun teman wanitaku meninggalkan Makkah tanpa membawa seorang bayi, namun tak seorang pun mahu menyusui Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam). Saat akhirnya aku tak dapat menemukan bayi susuan lain, aku berkata pada suamiku bahawa aku benci jika aku menjadi satu-satunya wanita dalam kelompok kami yang harus pulang kembali tanpa membawa seorang bayi, dan bahawa aku ingin membawa anak yatim itu.”

“Saat aku pergi untuk menjemputnya, ia (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) sedang mengenakan pakaian wol, lebih putih daripada susu. Bau wangi misk menebar darinya. Di bawahnya terdapat sepotong kain sutera hijau, dan ia pun sedang terbaring di punggungnya dalam suatu tidur yang amat nyenyak.
Aku berhati-hati untuk tak membangunkannya, kerana keindahan dan kemuliaannya. Dengan berhati-hati aku mendekatinya, dan menaruh tanganku di dadanya, ia pun tersenyum dan membuka kedua matanya.
Dari kedua matanya muncul suatu cahaya yang terpancar hingga ke Langit, sementara aku sedang melihatnya. Aku menciumnya di antara kedua matanya dan memberikan padanya dada kananku, dan memberikannya susu sebanyak yang ia mahu. Kemudian aku pindahkan posisinya ke dada kiriku, tapi ia menolak. Begitulah selalu caranya menyusu padaku. Setelah ia puas, aku pun memberikan pada anak laki-lakiku bahagiannya.
Segera setelah aku membawanya ke tendaku, kedua dadaku pun mulai mengucurkan susu. Dengan kurnia Allah, Muhammad minum hingga ia puas, demikian pula saudara laki-lakinya (anak Halimah, peny.). Suamiku pergi ke unta tua kami untuk memerah susu bagi kami, dan lihat, ia penuh dengan susu.
Suamiku memerah susu dari unta kami cukup banyak buat kami berdua untuk kami minum hingga kami puas, dan kami pun melalui suatu malam yang indah.
Kemudian suamiku berkata, ‘Oh, Halimah, sepertinya kau telah mengambil suatu ruh yang barakah.’ Kami melalui malam pertama dalam barakah dan kurnia, dan Allah terus memberikan pada kami lebih banyak dan lebih banyak sejak kami memilih Muhammad.”
“Aku pun memohon pamit pada ibunda Nabi, dan menunggangi keledai betinaku, sambil membawa Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) di kedua tanganku. Keledaiku mengejar dan melampaui semua haiwan milik orang-orang lain yang datang sebelumnya bersamaku, mereka melihat hal ini dengan penuh rasa takjub.
Saat kami tiba di kampung Bani Sa’d, suatu kampung yang merupakan salah satu bahagian paling kering dari tanah ini, kami menemukan domba-domba kami penuh dengan susu. Kami memerahnya dan dapat meminum banyak-banyak dalam suatu masa di mana tak seorang pun lainnya mampu menemukan setitis pun susu dalam suatu kelenjar perah.
Yang lain mulai menceritakan hal ini pada yang lainnya, ‘Pergilah merumput ke tempat gembala puteri Abu Tsu’aib biasa pergi.’ Tetap saja, domba-domba mereka kembali dalam keadaan lapar, tanpa susu ditemukan dalam tubuh mereka, sedangkan domba-dombaku kembali penuh dengan susu.”

Paman Nabi, Al ‘Abbas (RA) berkata, “Wahai, NabiyAllah, yang membuat diriku masuk dalam agamamu adalah kerana aku menyaksikan salah satu tanda kenabianmu. Aku melihatmu dalam tempat tidur bayimu (ketika Nabi (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) masih kecil) sedang bercakap dengan lembut pada bulan dan menunjuknya dengan jarimu.
Dan bulan itu bergerak di langit ke arah mana pun kau menunjuknya.” Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) bersabda, “Saat itu, aku memang sedang bercakap dengannya, dan ia pun berbicara kepadaku, mengalihkan perhatianku agar tak menangis. Aku dapat mendengar suara sujudnya di bahawa ‘Arasy.”

Dalam Fath Al Bari diriwayatkan pula bahawa Nabi Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) berbicara ketika saat pertama ia dilahirkan.

Ibn Sab’ menyebutkan bahawa tempat tidur bayi Nabi Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) diayun-ayun oleh para Malaikat.

Ibn ‘Abbas (RA) mengatakan bahawa Halimah (RA) biasa meriwayatkan bahawa ketika ia pertama kali membela Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam), ia (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) berbicara, dan berkata, “Allah (SWT) paling Agung dalam Keagungan-Nya, dan segala puji hanya bagi Allah, dan Maha Suci Allah di permulaan dan di akhir.” (Allahu Akbar Kabiiran, wal hamdu lillahi katheeran, wa subhanallahi bukratan wa ashiilan.) Saat ia telah tumbuh lebih besar, ia biasa pergi keluar, dan ketika ia melihat anak-anak lain bermain, ia akan menghindari mereka.

Ibn ‘Abbas (RA) berkata bahawa al Shayma’a (RA), saudara tiri perempuan Nabi, menyaksikan bahawa sebagai seorang anak laki-laki, beliau dinaungi suatu awan. Awan itu berhenti ketika beliau berhenti dan bergerak ketika beliau bergerak.
Beliau tumbuh tidak seperti anak laki-laki biasa. Halimah berkata, “Ketika aku membelanya, kami membawanya ke ibunya, sekalipun kami masih menginginkan agar ia tinggal bersama kami lebih lama kerana semua barakah yang telah kami saksikan ada padanya.
Kami meminta pada ibunya untuk mengizinkannya tinggal lebih lama dengan kami sampai ia tumbuh lebih kuat, kerana kami khawatir atasnya tinggal di lingkungan yang tak sihat seperti Makkah. Kami terus meminta sampai akhirnya ibunya menyetujui untuk mengirimkannya kembali bersama kami.”

Keajaiban di Masa Kanak-kanak

Demi Allah, dua atau tiga bulan setelah kami kembali, ketika kami sedang mengurus beberapa haiwan ternak kami di belakang rumah kami, saudara tiri laki-laki Nabi datang, berlari, dan berteriak,
‘Saudara laki-laki Quraisy-ku. Dua orang laki-laki mendatanginya memakai pakaian putih. Mereka membaringkannya dan membedah perutnya.’ Ayahnya dan diriku pun berlari mencarinya. Ia tengah berdiri dan warna kulitnya berubah. Ayahnya memeluknya dan bertanya, ‘Wahai anakku, apa yang telah terjadi padamu?’ Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) menjawab, ‘Dua orang laki-laki yang memakai kain putih mendatangiku. Mereka membaringkan tubuhku dan membedah perutku hingga terbuka. Mereka mengambil sesuatu darinya dan membuangnya, kemudian menutup perutku kembali seperti semula.’ Kami membawanya ke rumah dan ayahnya berkata, ‘Wahai Halimah, aku takut sesuatu telah terjadi pada anak kita yang satu ini. Mari kita kembalikan dia pada keluarganya sebelum keadaannya bertambah buruk.’ “
“Kami pun mengembalikannya kepada ibunya di Makkah. Ibunya berkata, ‘Apa yang membuatmu mengembalikannya padahal sebelumnya dirimu bersikap keras untuk memeliharanya?’
Kami pun memberitahukan padanya bahawa kami khawatir bahawa sesuatu yang buruk mungkin terjadi padanya.
Ibunya berkata lagi, “Tak mungkin seperti itu, jadi, katakan padaku yang sesungguhnya.” Sang ibu bersikap keras hingga kami pun menceritakan padanya kejadian yang terjadi padanya (sall-Allahu ‘alayhi wasallam). Sang ibu (Aminah, peny.) pun bertanya, ‘Takutkah dirimu bahawa Setan telah berbuat sesuatu padanya? Tidak! Demi Allah, tak mungkin Setan dapat menyentuhnya.
Anakku ini akan menjadi seseorang yang memiliki kedudukan luhur. Kalian boleh meninggalkannya sekarang.’”
Dalam hadits dari Syaddad ibn ‘Aws (RA) diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) bersabda, “Aku pernah menjadi seorang anak susuan di Bani Sa’d ibn Bakr. Suatu hari saat diriku tengah berada di lembah bersama anak-anak laki-laki seusiaku, tiba-tiba muncul tiga orang.
Mereka membawa sebuah bak mandi emas yang terisi penuh dengan es, kemudian mereka mengambilku dari teman-temanku, yang berlarian ke belakang ke suatu sudut. Salah satu dari ketiga orang itu membaringkan diriku dengan lembut ke atas tanah dan membelah perutku dari atas dadaku hingga bahagian tulang pinggangku. Saat itu aku mampu melihatnya dan tak merasakan sedikit pun rasa sakit. Ia mengambil keluar organ-organ dari dalam tubuhku dan mencucinya dengan saksama dengan es tadi.

Kemudian mengembalikan organ-organ itu ke dalam tubuhku. Orang yang kedua bangkit dan menyuruh kawannya yang pertama tadi untuk menepi. Ia meletakkan tangannya ke atasku, memindahkan jantungku sementara aku melihatnya. Ia membelahnya, lalu mengambil keluar segumpal daging hitam, dan membuang daging hitam itu, kemudian menggerakkan kedua tangannya ke kanan dan ke kiri, seakan-akan menerima sesuatu.
Tiba-tiba, mewujud sebuah cincin di tangannya yang terbuat dari suatu cahaya menyilaukan. Ia mencap jantungku dengan cincin itu, hingga dengannya jantung itu berisi kemilauan cahaya. Itu adalah cahaya kenabian dan hikmah.
Ia kemudian mengembalikan jantungku ke dalam dadaku dan aku merasakan kesejukan cincin itu dalam jantungku untuk jangka waktu yang lama. Orang yang ketiga menyuruh temannya untuk menepi. Ia menaruh tangannya ke atas bahagian tubuhku yang terbelah dan seketika itu pula sembuh dengan izin Allah. Ia kemudian meraih tanganku dan dengan lembut membantuku bangkit sambil berkata pada orang yang pertama, ‘Timbanglah ia dengan sepuluh orang dari ummatnya.’ Aku pun melebihi mereka dalam timbangan.
Kemudian ia berkata lagi, ‘Timbanglah ia dengan seratus orang dari ummatnya.’ Aku pun lebih berat dari itu. Kemudian ia berkata kembali, ‘Timbanglah ia dengan seribu orang dari ummatnya.’ Aku lebih berat dari mereka. Kemudian ia pun berkata, ‘Seandainya kalian menimbangnya dengan keseluruhan dari ummatnya pun, ia tetap akan lebih berat daripada mereka.’ Mereka semua memelukku, mencium dahiku dan ruang di antara kedua mataku sambil berkata, ‘Wahai, yang terkasih, seandainya saja kau mengetahui kebaikan apa yang tengah menanti dirimu, tentu kau akan berbahagia.’” Penimbangan di sini bermakna penimbangan moral/akhlaq. Nabi (sall-Allahu ‘alayhi wasallam), dengan demikian, unggul dalam semua sifat dan keistimewaan.

Pencucian dada suci beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) terjadi pula di waktu lain ketika Jibril AS membawa kepada beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) wahyu di Gua Hira’ dan sekali lagi pada malam Mi’raj (Kenaikan ke Langit). Abu Nu’aim meriwayatkan dalam Al-Dala’il, pembelahan dada beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) terjadi pula saat beliau berumur dua puluh tahun.
Hikmah dari pembelahan dada suci beliau di masa kanak-kanaknya serta pembuangan daging hitam, adalah untuk membersihkan beliau dari sifat-sifat kekanak-kanakan, sehingga beliau akan memiliki sifat-sifat seorang laki-laki dewasa.
Pertumbuhan beliau pun, dengan demikian terjadi secara murni sempurna tanpa cacat. Beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) dicap/ditandai dengan cap kenabian yang terletak di antara kedua bahunya yang memiliki wangi misk dan nampak bagai sebutir kecil telur burung ‘partridge’.

Ibn ‘Abbas (RA) dan yang lainnya meriwayatkan bahawa ketika Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) berumur enam tahun, ibundanya dan Ummu Aiman (RA) membawanya selama sebulan mengunjungi bapa saudara dari sisi ibunya dari Bani Adiy ibn An-Najjar di Dar al-Tabi’a di Yatsrib.
Di suatu waktu kemudian hari, beliau mengingat-ingat peristiwa-peristiwa yang terjadi saat beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) tinggal di sana. Saat melihat ke suatu rumah tertentu, beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) bersabda, “Ini adalah (rumah) tempat ibuku dan diriku pernah tinggal.
Aku belajar berenang di sumur milik Bani Adiy ibn Al Najjar. Sekelompok orang Yahudi biasa mengunjungi tempat ini untuk melihat diriku.” Ummu Aiman (RA) berkata, “Aku mendengar salah seorang dari Yahudi-Yahudi itu berkata bahawa Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah Nabi dari ummat ini, dan bahawa tempat ini adalah tempat hijrah beliau. Aku mengerti semua yang mereka katakan.”

Beliau dan ibundanya kemudian bersiap untuk kembali ke Makkah, namun saat mereka tiba di suatu tempat bernama Al Abwa’, tidak jauh dari Yatsrib, ibundanya jatuh sakit keras. Al Zuhri meriwayatkan dari Asma’ binti Rahm, dari ibunya, “Aku berada bersama Aaminah, ibunda Nabi (sall-Allahu ‘alayhi wasallam), saat ia terbaring sakit yang membawanya pada kematian.
Pada saat itu, Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) masihlah seorang anak laki-laki berumur lima tahunan. Saat beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) duduk di sisi kepala ibundanya, sang ibu membacakan beberapa bait puisi, dan memandang wajah suci beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) sambil berkata,:
Setiap yang hidup suatu saat pasti akan mati,
segala sesuatu yang baru pastilah suatu saat akan menua,
setiap keberlimpahan pastilah suatu saat akan berkurang.
Aku kini tengah meregang maut,
namun ingatanku selalu akan wujud,
aku telah meninggalkan di belakangku kebaikan yang berlimpah,
dan telah kulahirkan suatu Kesucian,’
kemudian sang ibu pun wafat. Saat itu,
kami dapat mendengar Jinn menangisi kepergiannya.”
Telah diriwayatkan bahawa Aaminah bersaksi atas kenabian Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) setelah kematiannya.
At-Tabarani meriwayatkan alam suatu rantai periwayatan dari A’isyah (RA) bahawa ketika Nabi (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) tiba di Al-Hajuun, beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) demikian sedih dan berduka.
Beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) tinggal di situ selama yang Allah kehendaki bagi beliau untuk tinggal di situ. Saat beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) kembali, beliau demikian bahagia dan bersabda, “Aku memohon pada Tuhanku ‘Azza wa Jalla, untuk menghidupkan kembali ibundaku.
Allah melakukannya dan menghidupkannya kembali.” Juga telah diriwayatkan oleh baik Al-Suhaili mahupun Al-Khateen bahawa A’isyah (RA) berkata bahawa Allah membangkitkan kembali kedua orang tua Nabi Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) dan keduanya bersaksi atas kenabian Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam).

Al-Qurtubi, dalam Al Tazkira, berkata, “Keistimewaan dan keluhuran Akhlaq Nabi Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) tak pernah berhenti muncul dalam keseluruhan hidup beliau.
[Kerana itu] Mengembalikan kembali kedua orang tuanya untuk hidup sehingga mereka dapat beriman pada beliau, bukanlah suatu hal yang tak mungkin.
Tak satu pun dalam hukum Agama Islam mahupun logika yang berlawanan dengan hal ini.”
Disebutkan dalam Qur’an Suci bahawa seseorang yang terbunuh di kalangan Bani Isra’el dibangkitkan hidup kembali untuk menunjukkan siapa yang telah membunuhnya. Lebih-lebih, Sayyidina ‘Isa ‘alaihissalam biasa membangkitkan orang yang mati hidup kembali.
Seperti itu pula, Allah Ta’ala mengembalikan beberapa orang mati untuk hidup lagi lewat tangan-tangan Nabi kita (sall-Allahu ‘alayhi wasallam). Mengapakah tak mungkin bagi kedua orang tuanya untuk bersaksi atas kenabian beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) setelah mereka dibangkitkan hidup kembali, padahal peristiwa ini hanyalah menambah keunggulan dan keluhuran beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam)?

Al-Imam Fakhruddin Al-Razi berkata bahawa seluruh ayah-ayah [datuk moyang] dari Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) adalah Muslim, yang dibuktikan dengan sabda Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam), “Aku dipindahkan dari sulbi-sulbi laki-laki yang suci ke rahim-rahim perempuan yang suci pula.” Dan kerana Allah Ta’ala telah berfirman, “Sungguh, orang-orang Musyrik adalah najis,” kita melihat di sini bahawa tak seorang pun dari datuk moyang beliau yang kafir.

Al Hafiz Shams Al-Din Al-Dimashqi berkata tentang hal ini demikian indahnya saat ia menulis:
“Allah kurniakan atas Nabi kurnia berlimpah
Dan lebih banyak lagi, dan baginya
Ia Ta’ala paling berbaik hati
Ia kembalikan ibunda beliau untuk hidup,
juga ayahandanya
Hingga mereka pun dapat beriman padanya.
Hal itu adalah kurnia yang lembut
Maka berimanlah pada mu’jizat-mu’jizat ini,
kerana Ia Ta’ala mampu atasnya
Meski sang makhluk adalah lemah.”

Ummu Aiman (RA) adalah penjaga Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) dan pengasuhnya setelah wafatnya ibunda beliau.
Beliau (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) biasa berkata tentangnya, “Ummu Aiman adalah ibundaku setelah ibundaku.” Saat Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) berumur delapan tahun, datuk dan penjaga beliau, Abdul Muttalib pun wafat.
Umurnya saat itu seratus sepuluh tahun (dalam riwayat lain, ia berumur seratus empat puluh tahun). Saat itulah, atas permintaan Abd Al-Muttalib, Pak sedara Muhammad (SAW), Abu Talib menjadi penanggung jawab beliau, kerana ia adalah saudara kandung laki-laki dari ayahanda Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam), ‘Abdullah.

Ibn Asakir meriwayatkan dari Jalhama ibn Urfuta bahawa Muhammad (sall-Allahu ‘alayhi wasallam) bersabda, “Aku datang ke Makkahsaat musim kering. Beberapa orang laki-laki dari suku Qurasiy mendatangi Abu Talib dan berkata, ‘Wahai, Abu Talib, lembah-lembah tengah kering dan keluarga-keluarga tengah menderita. Mari kita pergi dan berdoa memohon hujan.’
Abu Talib pun keluar, dan bersamanya seorang pemuda yang nampak bagai ‘Matahari-setelah-Awan-menghilang’. Ia (sang pemuda) dikelilingi oleh anak-anak laki-laki lainnya. Abu Talib pun membawanya ke Ka’bah dan membuatnya berdiri dengan punggungnya membelakangi Ka’bah. Saat itu, bahkan tak nampak secuilpun awan di langit. Namun, sesaat setelah sang pemuda itu mengangkat kedua tangannya, awan pun mulai berdatangan dari segenap penjuru, dan hujan pun mulai turun.
Lembah pun bersemi dan baik di dalam Makkah mahupun di padang pasir sekelilingnya menjadi subur. Tentang mu’jizat ini, Abu Talib menulis bait-bait berikut:
Untuk ia yang memiliki wajah benderang,
hujan dikirimkan demi kemuliaan akhlaqnya,
Ia tempat berlindung para yatim,
Dan penyokong para janda.’”
TAMAT

Artikel asal drp : http://www.terjah.com/

Ketagihan Seluar Jeans dan T shirt

Jika dadah adalah musuh nombor 1 negara, dan pelbagai pihak bekerjasama membenterasnya. Hukuman yang berat dikenakan jika sabit kesalahannya. Namun, penagih yang ketagihan tegar dan baru terus direkrut. Keimanan diri yang nipis dan rapuh, sistem kekeluargaan yang telah diserang virus, antibody yang lemah menahan anasir negative menyebabkan penagih dan ketagihan terus menjadi urusniaga maut yang tiada noktahnya. Sebagai umat Islam, kita mohon pertolongan daripada Allah SWT supaya diberikan petunjuk dan pertolongan kepada penagih yang ketagihan dikembalikan kepada norma hidup seorang Muslimin dan muslimah yang hakiki. Segalanya daripadaNya.

Kini, Malaysia yang sudah terkenal sebagai sebuah negara Islam contoh oleh negara-negara Islam telah dilanda tsunami ketagihan Jeans dan T Shirt. Jika kita meninjau secara pemerhatian, 90 peratus wanita Islam di bandar, kampung, bandaraya , pekan kecil dan desa memakai Jeans dan Tshirt yang sendat secara berleluasa.

Realitinya wanita Islam seawal bayi,budak, remaja ,belia, dewasa dan tua dijangkiti ketagihan memakai jeans dan t shirt. Peratusan sangat tinggi, daripada murid hingga ke guru, siswa/i hingga pensyarah, mejadi penagih jeans. Kita mendoakan semoga penagih-penagih jeans dikalangan wanita Islam diberi keampunan dan diberi hidayat oleh Allah dan kembalilah berpakaian yang menutup aurat yang telah di ISO oleh Allah SWT insyaAllah.

Jika kanak-kanak pembimbing pemakaian begitu adalah ibu bapanya. Jika budak-budak remaja dan belia, ibu bapa juga yang meluluskan belanjawan dan membenarkan anak gadis dan isteri memakainya. Jika dewasa dan tua , nafsu yang muda merayu supaya dikenakan juga jeans supaya nampak lebih muda dan bergaya serta menggoda mata jejaka.

Lebih mengecewakan lagi, bila ibu bapa serta anak-anak gadis sedondon berjeans sendat dan menjolok mata. Tambahan pula ada segelintir pendidik peringkat rendah, menengah dan IPTA/IPTS juga membudayakan jeans. Tambah malangnya, apabila ada juga segelintir cikgu agama peringkat rendah, menengah , IPTA/IPTS serupa gaya jeansnya.

Setengah pemimpin tidak berupaya berkata-kata tentang penagihan jeans ini, apabila dirinya, isterinya, anak-anaknya, ahli-ahli wanitanya, masyarakat dan rakyatnya ramai yang ketagihan jeans, bimbang-bimbang hilang pengaruh dan kehilangan kuasa. Akibatnya, bilangan penagih terus meningkat dari masa ke semasa. Impaknya, tsunami ini akan merosakkan umat wanita yang sentiasa dalam berdosa. Bak kata pepatah, Jika api kecil-kecil menjadi kawan, bila besar boleh membinasakan seluruh kawasan.

Wahai ikhwanul Muslimin wa Muslimah, marilah bersama kita membenteras ketagihan jeans dan t shirt. Pakailah pakaian yang sopan sempurna, menutup aurat dengan kelubung yang cukup incinya melepasi dada. Semoga Allah SWT mengampuni ,merahmati meredhai kita semua.

23 Ogos, 2008

Wasiat Ilmu Tauhid

Perkara yang paling berharga pada kehidupan seorang manusia adalah memahami Hakikat Ketuhanan Yang Sebenar dengan tepat

Perkara yang paling berharga pada kehidupan seorang manusia adalah memahami Hakikat Ketuhanan Yang Sebenar dengan tepat. Kefahaman itu sewajibnya penuh dengan keyakinan tanpa sezarah keraguan atau zhan dan waham . Keyakinan yang jazam yakni keyakinan yang putus .

Kemantapan kefahaman tersebut berjaya dikecapi setelah menerima ilmu tauhid yang hak yang disepakati serta yang telah disediakan atau dibentangkan oleh para ulamak yang terdahulu di dalam kitab-kitab peninggalan mereka .

Kefahaman kita itu hasil sempurna akal memikirkan dan belajar berdalilkan Al quran dan Al Hadith yang menerima tafsiran iman Abu Hassan Assya’ari dan Imam Abu Mansur Al maturiddi, yang disediakan oleh para ulamak yang dikurniakan kelebihan memahami hal-hal agama bagi menyelamatkan manusia dari ditipu daya oleh manusia yang memahami hakikat ketuhanan semata-mata berdalilkan akal fikiran dan dalil –dalil zahir maksud sesuatu ayat Al Quran tanpa membentang serta menegaskan akan ayat hakikat yang menegaskan sesuatu yang haq. Justeru golongan manusia ,yang ego dan enggan menerima kebenaran ilmu yang telah disediakan menyebabkan manusia tersasar dalam kefahaman ketuhanan yang Haq.

Para ulamak yang terdiri daripada mereka yang paling hampir dengan abad nabi adalah ulamak yang terbaik . Bersyukurlah dan berterima kasihlah dan berdoalah akan kesejahteraan mereka di alam barzah semoga dicucuri rahmat Allah kepada mereka . Hasil titik peluh, pengorbanan masa , tenaga dan segala tanpa diharapkan ganjaran selain daripada keberkatan dan redha Allah dan atas rasa kasih sayang saudara seagama yang bimbang dan takut mereka yang mengikuti mereka di masa akan datang ditipu daya oleh syaitan serta kuncu – kuncu dikalangan manusia yang musyrik .
Sesungguhnya zaman mereka adalah lebih baik daripada zaman kita lantaran kerana hampirnya mereka dengan masa hidup nabi dan para sahabat sebagaimana sabda nabi s.a.w

Wahai isteri, anak-anak serta cucu cicit dan generasiku

Tentu anak –anak bertanya. Bagaimana mungkin kami hendak mengikuti serta mendengar serta mengikuti kuliah para ulamak itu sedangkan mereka semuanya telahpun pulang ke rahmatullah ?

Anak- anak tidak perlu bimbang tentang persoalan itu . Ulamak yang dikatakan telah meninggal dunia sejak beratus – ratus tahun dahulu sebenarnya sentiasa hidup dari zaman ke zaman serta bukan lagi hidupnya pada kaum serta bangsanya sahaja lagi .Tetapi , kini hidupnya telah merentasi zaman dan sempadan dunia dan di mana sahaja adanya saudara seagamanya .

Allah Maha Mengasihani akan hambaNya . Apabila hambanya telah melupaiNya, maka diutuskan seorang rasul sebagai pemberi peringatan dan pembawa berita gembira dan khabar menakutkan semoga manusia kembali semula kepada ketauhidan padaNya dan takwa padaNya .

Apabila rasul wafat . Sahabatnyalah yang akan meneruskan visi lisan kebenaran . Apabila sahabat pula meninggal dunia , lisan dakwah kebenaran akan terus bertali sehingga ke akhir zaman pada diri hambaNya yang terpilih sebagai penyambung Lisan kebenaran kepada masyarakat setempatnya sama ada dengan secara terus atau peninggalan kitab-kitab penulisan mereka yang disepakati akan kebenarannya .


Wahai isteri , anak-anak , cucu cicit dan generasiku !

Jika hidup zahiriah kita, kita pandai memasangkan dengan keperluan fizikalnya setanding dengan kebanyakan orang ramai . Jika dilihat antara seseorang semuanya sama taraf . Semuanya manusia berlumba mempertingkatkan kekuasaan , pangkat serta kesenangan hidup sehinggakan melupai sempadan –sempadan yang dilarang kita menyeberanginya .Bahkan ada yang sanggup menghalalkan cara asalkan tercapai apa yang dihajati dihati.

Hati yang sepatutnya diisikan dengan sifat tauhid yang keyakinan yang jazam , diisikan sifat cinta kasih kepada Allah dan rasul , bersyukur telah diisi penuh dengan angan – angan , cinta sepenuhnya pada prasarana dunia , sehinggakan hati itu telah terhijab rasa yang sepatutnya disuburkan padanya .

Alangkah baiknya , sekiranya kita beria-ria berlumba-lumba mengisikan hati dengan tauhid yang mantap serta menyuburkan hati dengan sifat-sifat kepujian dan meninggalkan sifat tercela pada diri dan tidak berlebihan pada keperluan zahiriah sehingga tergugat masa untuk bersamaNya , keluarga dan masyarakat .

Oleh kerana, perkara batiniah ini tidak boleh disukat dan dinilai seperti harta benda zahiriah .Maka manusia , tidak mengambil berat berkaitan dengannya . Alangkah ruginya , jika harta bergunung sekalipun namun apabila diuji ditanya tentang ikhtikhad yang bawa selama ini rupanya adalah salah yang dirasakannya sudah betul . Bila yang dibelajar ? katanya sewaktu sekolah rendah dahulu . Sejak tamat UPSR , maka lengkaplah ilmu Tauhid .Dah sempurna jadi orang Islam yang sah . Rupanya jika dinilai dan disemak berpandukan sukatan yang disediakan oleh ulamak , markah bagi jawapan yang dijawabnya adalah menggagalkan dirinya bergelar Muslim Sejati . Rupa-rupanya pemahamannya adalah sama sahaja dengan orang bukan muslim .

Dan lebih rugi lagi , kiranya kita miskin dan ikhtikhad kita pula seumpama di atas apabila ditanya .

Dalam kita memperteguhkan dan mengesahkan kefahaman ketuhanan kita agar kita selamat dan mengenal pasti dengan jelas bahawa ikhtikhad yang kita bawa adalah sah diperakui dan diberikan kerakyatan seorang muslim lagi mukmin di sisi Allah. Tidak ada benda yang lebih berharga melainkan pengakuan keimanan kita diterima dan lulus dengan sempurna tanpa sebarang kecacatan “Zero Difek” .

Sebagaimana seseorang manusia yang hendak menjadi warga negara sesebuah negara .Dia mesti melalui pelbagai pemeriksaan serta mesti memenuhi syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan .Jika ianya gagal maka gagallah hajatnya untuk menjadi rakyat negara itu .

Pada Islam , apabila hati telah mentauhidkan Allah , maka bagi mengesahkanNya ianya hedaklah berikrar atau mengucap syahadat bagi mengesahkan keislamannya dalam masyarakat . Ucapan syahadah itu sebagai Perjanjian bagi membolehkannya diadili dan serta mematuhi undang-undang yang melindungi dirinya dan masyarakat Islam terhadap dirinya . Segala gerak gerinya adalah dalam sempadan hokum syara’.

Allahlah yang Maha mengetahui
Akan keislaman kita adakah sah atau tidak ? Oleh yang demikian , perlulah kita sentiasa belajar dan Mengemaskini dan bertanya pada mereka yang ahli sama ada ikhtikhad kita itu sah di sisi ASWJ . Jika rosak akidah salah pegangan maka menangislah air mata darah sekalipun tiada gunanya lagi apabila kita sudah dialam barzah.

Pernahkah kita menjadi ahli 3 P iaitu pembaca , penonton dan pendengar seorang imam membacakan talqin kepada seseorang yang telah menjadi ahli perkampungan Muslimin. Pernahkah kita hayati akan pesanan yang diperingatkan kepada kita sebelum semuanya pulang ke rumah masing-masing .
Tinggallah kita sebagai penghuni kubur tempat yang gelap , atau sebuah lubang dari lubang api neraka , atau sebuah taman dari taman syurga .sama ada kita berada dalam keadaan huru – hara atau aman damai.
Yang pasti tempoh kita di sana lebih lama dari tempoh hidup di dunia yang kita rasakan sudah terlalu lama jika dikatakan berusia 100 tahun .

Tauhidkan Allah , jangan Syirikkan Nya dengan apa bentuk sekalipun. Pesan-pesan ahli keluarga kita sepanjang masa usia, semoga selamat di sana.

Virus Moral Barah Ummah Semakin Kronik

WABAK BERBAHAYA
Ketika arus permodenan membantu segala aktiviti keperluan dan keinginan
manusia , ketika pendidikan merentas sempadan menjadi perlawanan , ketika
krisis ekonomi terus melanda dunia , ada negara dapat menanganinya dengan
bijak dan seiring dengan itu krisis moral terus menguasai manusia dan usaha
menanganinya sukar kerana ianya adalah sejenis wabak yang berjangkit yang
sukar untuk merawatnya .
TIADA PENAWAR
Tiada doktor yang dapat merawatnya menjadi seorang yang sempurna
akhlaknya . Melainkan dirinya sendiri yang mengubahnya sendiri dengan usaha
mengamalkan ilmu agama yang pelajari sepanjang usia persekolahan yang telah
dicurahkan oleh para ustaz dan ustazah .
SALAH SIAPA?
Siapa yang bertanggungjwab bukan persoalannya . Itulah kos melepas
yang perlu kita terima jika kita inginkan sesuatu perubahan . Setiap sesuatu
perkara mempunyai sifatnya atau nilainya negatif atau positif. Tiada perkara
yang tidak mempunyai elemen ini.
PROMOSI PERCUMA
Setiap produk yang dihasilkan pastinya inginkan keuntungan . Promosi yang
dijalankan tidak memaksa pengguna mencubanya, terserah kepada individu
sendiri . Begitu juga nilai buruk yang diimport dalam bentuk artis atau filem ke
skrin media kita sememangnya suatu usaha jahat manusia yang mengaburi mata
penonton dengan ‘ lakonan semata’ terus menerus hari ke hari , minggu ke
minggu , tahun ke tahun , sehingga suatu yang terlarang oleh budaya bangsa
menjadi kebiasaanya , dan bangsa sendiri telah dibudayakan dengan unsur itu
seperti cara pemakaian , pergaulan , cumbuan , jenayah , system kekeluargaan
barat , dan lain-lain aspek kehidupan yang sonsang dengan budaya Melayu atau
Timur. Kini , telah diterima sebagai kebiasaan yang jika tidak diamalankan
dikatakan ketinggalan zaman .Kehendak semasa mengkehendaki kita berkeadaan
sebagaimana ‘lakonan semata’.
TERLIHAT DAN BERDOA
Tak usahlah berhelah menafikannya .Tak percaya . Kunjungilah pusat
membeli belah , taman bunga , tepian pantai ,di atas motor, di dalam kereta, dan
lain-lain tempat . Bancilah sendiri . Sejauh manakah nilai budaya Melayu masih
ada pada diri bangsa Melayu. Jika nilai garam itu pada masinnya , jika gula pada
manisnya , apakah gunanya jika garam hilang masinnya . Pastinya jika ditaburkan
pada ikan , busuklah ia , lalatlah pengunjungnya .
Jika lelaki gagah dengan ‘teruna’nya, jika perempuan kental dengan
‘dara’nya , apakah namanya jika keduanya telah bersatu khatan sebelum ‘ijabqabul’
dan ‘walimatul urus kenduri kenara’. Jika ‘beranak’ apa simpulan bahasa
‘anak’nya . Malulah dia selamanya, akibat fi’el asmara teruna dara yang
‘terlampau’.
Biar apa pun, jika tiada berkuasa kita sebagai orang awam untuk
menghalang, dihati kita mesti wujud rasa tidak suka dan rasa amat menyesal dan
dukacita serta tidak redha akan tingkahlaku ‘terlampau’ itu, dihati dan dimulut
kita , jangan dikeji tapi dengan penuh pengharapan keatas Allah s.w.t. kita mohon
diampunkan dosa-dosa mereka dan kita serta ditunjukan taufik dan hidayah
kepada mereka. “Tiada daya upaya kita untuk melakukan kebaikan atau ketaatan
dan menghindarkan kejahatan atau kemungkaran melainkan dengan qudrah dan
iradah serta keizinan daripada Allah s.w.t. jua”
NILAI BANGSA
Nilai Melayu yang tersohor kerana kelembutan dan sopan santun dan budi
bahasa dan pekerti yang menjadi perhiasan bangsa Melayu . Kini , telah disaluti
oleh perhiasan antarabangsa . Kita tidak menolak kemodenan . Kemodenan
adalah anugerah Allah mengadakan sesuatu baharu dengan pembukaan akal
fikiran oleh Allah mengikut masa. Akal kita sekarang akan dikira tiada apa-apa
sebagaimana kita mengatakan manusia 2000 tahun sebelum kita . Jadi , kitalah
harus dipertanggungjawabkan atas apa jua pilihan yang kita pilih. Jangan
menuding kepada orang lain akan kemusnahan nilai moral bangsa Melayu dan
tipisnya kemanisan iman pada diri ummah.
TAJAAN SYAITAN LAKNATULLAH
Jika syaitan akan berlepas diri setelah kita memilih cadangan maksiat yang
dipersembahkannya, adakah kita juga ingin melarikan diri dari menidakkan
peranan dan sumbangan kita kearah kerosakan tamadun bangsa dan agama yang
telah dijamin sempurna oleh pencipta kita.
Ada rangkaikata yang menarik telah direka orang yang berbunyi ‘ Jangan
diikut Nafsu yang Teruna, Ikutlah Rasulullah s.a.w yang sempurna”. Oleh itu,
selain panduan Al Quran, akhlak mulia Rasulullah s.a.w sepatutnya dijadikan
acuan sebagai pilihan utama kearah pembentukan jati diri ummah yang relevan
dengan rukunegara iaitu ‘Kesopanan dan kesusilaan’.
MUHASABAH DIRI
Pejamkan mata dan rehatkan minda . Marilah kita ruangkan masa
kesibukan mengurus ‘ kerjaya‘ dan ‘selera’ sejenak di sini untuk muhasabah dan
‘menghisab’ diri seketika. Kata Saidinia Ali krwjh. “Hisab diri kamu sebelum diri
kamu dihisabkan “.
a) Adakah aku mendirikan solat atau mengerjakan upacara solat?
Apa beza keduanya?
b) Adakah solat aku berjaya membantu tingkahlaku aku menjauhi perkara
mungkar atau maksiat yang dilarang Allah?
Jika aku masih melakukan perkara mungkar , apa petanda kepada amalan
solat aku seharian , adakah diterima atau sebaliknya.
c) Adakah aku turut juga menyumbang kepada kerosakan moral bangsaku?
d) Adakah setiap hari aku mendookan keampunan kepada ummah atau
bangsaku yang ‘ taksir ‘sepertimana aku mendoakan keampunan untuk
diriuku serta ibubapaku setiap kali selepas solat 5 waktu.
e) Adakah aku mengambil peranan atau usaha ikhtiar untuk membuka mulut,
menulis surat, menghantar sms, menghantar email menegur anak-anak ,
adik-adik , abang-abang, kakak-kanak , kawan-kawan terdekat, anak-anak
murid, pelajar-pelajar, siswa-siswi dan orang-orang yang dikenali untuk
menyatakan hakikat akhlak dan etika berpakaian yang selayaknya sebagai
seorang muslim dan muslimat?
f) Adakah aku yakin akan memasuki syurga sendirian tanpa dipersalahkan dan
ditarik bersamanya oleh teman jiran tetangga yang ditakdir penghuni
neraka.
Oleh itu, muhasabah dan hisab diri dapat menjana keimanan dan ketakwaan
kita untuk bekerjasama untuk beramal makruf nahi mungkar, supaya saudara
seislam kita sama-sama ‘sejahtera’ didunia dan akhirat.

' Hidup di dunia hanya sementara, akhirat kekal selamanya'